Wednesday 30 May 2012

JANJI PAKATAN TIDAK REALISTIK




Oleh : LEE WEI LIAN

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengutuk cadangan ekonomi Pakatan Rakyat (PR) sebagai janji populis yang direka untuk mendapat kuasa.

Najib berkata bahawa cadangan PR untuk memansuhkan skim pinjaman pelajar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bernilai RM45 bilion dan polisi  untuk menetapkan gaji minima pada kadar RM4,000 adalah tidak realistik.

“Tidak perlu ahli ekonomi untuk melihat bahawa janji-janji ini adalah tidak realistik (far-fetched),” beliau berkata dalam satu sesi soal jawab di persidangan Invest Malaysia hari ini.

“Mereka (PR) tidak ada niat untuk melaksanakan janji-janji yang telah dibuat supaya mereka diundi,” tambah beliau.

Najib berkata bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mengambil pendekatan “populis” dan adalah lebih munasabah semasa merangka polisinya.

“Kami mempunyai visi yang jelas (clarity of vision) dan program yang kredibel serta pelan tindakan (roadmap) untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi,” beliau berkata apabila ditanya mengapa beliau patut mendapat mandat yang kukuh dalam pilihan raya yang akan datang.

Beliau berkata bahawa mandat yang kukuh adalah penting supaya agenda transformasi kekal dilaksanakan.

BN dan PR bertentangan pendapat dalam merangka polisi ekonomi, di mana para pembangkang berjanji untuk berusaha untuk menetapkan gaji minima yang lebih tinggi dan lebih banyak subsidi minyak untuk menghadapi kos hidup yang kian meningkat.

Pemansuhan skim pinjaman pelajar ini mungkin akan jadi penarik undian yang kuat untuk pembangkang persekutuan, memandangkan banyak graduan yang baru mendapati mereka dibebankan dengan hutang dan orang dewasa muda yang merupakan kebanyakan pengundi yang baru didaftarkan dan mungkin menjadi faktor penting dalam pilihan raya.

Pentadbiran Najib telah berkata bahawa negara ini tidak mampu menanggung subsidi minyak tambahan dan kos untuk memansuhkan pinjaman pelajar dan konsesi tol yang tidak popular.

Tetapi ia juga dilihatkan telah mengambil langkah populis sendiri seperti menangguhkan initiatif rationalisasi subsidi dan pemindahan wang terus di bawah program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Ia juga telah memperkenalkan polisi gaji minima pada awal bulan ini, dengan RM900 di Penisular Malaysia dan RM800 di Sabah dan Sarawak walaupun ada kritikan bahawa polisi ini boleh menjadikan pasaran pekerja menjadi lebih tegar.

8 comments:

  1. pembangkang kalau berjanji mmg berlebih-lebih hingga tak masuk akal, jgn mudah dgn pembangkang.

    ReplyDelete
  2. Janji BULAN dan BINTANG!

    ReplyDelete
  3. Kita tidak perlu terpedaya dengan apa yang pembangkang katakan. Benar apa yang PM katakan semua itu cuma permainan politik.

    ReplyDelete
  4. Nampaknya semakin hari semakin kedengaran yang mana Pembangkang cuba memainkan isu politik untuk kepentingan mereka. Mereka juga cuba memberikan pelbagai janji untuk menjerat rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. as soon as BN gets the full mandate after the next election, Sabah will continue to grow more rapidly and those in the rural areas will certainly benefit from this

      Delete
  5. Govt understands the needs of the people and is always ready to listen to them. All the promises made by the BN will be honoured in the best interest of the people

    ReplyDelete
  6. kalau dinilai janji2 dan juga bantahan2 pembangkang sebelum ini terhadap apa sahaja tindakan2 kerajaan, nampak sangat mereka ini tidak realistik.. sebenarnya bukan sahaja PTPTN, malah pembangkang juga seolah2 mahu menghapuskan cukai, menurunkan semua harga barang, menurunkan harga petrol dan diesel, menurunkan harga rumah, menaikkan royalti, merancakkan pembangunan, menghapuskan tol, dan banyak lagi.. persoalannya, darimana dana itu datang?? IMF??

    ReplyDelete
  7. kalau mahu katakan pembangkang tidak rasuah, bagaimana boleh timbul kes skandal pasir di selangor?? bagaimana boleh timbul penyelewengan tender rm600 juta di Kedah??

    ReplyDelete