Wednesday 16 May 2012

LAPORAN POLIS SEPERTI SURAT KHABAR LAMA?



Saudara Pengarang,

SUKACITA saya ingin memaklumkan bahawa saya dan rakan telah membuat lima laporan polis di lima daerah berasingan iaitu Karamunsing/008115/12, Tanjong Aru/002083/12, Penampang/002757/12, Keningau/001742/12 dan Tenom/RPT/0704/2012, namun pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan menurut lunas undang-undang, seolah-olah laporan polis seperti surat khabar lama?

Pada 24 April 2012 (Laporan Polis No. Penampang/002757/12), Mr. Ling mendapat tahu bahawa Ah Heng dan pemandu Ah Ming telah ditangkap 4 orang gangster dan 2 orang bersenjatakan pistol dan diajukan ke kepala mereka.

Kemudian Ah Heng dan pemandu tersebut telah dibawa ke hutan dan dipukul di situ oleh salah seorang gangster, kesan-kesan lebam dan luka juga jelas kelihatan di belakang. Selain itu kereta milik Ah Ming dengan muatan rokok juga dirampas. Selepas dipukul dan pisau diacu ke leher mereka, disebabkan takut maka mereka menuduh Mr. Ling adalah dalang di sebalik kejadian rampasan kereta dengan bayaran sebanyak RM 5,000.

Oleh itu dengan tiba-tiba sahaja Mr. Ling telah dituduh bertanggungjawab terhadap kejadian tersebut, tetapi hakikatnya Mr. Ling tidak pernah berbuat demikian dan saya berharap pihak berkuasa boleh cari mereka yang bertanggungjawab terhadap kes ini.

Berhubung dengan masalah yang telah Mr. Ling hadapi, iaitu pada 14 Mei 2012, jam 10.00 pagi, saya dan Mr. Ling telah pergi ke Keningau mencari Ah Heng di sekolah tetapi gagal. Oleh yang demikian, kami mengambil keputusan untuk menghubungi Ah Heng tetapi dia tidak menjawab panggilan.

Disebabkan perasaan ingin tahu kami, telah mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Ah Heng tetapi niatnya terhalang oleh sebuah panggilan daripada seorang CID pada pukul 3.40 petang dan memberi amaran kepada kami bahawa dia akan mengambil tindakan sekiranya terdapat apa-apa yang terjadi kepada Ah Ming dan Ah Heng.

CID tersebut ada memberitahu kami bahawa Ah Heng telah membuat laporan polis dan mengatakan bahawa Mr. Ling berniat mencederakan dan mengugut dia. Oleh itu saya membuat laporan ini kerana ingin menjelaskan bahawa Mr. Ling tidak pernah berniat mencederakan sesiapa dan kami bukan gangster.

Disebabkan perkara-perkara ini yang mungkin akan membahayakan semua pihak, maka saya bersama dua orang rakan saya, Yasu dan Ah Qian amat berbesar hati untuk membantu pihak polis menjejak Ah Ming, pemandu Ah Ming dan Ah Heng dengan harapan dapat menyelesaikan masalah ini dengan aman dengan bantuan pihak polis.

Walaupun telah banyak laporan yang saya buat, malah juga dirujuk ke Timbalan Urus Setia KPN (Tatatertib) tetapi saya masih tidak mendapat bantuan yang sewajarnya. Sekiranya pihak berkuasa tidak bertindak maka mereka mungkin akan menggunakan cara ‘gangster” untuk menyelesaikan masalah ini dan kemungkinan akan terjadi kejadian pertumpahan darah.

Sebenarnya saya bukan hendak menyusahkan pihak berkuasa. Saya memohon maaf sekiranya saya telah menyinggung perasaan pihak berkuasa, Kita adalah 1 Malaysia bukan 1 Gangster. Saya berharap dalam seminggu ini pihak berkuasa boleh menyelesaikan masalah ini, jika tidak maka saya akan membawa pihak Kastam membuat tangkapan rokok milik Ah Ming.

Sekian, terima kasih.

ANGRY MAN


CC : Timbalan Ketua Urus Setia KPN (Tatatertib) – Polis Diraja Bukit Aman
CC : Pesuruhjaya Polis Sabah Dato’ Hamza Bin Taib – Polis Diraja Negeri Sabah
CC : Pengarah Polis Diraja Malaysia - Putra Jaya
CC : Pengarah Maritim Negeri Sabah
CC : Pengarah Maritim Malaysia - Putra Jaya
CC : Tuan Hj Jalil Bin Hj Jaaffar – SPRM KK
CC : Timbalan Pengarah Operasi – SPRM Putra Jaya
CC : Tuan Dr. Jonathan Kandok – Kastam Negeri Sabah
CC : Pengarah Kastam Malaysia - Putra Jaya
CC : Sabahkini.net

15 comments:

  1. mgkin kes ini sekarang dalam siasatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua siasatan pun perlukan masa. Diharap pihak pengadu boleh bersabar.

      Delete
  2. Harap pihak polis ambil tindakan ke atas beberapa laporan yang sudah dibuat oleh pengadu.

    ReplyDelete
  3. Kegiatan gangsterisme ini harus dibendung. Pihak polis kena tegas dan telus dalam siasatan mereka. Lakukan pemantauan selalu.

    ReplyDelete
  4. Aduan harus disiasat dan diambil tindakan yang wajar.

    ReplyDelete
  5. Pihak berkuasa tidak harus mengabaikan aduan yang dibuat.

    ReplyDelete
  6. Pihak berkuasa harus bertindak bijak terhadap kesemua aduan.

    ReplyDelete
  7. mungkin teramat banyak kes sehingga adanya yang tercicir.

    ReplyDelete
  8. Pihak berkuasa harus bertindak positif terhadap aduan yang dibuat.

    ReplyDelete
  9. Harus juga pihak bertanggungjawab memberi penjelasan.

    ReplyDelete
  10. Aduan yang tercicir harus dikemaskini dan diteruskan dengan tindakan yang wajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada aduan yang tercicir memang tidak hairan la..

      Delete
  11. Nampaknya ada masalah terhadap pihak polis jika macam itu kerana laporan tidak diambil tindakkan.

    ReplyDelete
  12. Begitu banyak, dapat settle ka semua tu

    ReplyDelete