Saturday 26 May 2012

KAJI SEMULA INDUSTRI RUMPAI LAUT



SEMPORNA: Sejak tahun 2008, Kampung Hampalan, di sini menyaksikan tiga kejadian rompakan dan pembunuhan membabitkan nelayan tempatan yang bergantung hidup kepada laut sebagai sumber rezeki.

Terbaru awal bulan ini, seorang nelayan tempatan, allahyarham Haji Tanakkal menjadi mangsa serangan yang dipercayai dilakukan oleh rakyat asing.

Kejadian berlaku di kawasan penanaman rumpai laut dalam Zon Denawan yang membabitkan lapan kampung kesemuanya.

Berikutan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulabayan, Datuk Harman Mohammad, menyarankan agar pihak kerajaan mengkaji semula langkah mewartakan kawasan penanaman rumpai laut di perkampungan itu.

“Ini kerana langkah itu bukan saja membawa ancaman keselamatan kepada penduduk setempat, tetapi juga menghalang aktiviti harian sosioekonomi orang kampung,” katanya ketika mengunjungi balu allahyarham di kampung berkenaan baru-baru ini.

Dalam kunjungan itu, Harman turut menyampaikan bantuan peribadi bagi meringankan beban keluarga mangsa.

“Disebabkan penanaman rumpai laut di kawasan itu, penduduk takut ke laut kerana dihalang oleh projek berkenaan yang diusahakan oleh orang luar dan bukan orang tempatan.

“Untuk itu, kita berharap kerajaan mengkaji semula pewartaan kawasan berkenaan demi kebaikan dan keselamatan orang kampung,” katanya, sambil mengakui sudah tiga insiden pembunuhan berlaku di situ sejak beliau menjadi wakil rakyat pada 2008.

Lokasi kejadian merupakan kawasan memancing dan menangkap ikan serta lubuk ketam bagi nelayan tempatan. (theborneopost)

9 comments:

  1. Rakyat asing memang tidak bertamadun! Sikit2 mahu bunuh orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ramai PATI di Semporna ni. penduduk tempatan sudah jadi minoriti dan tidak hairan berlaku jenayah2 seperti ni.

      Delete
    2. agaknya mereka tidak takut buat jenayah sebab mereka boleh masuk dan keluar dari negeri ini bila2 masa..

      Delete
  2. Diharap kerajaan mengambil kira aduan dan candangan penduduk dalam mengkaji semula langkah mewartakan kawasan penanaman rumpai laut di perkampungan itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap kerajaan dapat bertindak dengan segera sebelum kepentingan penduduk makin terjejas oleh rakyat asing.

      Delete
  3. lebh baik ia dikaji semula, sebaiknya biarkan ia ditempatkan di kawasan yang lebih sesuai dan selamat.

    ReplyDelete
  4. Industri ini mempunyai permintaan pasaran yang baik. Maka semoga usaha membangunkan rumpai laut ini akan dapat diusahakan sebaiknya.

    ReplyDelete
  5. Rumpai laut mempunyai potensi yang tinggi dalam pasaran. Maka baik dikaji semula perkara ini.

    ReplyDelete
  6. benarkah warga asing diupah untuk mengusahakan projek kerajaan?? atau warga asing ini sebenarnya hanya berkeliaran dikawasan itu dan tidak ada kena mengena dengan projek penanaman rumpai laut??

    ReplyDelete