Thursday 10 May 2012

MAHATHIR SELAR MARINA, APA KEGANASAN POLIS?





KUALA LUMPUR : Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyelar tulisan anak perempuannya Datin Paduka Marina dalam akhbar The Star yang mengecam keganasan polis semasa perhimpunan Bersih 3.0.

Tulisan terbaru Marina di kolumnya Musings, beliau berkata situasi kini kedua-dua pihak saling salah-menyalahkan dalam insiden keganasan ketika Bersih 3.0.

“Tapi keganasan itu, terutamanya daripada mereka yang sepatutnya melindungi kita susah untuk dinafikan, apatah lagi dengan beribu video, gambar and saksi kejadian. Saya turut terbinggung sebentar atas hal ini. Bagaimana polis bertukar daripada tidak berbahaya kepada ganas tanpa alasan tertentu,” tulis beliau.

“Dan jika Menteri Dalam Negeri berkeras bahawa tiada siapa yang mengarahkan polis untuk bertindak ganas, jadi apa yang menyebabkan mereka melakukan demikian, sehingga situasi yang begitu teruk? 65 orang masuk di hospital, hanya dua sahaja polis. Ini memberitahu sesuatu,” kata Marina lagi.

Marina berkata insiden tersebut perlu disiasat dan salah satu caranya ialah menubuhkan suruhanjaya penyiasatan yang bebas.

“Ramai yang tercedera bukan disebabkan polis. Para pendemo, juga melakukan serangan terhadap orang ramai yang mereka sangka sedang menyaksikan atau merakam apa yang berlaku,” selar Mahathir yang dipetik The Star.

Mahathir turut mendakwa Unit Amal PAS “yang berbaju merah” dan “dilatih khas oleh PAS untuk menggunakan keganasan” turut terlibat.

Mahathir turut berkata bahawa Marina tidak tercedera walaupun menyertai Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 kerana beliau mengikut “arahan”.

“Ini kerana beliau tidak cuba untuk merobohkan benteng yang dibina pihak berkuasa. Beliau duduk apabila tiba di benteng. Kalau semua pendemo ikut cara beliau, semua tidak akan cedera,” hujah Mahathir lagi.

Marina, kata ayahnya, sudah pasti tahu akan peristiwa “benteng diceroboh”, “cermin kereta polis pecah” dan “kereta polis diterbalikkan”.

Membela pihak polis yang terbukti keganasannya daripada video-video yang dimuat oleh para peserta Bersih 3.0, Mahathir berkata polis yang diberi latihan khas untuk menangani keganasan ramai “akan menggunakan apa yang diajar untuk menangani sebarang situasi.”

10 comments:

  1. If both participants and authorities are willing to cooperate, this sort of violent outbreaks can be prevented.

    ReplyDelete
  2. Some participants are too emotional during the rally till they act irrationally including assaulting the authorities and innocent by passers.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah tidak akan selesai melalui keganasanan.

      Delete
  3. Lebih baik Bersh 3.0 tidak ddibuat. Tengok la apa yang sudah terjadi.

    ReplyDelete
  4. dari bersih 1.0 hingga 3.0, kekeccohan pasti berlaku, cukuplah setakat ini, jgn anjurkan bersih lagi.

    ReplyDelete
  5. Sepatutnya perlulah sedar dengan diri sendiri yang menyertai perhimpunan haram maka perlu tahu yang akan berlaku pelbagai masalah. Maka terima apa yang berlaku itu sebagai pengajaran dan bukannya mahu menyalahkan orang lain pula.

    ReplyDelete
  6. Semua perhimpunan bersih tiada la yang mencapai objektif

    ReplyDelete
  7. kalau tidak ada perhimpunan Bersih, tidak akan ada keganasan..

    ReplyDelete
  8. takkan mahu tunggu semua polis masuk hospital barulah pemimpin2 pembangkang percaya bahawa keganasan ini dilakukan oleh peserta2 perhimpunan.. sepatutnya mereka menyalahkan diri mereka sendiri kerana gagal mengawal perhimpunan dan gagal mematuhi akta perhimpunan aman..

    ReplyDelete