Thursday 17 May 2012

KENAL PASTI INDIVIDU BUAT BISING DI LONDON





KUALA LUMPUR : Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) meminta Kementerian Luar dan Kementerian Pengajian Tinggi mengenal pasti individu (KLIK VIDEO) yang cuba berbuat bising semasa majlis pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama rakyat Malaysia di London, semalam.

Ketua Penerangannya Mohd Zainan Yunus berkata tindakan itu memberi gambaran buruk kepada masyarakat luar sekaligus menjejaskan imej serta nama baik Malaysia.

"Tindakan yang dibuat oleh dua tiga orang individu itu sangat kurang ajar dan biadap...mereka yang menjerit sambil melaungkan perkataan 'Bersih' adalah tidak wajar malah tidak hormat kepada Perdana Menteri kita.

"Sekiranya didapati individu berkenaan adalah terdiri daripada golongan pelajar, tajaan pengajian mereka perlu ditarik balik dan pulang semula ke tanah air," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Semasa sesi "Sepetang Bersama Perdana Menteri" semalam yang dihadiri 1,500 orang sempena lawatan kerja dua hari Najib ke United Kingdom, dua tiga orang muncul pada majlis tersebut dan berbuat bising sambil melaungkan perkataan 'Bersih'.

Sementara itu, Mohd Zainan berkata persatuan itu juga terkilan dengan tindakan segelintir pihak yang menghina dan mencaci anggota polis yang bertugas semasa perhimpunan di ibu negara pada 28 April lepas.

Katanya, pelbagai gelaran yang dilemparkan kepada anggota polis yang bertugas semasa perhimpunan itu seolah-olah anggota polis adalah musuh mereka.

"Jangan terus hina dan caci polis kerana kami mempunyai ahli keluarga. Kami hanya manusia biasa yang bertugas untuk menjaga keamanan negara. Polis juga adalah sahabat kepada masyarakat dan tiada niat untuk mencaci orang lain," katanya.

Mohd Zainan menjelaskan polis bertindak berdasarkan undang-undang negara dan prosedur standard operasi (SOP) dan mengikut arahan Ketua Polis Negara tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

Katanya persatuan itu telah menghantar satu memorandum Bantahan Bersih 3.0 kepada Ketua Polis Negara Tan Seri Ismail Omar di Bukit Aman hari ini yang meminta pihak-pihak tertentu menghentikan provokasi yang dibuat kepada pihak polis. (Bernama)

9 comments:

  1. baik siasat mereka yang buat bising, mereka langsung tak hormati pemimpin mereka.

    ReplyDelete
  2. Tidak sedar diuntung langsung! kenapa perlu bertindak demikian? Jika ingin menyertai bersih kembalilah ketanah air dan tunaikan hasrat anda itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak guna belajar tinggi2 jika hanya tahu ikut emosi dan tidak boleh bertindak secara rasional.

      Delete
    2. mau jadi hero ba tu.. maklum la, zaman sekarang siapa yang berani menentang pemimpin negara atau kerajaan kunun dipandang tinggi, disebut2 dan dihormati..

      Delete
  3. Semalam di berita, peserta Bersih ada yang merupakan penjawat awam. dipecat terus ka tu nanti ah?

    ReplyDelete
  4. Aman lagi kalau tiada perhimpunan Bersih diadakan. sekarang tengoklah akibatnya..

    ReplyDelete
  5. Bila berlaku masalah, bukankah polis juga yang dicari? Bukan semua polis tidak baik.

    ReplyDelete
  6. Baguslah kalau tindakkan akan diambil terhadap individu yang menganggu pertemuan tersebut.

    ReplyDelete
  7. begini juga la masa perhimpunan Bersih 3.0.. seorang buat provokasi, kemudian yang lain pun ikut.. nasib baik la majlis PM ini tidak berlaku sebarang insiden yang tidak diingini..

    ReplyDelete