Tuesday 15 May 2012

KES BUNUH KARTINI, PEGAWAI POLIS DIDAKWA





KENINGAU: Pegawai Polis didakwa di Mahkamah Majistret di sini kelmarin terhadap pertuduhan membunuh seorang wanita di sini pada September 2011.

Tiada pengakuan diambil daripada tertuduh, Inspektor Ahmad Rizal Bin Umar, 29 yang diwakili oleh peguamnya, Ram Singh, di hadapan Majistret, Norhamizah Shaiffuddin terhadap pertuduhan tersebut.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika didapati bersalah, tertuduh akan menghadapi hukuman mati di tali gantung.

Pegawai pendakwa, iaitu Peguam Kanan Persekutuan merangkap Timbalan Pendakwa Raya Sabah, Jamil Aripin berkata pada Sep 29, 2011, tertuduh telah membunuh seorang wanita bernama Kartini Binti Borhan, 27 di sebuah rumah di Taman Adika, Keningau.

Rizal telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jamil meminta mahkamah untuk suatu tarikh sebutan akan datang dan mahkamah bersetuju menetapkannya pada 19 Jun, 2012, serta meminta tertuduh akan ditahan reman di penjara Kepayan sehingga tarikh sebutan kedua, di bawah Seksyen 259, Tatacara Jenayah.

Sementara itu, Ram Singh bersetuju untuk kedua-dua permintaan tetapi meminta mahkamah supaya tertuduh diletakkan secara berasingan daripada penjenayah lain, kerana ada antara penjenayah dalam tahanan telah ditangkap oleh tertuduh semasa menjalankan tugasnya sebagai seorang pegawai polis.

Norhamizah memberi jaminan kepada tertuduh bahawa pengasingan antara pesalah polis dan tahanan lain telah diamalkan di bawah undang-undang negara dan layanan yang serupa akan diberikan kepada Rizal.

Turut hadir pada sebutan kes itu adalah ahli keluarga kedua-dua mangsa dan tertuduh.

10 comments:

  1. kini pagawai polis tersebut telah didakwa, sebelum ini ada mengatakan kes ini diabaikan oleh pihak polis. padahal sebenarnya kes ini dalam siasatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada pengecualian walaupun suspek merupakan anggota polis.

      Delete
    2. Kes ini telah memberikan imej yang negatif terhadap PDRM.

      Delete
  2. Berat hukuman tu kalau didapati bersalah.

    ReplyDelete
  3. Semoga kematian Kartini dapat pembelaan.

    ReplyDelete
  4. Kita tunggu tarikh yang ditetapkan ini untuk memastikan kebenaran akan diketahui nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebenaran pasti akan dapat diketahui jua

      Delete
  5. Pembunuh tu harus menerima hukuman setimpal

    ReplyDelete
  6. jangan ambil masa terlalu lama untuk selesaikan kes ini.. buktikan kepada orang awam bahawa pihak polis benar2 menjalankan tugas mereka..

    ReplyDelete
  7. tidak kisahlah beliau dapat keistimewaan dengan mengasingkan beliau dengan penjenayah2 yang lain, tapi pastikan beliau tidak terlepas dari hukuman mati sekiranya beliau benar2 didapati bersalah..

    ReplyDelete