Saturday 12 May 2012

MUSUH ‘TIDAK BERTAMADUN’ HANCURKAN NEGARA





NAJIB: “Negara ini telah dimerdekakan oleh Umno, dibangunkan oleh Umno, dan kerana Umno negara ini akan menjadi maju.”

Oleh : MOHD FARHAN DARWIS

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Najib Razak ketika perhimpunan 'Gelombang Merah' di sini berkata Umno akan mempertahankan negara ini daripada dimusnahkan musuh yang tidak bertamadun, tidak demokratik dan tidak berkredibiliti.

Presiden Umno itu berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 60,000 peserta perhimpunan di dalam dan ribuan lagi di luar Stadium Nasional Bukit Jalil di sini sempena Sambutan Ulangtahun ke-66 parti Melayu terbabit.

"Kita tidak redha melihat apa yang berlaku. Biar apa yang mereka nak lakukan, Umno akan terus menjaga maruah negara ini,” Datuk Seri Najib

Perdana Menteri itu turut mengingatkan mereka agar “tidak membiarkan anak dan cucu cicit kita terbangsat dan merempat di tanah air sendiri”.

“Negara ini telah dimerdekakan oleh Umno, dibangunkan oleh Umno, dan kerana Umno negara ini akan menjadi maju.

“Kita tidak redha melihat apa yang berlaku. Biar apa yang mereka nak lakukan, Umno akan terus menjaga maruah negara ini,” katanya dan diikuti sorakan dan tiupan 'vuvuzela' daripada ahli Umno yang hadir.

Sebelum itu, Najib berkata, tujuan utama pembangkang menyokong Bersih adalah untuk “melakukan kekerasan terhadap anggota polis”.

“Kalau tiada pergeseran tak keluarlah dalam CNN, Al Jazeera, BBC, inilah tujuan sebenarnya. Mereka nak tunjuk kita ini kerajaan dan pihak berkuasa yang zalim.

“Mereka tidak menghormati undang-undang negara,” katanya dan menegaskan atas dasar hormat kepada undang-undang, Umno memilih Stadium Nasional ini sebagai lokasi perhimpunan tersebut.

“Bagaimana perasaan anggota polis yang dipukul? Ada anggota polis yang dipukul menggunakan kayu besbol sehingga muntah darah.

“Inikah orang yang bertamadun? Inikah orang yang pertahankan imej mereka?” tegas Najib dan yakin peserta yang hadir di perhimpunan rasaksa Umno malam ini “boleh tawan Dataran Merdeka daripada perusuh”.


TERBILANG......Datuk Seri Najib menyampaikan anugerah 'Tokoh Melayu Terbilang' kepada Adibah Amin.

Malah, Ahli Parlimen Pekan itu juga menegaskan, pembangkang bukan sahaja parti yang tidak mengamalkan demokrasi, malah menekan ahli yang tidak menyokong mereka.

“Mereka tuduh kita macam-macam. Kata kita tidak demokrasi, tetua mereka sendiri tidak dipilih melalui demokrasi, alih-alih jadi Ketua Pembangkang,” katanya merujuk kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Najib turut menegaskan, kepimpinan mereka juga tidak menerima pendapat ahli parti.

“Cakap sikit tak boleh, tegur sikit tak boleh. Ada ketua kata kalau buat demonstrasi jalanan tidak baik, tapi apa jadi,  jawatan mereka tidak disambung semula, parti namanya demokratik, tapi tidak demokrasi, kemudian salahkan Umno,” tegasnya merujuk kepada tindakan yang diambil terhadap Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim, yang tidak disambung tempoh sebagai Senator oleh DAP.

Najib juga berseloroh dengan peserta untuk bertemu Yang diPertuan Agong selepas majlis sambutan pada malam ini untuk membubarkan Parlimen.

“Rasa-rasanya esok nak menghadap Yang diPertuan Agong, rasanya boleh menang?” diikuti sorakan “boleh” oleh peserta yang hadir.

Majlis sambutan ulang tahun ke-66 Umno itu turut dihadiri oleh Ahli Majlis Angkatan Tertinggi Umno, turut disertai bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya.

Sambutan tersebut turut menyaksikan upacara penyerahan bendera Umno “Sang Saka Bangsa” oleh konvoi bermotor yang diketuai Datuk Seri Zahid Hamidi kepada perdana menteri.

Turut menjadi agenda pada malam itu adalah pemberian anugerah “Tokoh Melayu Terbilang” kepada Tan Sri Datuk Seri Arsyad Ayub, dan Halidah Habibah Amin, lebih dikenali sebagai Adibah Amin.

Peserta perhimpunan daripada seluruh pelusuk tanah air dilihat begitu bersemangat mengibarkan bendera Umno dan bersorak, malah mereka juga tidak mengendahkan arahan pengerusi majlis supaya tidak meniup “vuvuzela” ketika Najib sedang berucap.



SESAK.....Sebahagian antara lebih 60,000 peserta perhimpunan di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil. Ribuan lagi berhimpun di luar stadium.

25 comments:

  1. umno tidak ada apa2 masalah pun berhimpun secara aman dalam Stadium Nasional Bukit Jalil.. tidak ada anggota polis yang cedera, tidak ada harta benda awam yang rosak, kepentingan peniaga dan orang awam yang lain juga tidak terjejas..

    ReplyDelete
  2. kan bagus kalau perhimpunan Bersih pun macam ni. tidaklah terjadi huru hara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada peserta yang lebih pentingkan muka daripada keselamatan, lebih pentingkan kemarahan daripada keselamatan dan lebih pentingkan agenda politik daripada keselamatan.

      Delete
    2. jika perhimpunan bersih diadakan di stadium seperti ini, pasti kekecohan takkan berlaku. ini nak juga dijalanan.

      Delete
    3. itulah.. mmg sengaja nak buat kecoh.. bgs2 ada tempat sesuai nak jg d jalan.

      Delete
  3. Bersih memang bagus tapi apa yang telah terjadi tu, seolah-olah merusuh. Tu yang umpama merosakan negara

    ReplyDelete
  4. The people will need to make the best decision regarding the best leader to bring the country towards a developed nation.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Violent outbreak during the Bersih Rally is an regrettable event, many innocent people are involved because of the irrational and emotional participants.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Each and everyone should be more rational rather than being emotional during that time. Violence will solve anything.

      Delete
  6. Gunakan saluran yang betul untuk selesaikan masalah. tidak pasal2 M'sia dapat imej yang negatif di mata dunia gara2 Bersih.

    ReplyDelete
  7. Itu sudah semestinya sejarah untuk UMNO yang memastikan Negara kita mencapai kearah negara yang maju. Namun kita harap UMNO tidak akan melupakan tanggungjawab kepada pentingan hak penduduk sendiri.

    ReplyDelete
  8. The government is committed to preserving a society that is civil, values democracy and respects law and order, said Science, Technology & Innovation Minister Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

    ReplyDelete
  9. The Kota Marudu MP said that democracy did not mean the society could disregard the law and let lawlessness rule.

    ReplyDelete
  10. He said the government regretted the untoward incidences of violence and unruliness during the Bersih 3.0 gathering in the national capital, especially when the organisers had called the planned gathering a peaceful one.

    ReplyDelete
  11. The government cannot compromise on peace and rule of law otherwise the government is just as guilty as those who decided to turn the gathering into an untoward incident by defying a court order.

    ReplyDelete
  12. He reiterated the Prime Minister’s view that certain quarters had used the gathering to further their own agenda of toppling the democratically-elected government by inciting violence and forcing the illegal occupation of Dataran Merdeka.

    ReplyDelete
  13. Everybody wants fair elections, the government wants it. So the government initiated the setting up of a parliamentary select committee (PSC) on electoral reform to undertake measures for reformation.

    ReplyDelete
  14. But what is not want is people instigating the public to commit offences towards achieving their own political agenda under the guise of a good cause.

    ReplyDelete
  15. Dr Maximus said PSC members had worked hard for six months to deliberate and gather public views before coming up with 22 recommendations to be undertaken by the relevant parties including the Election Commission.

    ReplyDelete
  16. The PSC, he pointed out, also comprised three Opposition representatives – from DAP, PKR and Pas – who worked hand-in-hand with other Barisan Nasional PSC members to thrash out their concerns and thoughts and come up with the measures.

    ReplyDelete
  17. So it smacks of political agenda when they decided to act like they did not agree with the PSC’s final report and demanded to table their own minority report.

    ReplyDelete
  18. Furthermore, PKR, DAP and Pas proceeded to join the rally which is undermining the PSC’s effort and directly this means rejecting their own views and proposals

    ReplyDelete
  19. Dr Maximus hoped Malaysians as well as Sabahans would think with rationality and cool heads instead of being influenced by the action of those who blatantly breached the court order, break down the barricades at Dataran Merdeka and created a ruckus.

    ReplyDelete
  20. He also urged the police to take stern action against those who breached the law and committed contempt of court including the organisers.

    ReplyDelete
  21. This incident has put a lot of questions about the intentions of the rally. Those responsible should not absolve themselves of responsibility and blame the police who were only doing their job.

    ReplyDelete