Friday 11 May 2012

KENAPA LAJIM BAWA DIRI KE CAMBODIA?



Oleh : PAPARAZZI SABAHKINI.NET

HAMPIR terkejut buangkut (katak) Paparazzi mendengar desas desus bahawa Janang Gayuh, Datuk Seri Panglima Lajim Haji Okin Al-Buangkuti Ibni AlBongkoron, yang telah menempah tiket kapal terbang ke Cambodia (Kemboja) ketika Ahli Majlis Tertinggi UMNO sibuk membuat persiapan terakhir menyambut ulang tahun ke 66 UMNO di Stadium Bukit Jalil malam ini.

Kononnya, Lajim kecewa kerana telah di'kuarantin'kan daripada tugasnya sebagai Timbalan Menteri, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Beaufort sehingga menjadi 'Boneka' kepada UMNO; tidak dapat berfungsi seperti sebelum ini kerana tersilap membuat percaturan politik.

Sebenar tadi, khabarnya Lajim yang yang sudah berada di Kuala Lumpur menangguhkan penerbangannya ke Cambodia setelah rancangan percutiannya dapat dicium Agen UMNO kerana pertemuannya dengan Ketua Umum PKR dan rancangan penghijrahannya ke PKR bukan rahsia lagi.

Mengikut maklumat yang Paparazzi terima, Lajim telah menempah tiket untuk semua AJK Bahagian UMNO Beaufort ke Jakarta menjelang sambutan Ulang Tahun UMNO bagi tujuan yang tidak pasti; selain makan angin setelah berita angin bertiup kencang beliau akan menyertai PKR minggu hadapan bersama Timbalan Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing.

Percubaan Paparazzi menghubungi Lajim gagal tetapi AJK UMNO Beaufort yang meminta namanya dirahsiakan mengesahkan bahawa Lajim akan ke Cambodia sejurus selepas upacara Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke 66 UMNO selesai dan mereka akan ke Jakarta.

Bagaimanapun AJK berkenaan enggan mengulas berhubung penghijrahan Lajim ke PKR tetapi melahirkan rasa kasihan kepada Janang Gayuh mereka yang sebelum ini dijulang sebagai Pejuang UMNO, kini bakal menjadi peminta sedekah di luar UMNO.

25 comments:

  1. macam2 khabar angin mengenai Lajim, tapi semua ini belum tentu lagi benar. sebelum ini pun ada dedas desus Lajim akan keluar BN, tapi Lajim dah menafikannya, kali ini kita dptkan semula kenyataan dari Lajim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. If Lajim wants to get out from BN, then he should get out already because election is coming.

      Delete
    2. Jawapan yang sudah dijangka, "Saya masih setia dengan UMNO/BN. Semua itu hanyalah khabar angin yang cuba jatuhkan imej saya dan parti. Pilihan raya semakin hampir maka cakap2 seperti ini adalah perkara biasa"...hehe

      Delete
    3. Tidak harus menumpu teramat banyak perhatian ke Lajim, tumpuna harus kepada rakyat!

      Delete
  2. Lajim perlu menjelaskan pendiriannya samada benar dia akan meninggalkan BN atau tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya sebelum ni sudah terjawab. Lajim tak keluar UMNO/BN.

      Delete
    2. isu ini cumalah khabar angin saja.

      Delete
  3. There are many rumors surrounding Lajim Ukin's intention of leaving BN-UMNO recently. Perhaps Lajim should explain about this.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. khabar angin yang tidak berasas tidak perlulah dipercayai.

      Delete
  4. Maybe Lajim is feeling stressed so he decided to have a holiday at Cambodia.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Banyak sangat andaian. lebih baik Lajim buat penjelasan secara umum nanti baru semua persoalan dan andaian tu akan terjawab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa kali mahu Lajim jelaskan? Isu ini sengaja ditimbulkan berkali-kali untuk jatuhkan reputasi beliau dan mengelirukan rakyat. Ini semua taktik pembangkang.

      Delete
    2. kalau tidak silap, isu ini sudah pun dijelaskan, cuma ada pihak yang sengaja mainkan isu ini.

      Delete
  6. Does it really matter he goes to cambodia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. No, but the opposition purposely speculated this matter.

      Delete
  7. Adda juga pihak memainkan isu Lajim.

    ReplyDelete
  8. Lajim harus jelas hala tujuannya. Andaian negatif kurang baik untuk beliau juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. isu seperti ini mungkin sengaja dimainkan oleh pihak tertentu.

      Delete
  9. Kalau tidak sehaluan, harus juga keluar dan memberi orang lain peluang.

    ReplyDelete
  10. ada saja kahbar angin yang dimainkan, walau pun ianya hanya bersifat spekulasi semata-mata.

    ReplyDelete
  11. Mungkin beliau ada hal tersendiri mengenai perkara ini. Semua yang mengaitkan Lajim untuk menjadi ahli PKR itu cumalah permainan politik semata-mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semakin dekat PRU13 semakin banyak kabar angin yang boleh didengari

      Delete
  12. Saya percaya yang mana Datuk Lajim akan terus bersama dengan BN untuk memperjuangkan kepentingan penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  13. Pembangkang akan menggunakan segala kesempatan untuk menghuru-harakan BN dan ahli2nya

    ReplyDelete
  14. bukan Lajim sudah nafikan ka yang dia akan keluar menyertai parti pembangkang?? kenapa isu ini masih ditimbulkan??

    ReplyDelete