Thursday 17 May 2012

LADANG PPRT DI PEDALAMAN ATAS




KOTA KINABALU : Kerajaan negeri Sabah sedang mengkaji kemungkinan membangunkan sebuah lagi Ladang Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) di bahagian pedalaman atas negeri ini sebagai tambahan kepada Ladang PPRT sedia ada, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman pada Selasa.

Katanya langkah itu bagi memberi peluang kepada lebih ramai ketua isi rumah miskin dan miskin tegar (KIRMT) untuk mendapat manfaat seperti yang dinikmati oleh KIRMT di Ladang PPRT sedia ada di Kalabakan, Tawau dan Tongod.

"Ladang PPRT Kalabakan dan Tongod yang dimajukan secara usahasama dengan Sawit Kinabalu Bhd kini berupaya membayar dividen sebanyak RM400 sebulan kepada 1,167 KIRMT di daerah-daerah tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) dan Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri di sini.

Selain itu, Musa berkata kerajaan negeri juga bercadang menambah bilangan Mini Estet Sejahtera (Mesej) daripada 44 buah kepada 50 di bawah Rancangan Malaysia Ke-10.

Beliau turut memaklumkan bahawa Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia telah membayar Elaun Sara Hidup Nelayan sebanyak RM200 sebulan kepada 11,325 nelayan di Sabah setakat 30 April lepas (Bernama)



12 comments:

  1. jika ladang tersebut dibangunkan, psti penduduk setempat akan turut mendapat manfaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka yang mengikuti program ini perlu manfaatkan setiap peluang yang ada.

      Delete
  2. Bagus tindakakn ini kerana memberikan kesan positif kepada rakyat.

    ReplyDelete
  3. Harap ini dapat merubah kehidupan rakyat2 yang berada di sekitar kawasan tersebut.

    ReplyDelete
  4. RM400 masih di bawah paras miskin tapi rakyat kenalah juga berusaha untuk menambah pendapatan dan tidak hanya bergantung pada bantuan kerajaan.

    ReplyDelete
  5. Semoga ladang PPRT mencapai objektifnya.

    ReplyDelete
  6. Buatlah apa yang terbaik untuk rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk kebaikan rakyat

      Delete
  7. Kajian bagi membuka lagi ladang PPRT yang baik untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk bersama-sama ikut usaha ini.

    ReplyDelete
  8. Bina lebih banyak ladang PPRT untuk rakyat tempatan.

    ReplyDelete
  9. pembangkang paling pantang bila ada bantuan2 kerajaan seperti ini..

    ReplyDelete
  10. saya harap rakyat sabah terutamanya di kawasan2 pedalaman yang bakal menikmati ladang PPRT ini dapat menerima usaha kerajaan ini untuk kebaikkan masa depan mereka.. jangan mudah terpengaruh dengan hasutan pihak pembangkang.. ladang PPRT telah terbukti mampu membebaskan penduduk kampung dari belenggu kemiskinan..

    ReplyDelete