Thursday 17 May 2012

KAKITANGAN AWAM DISARAN TINGKAT KECEKAPAN



  
ANUGERAH....Azizah menyampaikan anugerah kepada Pegawai Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) Daerah Beaufort, Nordin Ismail.

BEAUFORT: Kakitangan awam disaran melipatgandakan usaha bagi meningkatkan kecekapan dan mesra pelanggan agar segala agenda, program serta dasar kerajaan dapat disampaikan secara lebih menyeluruh dan berkesan kepada rakyat.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun berkata kakitangan awam merupakan nadi serta tunjang utama kepada kelancaran usaha membangunkan negara melalui Program Tranformasi Kerajaan (GTP), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

“Corak kepimpinan masa kini yang berteraskan pengisian nilai melalui kompetensi pekerja sebagai faktor utama pengukuran produktiviti negara. Justeru itu kewujudan perkhidmatan awam adalah sebagai satu entiti pentadbiran negara yang bertanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat dengan penuh prihatin, adil dan saksama,” katanya.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias itu berkata demikian ketika merasmikan Majlis Ramah Mesra Kakitangan Awam Daerah Beaufort sempena sambutan Hari Pekerja di Dewan Pa' Musa, di sini.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 300 penjawat awam itu Azizah menyampaikan Anugerah kepada jabatan dan hadiah pertandingan karaoke. Majlis turut diserikan dengan persambahan kebudayaan dan nyanyian.

Hadir sama, ADUN Kuala Penyu, John Teo Mau Sing; Pegawai Daerah Beaufort, Wong Foo Tin; Penolong Pegawai Daerah merangkap pengerusi penganjur, Mohd Shaid Othman; Ketua Daerah, Wong Sameh dan Pemimpin Kemajuan Rakyat Dun Klias, Saidin Museh.

Menyentuh mengenai tema sambutan Hari Pekerja pada tahun ini iaitu 'Pekerja Berinovasi Penggerak Tranformasi' Azizah berkata, ianya merupakan sokongan serta cabaran yang perlu didukung oleh penjawat awam terhadap segala usaha serta inisiatif kerajaan dalam usaha membentuk budaya kerja yang kreatif dan berinovatif ke arah mencapai status negara maju yang berpendapatan tinggi menjelang 2020.

24 comments:

  1. Kena sentiasa bersama rakyat dan memberikan yang terbaik.

    ReplyDelete
  2. Kecekapan harus ditingkatkann agar sentiasa mendapat perhatian dari pelbagai pihak.

    ReplyDelete
  3. setiap apa kita lakukan harus cekap, kecekapan perlu dipertingkatkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perlu sentiasa diamalkan.. "bersih, cekap dan amanah"..

      Delete
  4. Naik gaji 13% kan. Buatlah yang terbaik.

    ReplyDelete
  5. Banyak aduan tentang kakitangan kerajaan ni yang dikatakan tidak cekap dan tidak mesra pelanggan ketika menjalankan tugas. harap mereka dapat mengekalkan komitmen dan memperbaiki perkhidmatan mereka walaupun rasa berada pada zon yang selesa dengan jawatan tetap yang mereka pegang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hope that the civil service sector will be able to improve their efficiency and effectiveness so that they will receive less complains.

      sabah-go-green.blogspot.com

      Delete
  6. Kurangkan masalah birokrasi.

    ReplyDelete
  7. Hope that the civil servants will keep up the efforts so that they may serve the people better after this.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman has reminded civil servants to be committed and focused in carrying out their responsibilities.

    ReplyDelete
  9. He also said that all ministries and departments have been reminded to make sure that the government’s initiatives are well received by the public.

    ReplyDelete
  10. Programmes or projects that benefit the targeted group as a proof of the government’s concern and sensitivity towards the people’s needs should be conveyed to the general public to assure the general public will take note on the government's efforts towards thos cause.

    ReplyDelete
  11. Only then would civil servants, who act as the state’s economic development implementation engines, ensure that development projects listed under the second rolling plan of the 10th Malaysia Plan would meet their target, thus benefiting the people.

    ReplyDelete
  12. He said the opposition was spreading lies that the government had failed in carrying out development projects statewide.

    ReplyDelete
  13. The government has in fact spent millions to bring development projects throughout the state, especially in rural and interior of Sabah. And it is the responsibility of the civil servants to spread the government’s good work. The Barisan Nasional is always concerned about the welfare of the people.

    ReplyDelete
  14. Musa also urged the relevant authorities to be alert and ensure that development projects are completed on schedule.

    ReplyDelete
  15. “If there is any problem, discuss and find solution to it immediately,” he said in a briefing by the Sabah Development Office.

    ReplyDelete
  16. He said under the second rolling plan of the 10MP, Sabah was allocated a total of RM4.416 billion to carry out 724 projects.

    ReplyDelete
  17. As of May 3 this year, a total of RM0.692 billion or 15.68 per cent from the 2012 allocation has been spent to fund development projects in the state, and our performance is 0.17 per cent below the national average of 15.85 per cent.

    ReplyDelete
  18. The benchmark to the people’s satisfaction towards the government initiatives is based on the services, wealth creation and effectiveness in finding solutions to the problems.

    ReplyDelete
  19. Itulah yang kita inginkan. Semoga penjawat awam akan mampu memberikan yang terbaik kepada awam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecekapan para penjawat awam tu yang diperlukan.

      Delete
  20. Skills perlu ada pada setiap pekerja dan perlu dipertingkatkan.

    ReplyDelete
  21. mana2 kakitangan awam yang tidak produktif atau bermasalah, baik berhentikan terus.. ramai lagi lepasan diploma atau degree yang beriya2 mahu menyumbang tenaga dan kepakaran kepada jabatan2 kerajaan..

    ReplyDelete