Thursday 17 May 2012

KENAPA HOSPITAL SEMPORNA TERLALU DAIF?



 
Oleh : SHAIMON S JUMADI                      Foto : NORASMAH TAKBIRUL

SEBAGAI memperingati Hari Ibu dan Hari Jururawat, satu rombongan yang diketuai Ketua Sri Kandi PKR Cabang Semporna, Nazmahwati Walli telah membuat lawatan  Amal ke Wad Kanak-Kanak dan Wad Bersalin Hospital Daerah Semporna untuk memberikan sumbangan kepada beberapa orang kanak-kanak yang terlantar dan ibu-ibu yang baru bersalin kelmarin.

Sementara itu para jururawat yang sedang bertugas dan para ibu-ibu yang sedang menjaga anak-anak mereka juga menerima sumbangan daripada Ketua Sri Kandi sebagai menghargai khidmat mereka dan peranan seorang ibu.

Turut serta dalam rombongan lawatan tersebut selain Ahli Jawatankuasa Cabang PKR Semporna dan beberapa Ahli Majlis tertinggi PKR Pusat ia Azwan, Azman serta Norsham Abu Samah Naib Ketua Wanita Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Kuala Lumpur juga turut serta dalam lawatan amal tersebut.





Bercakap kepada Wartawan Sabahkini.Net sejurus selepas lawatan tersebut, Nazmah menjelaskan sebagai insan dan masyarakat yang penyayang, kita harus memberikan penghormatan kepada jururawat yang banyak berbakti kepada masyarakat; begitu juga kepada ibu-ibu yang membela kita sehingga menjadi manusia yang berguna.

Apapun kata Nazmah, beliau merasa kecewa kerana Hospital Semporna hanya mempunyai tiga orang doktor sahaja berbanding dengan pesakit yang semakin ramai; ditambah lagi dengan keadaan wad yang tidak sesuai untuk manusia.

"Kenapa Wakil-Wakil Rakyat Senallang, Bugaya dan Sulabayan tidak mahu mencari alternatif untuk menaikan taraf Hospital Semporna yang tidak ubah seperti Kandang Kuda?” tanya Nazmah .

21 comments:

  1. Pasti akan mendapat perhatian dari pihak yang bertanggungjawab selepas aduan ini. Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku.

    ReplyDelete
  2. Semoga permasalahan ini dapat diselesaikan dengan segera dan ramai yang akan mendapat manfaatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelemahan harus dikesan dan diperbaiki agar tidak merikokan mana-mana pihak.

      Delete
  3. hospital Semporna perlu dinaiktaraf.

    ReplyDelete
  4. Banyak sangat kekurangan di Semporna yang didedahkan kebelakangan ni. harap ADUN,MP ambil perhatian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hairan juga. Ada saja berita negatif tentang Semporna.

      Delete
  5. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hassan Abd Rahman berkata banyak projek naik taraf kemudahan dan peralatan hospital sedang dijalankan di Sabah. Pasti hospital di Semporna ni pun akan dinaiktaraf tidak lama lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haraplah ia akan dnaiktaraf, setiap hospital harus ada kemudahan yang lengkap.

      Delete
    2. Kelengkapan yang wajar dan sempurna amat penting untuk membekalkan rawatan yang wajar.

      Delete
  6. Rasanya masih banyak hospital yang masih serba kekurangan di negeri ini. Pihak kementerian kesihatan kena peka dengan masalah ini.

    ReplyDelete
  7. Semoga kualiti perubatan dapat diberi kepada masyarakat yang memerlukannya.

    ReplyDelete
  8. Perutukan harus sampau untuk projek naik taraf.

    ReplyDelete
  9. harus berterima kasih kepada jururawat yang bertanggung jawab dan memeri perkhidmatan yang baik kepada mereka yang memerlukannya.

    ReplyDelete
  10. Peruntukan harus digunakan wajar untuk projek naik taraf supaya perkhidmatan yang mantap dapat dibekalkan.

    ReplyDelete
  11. Kelengkapan dan perkhidmatan perubatan harus juga berkualiti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kementerian yang berkenan perlu memberi perhatian mengenai perkara tu.

      Delete
  12. Aduan telah dikesan dan harus bertindak untuk membaiki lagi kelemahan.

    ReplyDelete
  13. Nampaknya hospital Semporna inginkan penambahbaikkan untuk memastikan dapat menampung kehadiran pesakit.

    ReplyDelete
  14. Peruntukan harus sampai pada perkara2 yang sepatutnya, demi pembangunan setempat dan segala kemudahan.

    ReplyDelete
  15. Nazmah lihat hospital semporna tu macam kandang kuda ka?? kalau mahu bagi gambaran pun, biarlah profesional sikit.. kempen politik tu pun agak2 la.. jangan terlalu banyak buat penghinaan..

    ReplyDelete
  16. saya rasa, eloklah jika Nazmah dapat memberikan tumpuan kepada isu2 yang lebih kritikal.. macam isu hospital ni, tidaklah kritikal sangat.. lain la kalau hospital itu langsung tidak mempunyai doktor atau peralatan atau kelengkapan perubatan..

    ReplyDelete