Wednesday 23 May 2012

JETI TG PISAU POTENSI TARIK PELANCONG




Oleh: SHAIMON S JUMADI

RAKYAT di kawasan Libaran jangan mudah terpedaya mendengar hasutan dan propaganda dari parti pembangkang yang sering menafikan dan menidakkan usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membangunkan kemudahan asas di kawasan-kawasan yang diwakili Wakil Rakyat BN.

"Kita tidak pernah berhenti berusaha mendekati rakyat dan membantu apa saja keperluan mereka dengan mengotakan janji, walaupun ada kalanya projek yang disalurkan agak lewat sedikit kerana terpaksa melalui prosedur tertentu," kata Ahli Parlimen Libaran, Datuk Hj Juslie Ajirol selepas mengadakan lawatan kerjanya ke Kampung Sungai Tanjung Pisau, Libaran, kelmarin.

Katanya, rakyat di Libaran akan terus menikmati pelbagai kemudahan asas selaras dengan slogan “Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan”. Dari itu rakyat harus memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bahagi kepada Kerajaan BN.

Juslie menjelaskan, rakyat Malaysia amat beruntung kerana kerajaan BN sudahpun memberikan BR1M RM500 kepada majoriti rakyat yang layak; bantuan sekolah RM100; Baucer buku teks, malah terkini setiap peneroka FELDA menerima RM15,000 setiap keluarga.





Jelas terbukti selama ini, parti pembangkang hanya pandai menuding jari kepada kerajaan dan tidak pernah berusaha membantu rakyat, sekalipun menggantikan sekeping papan atau menabur seketul batu di jalan raya untuk membantu rakyat.

Dalam lawatan terbarunya, kata Juslie, pembinaan tembok dan Jeti Kampung Tanjung Pisau untuk memberikan keselasaan kepada penduduk setempat dan kedua-dua projek tersebut menelan belanja lebih RM200,000 dan dijangka siap sepenuhnya pada Julai kelak.

Juslie menambahkata, dengan terbinanya jeti dan tembok sebagai benteng  menahan hakisan ombak dan merupakan jeti utama; maka sekaligus akan menarik kedatangan melancong ke kampung berkenaan.

11 comments:

  1. pembangkang mgm kerja dia menghasut rakyat, semua kerajaan lakukan diburukkan.

    ReplyDelete
  2. kampung tersebut mmg berpotensi tinggi dijadikan kawasan pelancongan. moga ia dpt dikembangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin banyak lagi yang perlu ditambah dan diperbaiki bagi menjadi kawasan yang boleh menarik perhatian pelancong untuk datang ke tempat ni.

      Delete
  3. Projek2 yang telah dijalankan diharap siap tepat pada masanya.jangan lagi ada yang tertangguh2.

    ReplyDelete
  4. Usaha BN perlukan masa. Pembangkang hanya tahu mengkritik sebab mereka bukan kerajaan yang melaksanakan semua pembangunan dan bantuan untuk rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  5. Sesuai sangat tempat memancing kawasan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangunkan tempat tu untuk aktivit beriadah

      Delete
  6. Pembangkang hanya berputur belit saja tu

    ReplyDelete
  7. seperti biasa, pembangkang akan jawab soalan ini dengan mengatakan bahawa mereka masih belum memerintah.. kononnya jika mereka memerintah, semua permintaan dan masalah rakyat akan diselesaikan..

    ReplyDelete
  8. jika pembangkang terutamanya Pakatan boleh menggunakan dana awam kerajaan negeri untuk membiayai peserta perhimpunan dan membiayai kos guaman pemimpin sendiri, kenapa tidak gunakan dana itu untuk menyelesaikan masalah2 di Sabah?

    ReplyDelete
  9. saya harap rakyat dapat membuat penilaian bijak dengan mengambil kira usaha2 kerajaan dalam membantu rakyat dan membantu merancakkan pembangunan di negeri ini..

    ReplyDelete