Thursday, 31 May 2012

MENGUTIP SISA JANJI ADUN BUGAYA




BERLUBANG….Nazmah bersama-sama orang kampung meninjau kerosakan jalan yang tidak pernah disenggelarakan sebelum menganjurkan gotong-royong.

Oleh : SHAIMON S JUMADI                      Foto : NORASMAH TAKBIRUL

SUDAH 2 tahun kerosakan jalan masuk menuju ke kampung Sungai Tohuk, Semporna tidak diambil peduli oleh Wakil Rakyat Bugaya; bukan satu-dua kali laporan dibuat, malah sudah berbuih-buih mulut mengadu, tetapi sehingga sekarang tidak diambil sebarang tindakan.

Boleh dikatakan seluruh penduduk kampung yang tinggal di DUN Bugaya adalah penyokong tegar UMNO, tetapi kehidupan mereka masih dibelenggu kemunduran dalam segala aspek pembangunan asas yang sepatutnya disalurkan oleh kerajaan yang ada sekarang.

"Tengok sajalah jalanraya di kampung kami. Berlubang sana berlubang sini. Mana mereka mahu ambil peduli, malahan dibiarkan saja. Sudah banyak kenderaan yang lalu di jalan ini mengalami kerosakan kerana kemalangan," kata seorang penduduk Kampung Sungai Tohuk, Modali Mad Jana yang menceritakan masalah ini kepada Ketua Sri Kandi Parti KeADILan Rakyat (PKR) Cabang Semporna, Nazmahwati Walli.

Kata Modali, mereka seolah-olah diperbodoh dan dipermainkan seperti boneka (Anak Patung) kerana semua penduduk diberikan bendera UMNO/BN untuk dipacak di setiap sudut rumah masing-masing dengan bayaran RM50 sebagai bukti mereka penyokong setia BN dan jadi kubu kuat UMNO.

"Ini semuanya temberang. Hanya satu sandiwara UMNO/BN saja supaya parti-parti pembangkang gentar bila nampak bahawa kampung kami 100 peratus penyokong kuat UMNO. Sedangkan pada hakikatnya, ini semuanya satu pembohongan besar kepada rakyat," ujar Modali dengan nada sinis dan hampir tergelak.

Kami Modali lagi, penduduk dijanjikan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) tetapi sehingga sekarang satu tiang pun tiada; sebaliknya jika ada kelulusan yang diberikan hanya untuk kaum kerabat dan suku sakat ADUN sahaja.

“Namun sebaliknya rakyat yang tiada kaitan dengan ADUN, hanya mampu mengeluh dan gigit jari. Mahu laporkan ke mana? Siapa yang mahu memperdulikan nasib malang kami. Mujurlah ada Sabahkini.Net untuk kami mengadu hal-hal kami. Sekurang-kurangnya kalau tersiar di Sabahkini.Net Ketua Menteri Sabah dan Perdana Menteri Malaysia tahu juga masalah rakyat di Semporna. Tahu juga mereka apa yang Wakil Rakyat Bugaya sudah buat sama kami selama ini," ujar Modali yang kesal kerana penduduk kampung terus dilanda kemiskinan disebabkan sistem penyampaian kerajaan yang cacat dan tidak mencapai sasaran.

27 comments:

  1. byk jalan2 rosak di Sabah, ia haruslah diperbaiki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap tindakan pembaikan akan dibuat dengan segera.

      Delete
  2. there are many roads that are damage, not only this. How do you expect the government to fix all roads in one go.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nevertheless, i hope the government could act immediately to fix the roads in order to prevent accidents happen.

      Delete
  3. Pihak berkuasa harus bertindak cepat untuk membaiki kelemahan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga langkah penyelesaian akan diambil berhubung pekara ini.

      Delete
  4. Masa juga diperlukan untuk membaiki kerosakan, tetepi jangan pula menunggu bertahun-tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapkan tindakan dapat diambil dalam masa yang singkat.

      Delete
  5. WR harus turun padang dan memahami keadaan rakyat.

    ReplyDelete
  6. Semua aduan yang dibuat oleh rakyat harus diuruskan dengan baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduan yang dibuat tidak harus diabaikan.

      Delete
  7. SUDAH 2 tahun kerosakan jalan masuk menuju ke kampung Sungai Tohuk, Semporna tidak diambil peduli oleh Wakil Rakyat Bugaya;

    Kenapa WR gagal mengendali aduan yang dibuat selama 2 tahun lamanya? Apakah penjelasan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 kerosakan kecil macam ni dipandang remeh saja sampailah ada aduan dibuat baru mau bertindak.

      Delete
  8. style DAP. kira bagus sudah jalan ni sebab sudah berturap cuma kerosakan kecil tu perlu diperbaiki supaya tidak menjadi bertambah teruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat komplen sambil bergambar di sana..mau dapat perhatian mungkin..

      Delete
  9. Masalah jalan raya di Sabah masih kurang bermaju.

    ReplyDelete
  10. Jalan raya di Sabah merupakan masalah yang serius, banyak kawasan pedalaman masih tidak mempunyai sistem jalanraya yang wajar.

    ReplyDelete
  11. Harapkan WR turun padang dan memahami keadaan.

    ReplyDelete
  12. Pihak berkuasa harus bertanggung jawab untuk memberi jalanraya yang lebih wajar untuk digunakan.

    ReplyDelete
  13. Nampaknya PKR mula giat melakukan pencarian masalah yang dihadapi oleh penduduk.

    ReplyDelete
  14. Pastikan jalanraya itu selamat untuk digunakan oleh pengguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keselamatan pengguna harus diutamakan. Pihak berkenaan harus segera bertindak.

      Delete
  15. sebarang masalah yang berlaku harus diselesaikan dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  16. usaha untuk memenuhi keperluan dan kemudahan kepada rakyat harus dibuat dari masa ke masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah tu perlu diselesaikan segera.

      Delete
  17. ""ujar Modali yang kesal kerana penduduk kampung terus dilanda kemiskinan disebabkan sistem penyampaian kerajaan yang cacat dan tidak mencapai sasaran.""

    kenapa bangsa lain boleh keluar dari kepompong kemiskinan?? kerajaan mereka tidak sama ka dengan kerajaan BN?? berkenaan dengan kemiskinan itu, salahkan la diri sendiri..

    ReplyDelete
  18. si Nazmahwati yang penglibatannya dalam politik hanya kerana jawatan tidak akan membantu rakyat sekiranya PKR berjaya rampas kerajaan negeri.. sekarang ni memang senang la tuding jari.. bila tiba giliran mereka nanti, 1001 alasan dia bagi kepada rakyat..

    ReplyDelete