Wednesday 16 May 2012

LINDA TUNAIKAN JANJI SERAH 1,800 NETBOOK




SERAH...Linda Tseh menyerahkan sebuah Komputer 1Malaysia kepada salah seorang guru.

Oleh : SHAIMON S JUMADI                      Foto : SAFFIE S JUMADI

AHLI Parlimen Kawasan Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin berharap agar 1,800 Netbook 1Malaysia yang diberi secara percuma akan digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membuat kerja dengan lebih cekap.

Beliau menyatakan demikian di Majlis Penyerahan Netbook 1Malaysia kepada para pemimpin masyarakat, badan-badan keagamaan, pendidikan, badan-badan kebajikan dan persatuan kebudayaan serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) termasuk orang perseorangan.

“Saya juga ingin menyarankan agar semua penerima Netbook ini dapat mengakses maklumat yang berguna dari internet dan berfikir dengan lebih bijak seiring dengan kepantasan teknologi maklumat (IT) itu sendiri,” kata Linda.



Program Nerbook 1Malaysia kata Linda adalah selaras dengan dasar kerajaan iaitu “1Malaysia Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” dan pelbagai program seperti Program Bantuan Rakyat Satu Malaysia, Proram Bantuan Rumah, Program Satu Azam yang bertujuan menjurus kepada meningkatkan ekonomi keluarga yang berpendapatan rendah dan sebagainya telah dilaksanakan oleh kerajaan.

Linda menjelaskan bantuan dan sumbangan seumpama itu yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat jelata di Sandakan tanpa mengira kaum, agama, keturunan dan juga ideologi politik yang berbeza.

“Penyerahan bantuan ini jelas menunjukkan dasar kerajaan BN bersih, telus dan berjiwa rakyat dan sentiasa adil dan saksama di bawah pemerintahan BN kerana kita boleh lihat Sabah pesat membangun,” Linda lagi.

Kata Linda kerajaan BN yang dipimpin oleh Dato Seri Najib Tun Razak dan di Sabah oleh Datuk Seri Musa Hj Aman Ketua telah berkhidmat dengan penuh dedikasi dan  memberi banyak sumbangan ekonomi, kebudayaan, sosial, keagamaan dan alam sekitar kepada Warga Sandakan.

“Ini terbukti sejak BN memerintah orang Melayu, Cina, India, ramai di antara mereka sudah menjadi jutawan dan hanya tinggal sedikit sahaja yang masih terbelenggu dalam kepompong kemiskinan.

“Justeru itu, saya menyeru semua warga Sandakan agar terus memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan BN untuk terus menikmati perkhidmatan yang sangat memuaskan,” ujarnya.

Dalam tinjauan Sabahkini.Net, walaupun pejabat Parlimen Batu Sapi yang menyediakan hanya 1,800 unit Netbook untuk diageh-agehkan, namun tetamu yang datang ke Dewan Masyarakat melebihi 2,500 orang terdiri daripada penyokong-penyokong setia Barisan Nasional termasuk ahli-ahli UMNO Batu Sapi dan PBS Sekong.

8 comments:

  1. netbook2 yang disumbangkan amatlah dihargai, gunakan ia dgn baik.

    ReplyDelete
  2. Makin ramai yang celik IT lepas ni.

    ReplyDelete
  3. Macam mana mahu pastikan mereka menggunakan notebook itu untuk perkara berfaedah saja?

    ReplyDelete
  4. Pemberian bantuan ini membuktikan bahawa kerajaan menitikberatkan pembangunan IT di kalangan rakyat dan pada masa yang sama menghargai jasa wartawan.

    ReplyDelete
  5. Sebaiknya hanya mereka yang benar-benar memerlukan laptop ini saja yang diberikan. Kepada yang berkemampuan rasanya tidak perlulah diberikan laptop tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka yang diberi laptop gunakan sebaik mungkin dalam pembelajaran.

      Delete
  6. Wakil2 BN sedaya upaya menunaikan tanggungjawab dan janji2 kepada rakyat

    ReplyDelete
  7. syabas kepada Datin Linda.. tapi beliau perlu lebih aktif dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat di kawasan beliau sebagaimana yang dilakukan oleh adun Klias Azizah..

    ReplyDelete