Monday 7 May 2012

KADAR GAJI MINIMUM BANK DUNIA



 
KUCHING : Penetapan gaji mimimum, yang menunjukkan perbezaan kadar antara Semenanjung dan Sarawak, Sabah dan Labuan, adalah berdasarkan kajian terperinci, termasuk oleh Bank Dunia.

Pengiraan kadar berkenaan, yang berdasarkan fakta ekonomi dan statistik, bepandukan kepada lima kriteria iaitu pendapatan garis kemiskinan, gaji penengah, indeks harga pengguna, perubahan produktiviti buruh dan kadar pengangguran yang dirumuskan mengikut formula - RM956.70 bagi Semenanjung manakala Sabah dan Labuan (RM771.58) dan Sarawak (RM781.21).

"Sekiranya kadar (gaji mimimum) ditetapkan pada kadar RM900 bagi Sarawak, Sabah dan Labuan, dibimbangi majikan, khususnya majikan kecil, di negeri-negeri tersebut akan menghadapi masalah untuk terus beroperasi atau terpaksa menutup operasi dan pekerja akan kehilangan perkerjaan," kata Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Setelah menimbang syor oleh Majlis Perundingan Gaji Negara, kerajaan memutuskan bahawa kadar bagi Sarawak, Sabah dan Labuan tidak wajar kurang daripada RM800, iaitu selaras pendapatan garis kemiskinan kebangsaan pada RM800.

Memandangkan gaji penengah untuk Semenanjung ialah RM1,134 berbanding RM738 (Sarawak) dan RM577 (Sabah dan Labuan), kenyataan itu berkata adalah tidak wajar menyatakan bahawa kerajaan telah menganaktirikan pekerja di negeri-negeri tersebut.

Kerajaan juga menyediakan mekanisme pelaksanaan supaya gaji minimum yang ditetapkan itu tidak membebankan majikan dan tidak merugikan pekerja dengan membenarkan penyerapan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji minimum.

Kementerian berkenaan berkata kerajaan seboleh mungkin ingin merapatkan jurang perbezaan antara wilayah, namun perkara itu tidak boleh dilakukan secara drastik memandangkan ia boleh memberi kesan negatif kepada guna tenaga dan ekonomi negara.

Bagaimanapun, penetapan gaji mimimum yang berbeza itu adalah untuk permulaan sahaja dengan kadarnya dikaji semula setiap dua tahun, dan kerajaan berharap dapat diselaraskan kepada satu kadar untuk seluruh negara pada masa akan datang.

Gaji minimum tersebut meliputi semua pekerja dalam semua sektor ekonomi di seluruh negara kecuali perkhidmatan domestik, pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya.

Pelaksanaan ia bermula enam bulan dari tarikh perintah gaji mimimum diwartakan dan 12 bulan bagi majikan kecil untuk membuat persediaan sepenuhnya agar perniagaan mereka tidak terjejas. (Bernama)

30 comments:

  1. So this is why Sabah, Sarawak and Labuan will be setting the Minimum Wage Policy at RM800 while the Peninsular will have RM900 as minimum wage, this is according to the World Bank's economic facts and statistics.

    ReplyDelete
  2. Yang penting kadar gaji minimum ni akan dikaji dari masa ke semasa bagi memastikan gaji minimum sentiasa berada di atas garis kemiskinan.

    ReplyDelete
  3. kadar gaji minimum perlu sentiasa dikaji dan pastikan ia sesuai dgn kos hidup semasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekurang-kurangnya Sabah ada gaji minimum. Majikan tidak akan sembarang bagi gaji.

      Delete
  4. Semua ini adalah dari Bank Dunia. Tapi kalau benar sepatutnya Sabah mendapat lebih tinggi dari Semenanjung yang mana seperti Bank Dunia katakan Sabah adalah negeri termiskin di Malaysia seharusnya mendapat gaji yang lebih tinggi dari Semenanjung. Kerana Sabah yang ingin dibantu.

    ReplyDelete
  5. Kajian telah dibuat, setelah mengambil kira semuanya. Diharap ada impak positif.

    ReplyDelete
  6. akhirnya ada juga gaji minimum di Malaysia.. walaupun nilai yang ditetapkan adalah rendah, namun bagi saya ianya tetap satu berita baik untuk para pekerja di negara ini..

    ReplyDelete
  7. Prime Minister Najib Razak has announced a long-awaited minimum-wage policy for Malaysia, in a move that is set to benefit 3.2 million of the country’s lowest-paid workers — including Indonesian maids — while potentially boosting the ruling Barisan Nasional’s (BN) chances at the next general election.

    ReplyDelete
  8. These workers, who make up a quarter of Malaysia’s workforce, currently earn less than 700 Malaysian ringgits ($231) a month and live below the poverty line.

    ReplyDelete
  9. They include security guards, as well as construction and plantation workers.

    ReplyDelete
  10. Datuk Seri Najib said that the minimum wage will be set at $297 per month for workers in Peninsular Malaysia and $264 for those in East Malaysia.

    ReplyDelete
  11. It excludes those in the domestic service sector, such as maids. Malaysia has been negotiating minimum wages separately for maids, most notably with Indonesia.

    ReplyDelete
  12. The new wages will come into effect in six months. They have been in the works since 2009, when Najib unveiled plans to move Malaysia’s economy away from a low-cost model and rely less on cheap labor.

    ReplyDelete
  13. From a social perspective, this is the right thing to do, so that the most vulnerable groups aren’t taken advantage of, said Yeah Kim Leng, chief economist of Malaysian rating company RAM Holdings.

    ReplyDelete
  14. It can also serve as a way of pressuring industries to restructure and go up the value chain.

    ReplyDelete
  15. Considering the relatively small increment, Yeah believed there will not be a huge jolt to the system, though labor-intensive companies may be more affected.

    ReplyDelete
  16. Neighboring Indonesia, Thailand and Vietnam are among countries that have a minimum wage, which varies by area and sector.

    ReplyDelete
  17. In Bangkok, the minimum wage is 300 Thai baht $9.75 a day, while in Jakarta, it is 1.29 million rupiah ($143) a month. Singapore does not set a minimum wage.

    ReplyDelete
  18. Malaysia’s minimum wage rates were set on the advice of the National Wage Consultation Council, which was created last year and comprises employer representatives, trade unions and government agencies.

    ReplyDelete
  19. Najib pointed out that in making their recommendations, the council had assessed economic conditions and taken into account the needs of businesses, “while ensuring that no Malaysian is left behind in the country’s economic progress," he said.

    ReplyDelete
  20. He added the lowest-paid will now be guaranteed an income that lifts them out of poverty and helps ensure that they can meet the rising cost of living.

    ReplyDelete
  21. With a crucial general election believed to be only months away, the announcement is also seen as an attempt by the BN to secure an important voting bloc.

    ReplyDelete
  22. Polls have previously shown that the lower-income groups here were the most receptive towards the BN’s attempts to woo them with cash handouts and subsidies.

    ReplyDelete
  23. But Yeah felt that the policy could be a double-edged sword, as it could hurt small businesses as well.

    ReplyDelete
  24. Indeed, the Malaysian Federation of Employers (MEF), whose members collectively hire two million workers, said that it was feeling “jittery” for its smallest firms.

    ReplyDelete
  25. About 200,000 of these small companies ­— some of which employ only a few workers and operate on tight profit margins — may be adversely affected, said MEF executive director Shamsuddin Bardan.

    ReplyDelete
  26. Najib said that most firms with five workers or less can defer the minimum-wage scheme for another six months.

    ReplyDelete
  27. Shamsuddin said the federation had initially hoped for a three-year grace period.

    ReplyDelete
  28. The government has said that companies that cannot cope can appeal for an extension, said Shamsuddin.

    ReplyDelete
  29. The government has said that companies that cannot cope can appeal for an extension, said Shamsuddin.

    ReplyDelete