Sunday 6 May 2012

MPOB BANTU PEKEBUN KECIL






TERIMA.....Kelihatan dalam gambar ini pekebun kecil yang menerima kelulusan memegang sampul surat tanda kegembiraan mereka bergambar bersama Ahli Lembaga Pengerah MPOB Datuk Tan Yong Gee (tengah) dan Penyelaras TUNAS MPOB Sabah, Amran Arifin.

Oleh: HAJI WAHAB TIMPAI.

SERAMAI lima orang pekebun kecil di kampung Buis di kawasan Beluran menerima surat kelulusan subsidi dari MPOB untuk penanaman baru kelapa sawit dan tanam semula dalam satu majlis ringkas di Dewan serbaguna kampung Buis, baru-baru ini.

Pekebun kecil yang bernasib baik itu terdiri daripada Majtuil bin Karim, 52; Kail bin Banah, 51; Jonius bin Sadayoi, 50; Jonasmook bin Banah, 57 dan Selyester bin Sukaria, 30.

Ahli Lembaga Pengarah MPOB, Datuk Tan Yong Gee menyampaikan surat kelulusan kepada kelima-lima orang pekebun kecil itu.

Dalam ucapannya di majlis itu, Datuk Tan Yong Gee menasihatkan para pekebun kecil yang belum dapat kelulusan mendapat bantuan dari MPOB supaya bersabar dan sentiasa merujuk di pejabat MPOB di Telupid.

“Saya juga sentiasa berhubung dengan penyelaras Tunas MPOB negeri Sabah bagi mempastikan setiap permohonan mengikut syarat yang ditetapkan oleh MPOB  dapat diproses walaupun bukan lagi menjadi Ahli Lembaga Pengarah kerana itu adalah tanggungjawab selaku pemimpin," tegas Tan.

Lawatan tersebut merupakan lawatan terakhir Tan Yong Gee ke kampung itu kerana pada 30 April 2012 perlantikan beliau selaku Ahli Lembaga Pengarah telah tamat.

Menurutnya, MPOB berterusan menerima permohonan dari pekebun kecil sehingga tahun hadapan untuk membantu memberi subsidi bayaran pembersihan kawasan ladang yang dicadangkan itu, di samping membekalkan bantuan baja yang telah diluluskan.

Justeru itu, dengan bantuan kerajaan seumpama itu,  rakyat yang memiliki tanah yang masih terbiar untuk tanam baru, atau tanam semula dapat mengambil peluang itu dengan sebaik-baiknya dan jangan mendengar kabar angin yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, Penyelaras Tunas MPOB negeri Sabah Amran Arifin dalam sesi dialog di majlis itu menjelaskan kepada para pekebun kecil bahawa satu jawatankuasa khas dari beberapa Jabatan Kerajaan jadi panel untuk meluluskan setiap permohon diterima oleh MPOB.

Manakala MPOB pula hanya memproses semua borang permohanan dan yang membuat keputusan lulus atau sebaliknya ialah Kementerian Perusahan Perladangan dan Komoditi, Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Pertanian, dan beberapa jabatan lagi yang terlibat.

Katanya, bagi kategori tanam semula, syaratnya berbeza dari pemohon tanam baru. Mereka hanya perlu mengemukakan salinan lesen yang dikeluarkan oleh pihak MPOB dan Mykad; manakala pemohon tanam baru sawit yang belum bergeran perlu mendapat surat sokongan daripada PPHT.

Amran Arifin juga memberitahu di majlis itu bahawa bayaran insentif pembersihan telah dinaikkan dari RM2,000 satu hektar ke RM 4,000 bagi setiap pemohon.

Turut hadir di majlis itu beberapa pegawai Tunas MPOB dari Telupid, Ketua kampung dan Pengerusi JKKK Kampung Buis.

6 comments:

  1. Good luck to the plantation smallholders who receive the MPOB subsidies for the oil palm re-plantation program. Hope that they will make the best use of these subsidies in their plantation efforts.

    ReplyDelete
  2. The smallholders who haven't gotten the subsidies should be patient, I'm sure its on the way already. Hope that with this support from the MPOB it will help boost the local oil palm industry.

    ReplyDelete
  3. para pekebun kecil harus memanfaatkan peluang ini untuk tingkatkan taraf hidup mereka.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kepada MPOB. Harap pekebun kecil akan dapat menjalankan penanaman mereka dengan senang.

    ReplyDelete
  5. MPOB membantu pekebun2 kecil dengan sungguh2. Syabas dan para pekebun harus berusaha dengan gigih

    ReplyDelete
  6. syabas kepada MPOB kerana banyak membantu pekebun2 kecil kelapa sawit.. teruskan usaha menyumbang kepada ekonomi negeri dan juga ekonomi rakyat di negeri ini..

    ReplyDelete