DOA.....Datuk Nasrun sedang membaca Al-Fatihah di hadapan
jenazah yang telah rentung di dalam keranda Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Oleh
: OTHMAN RAMLIE
EDITOR
Sabahkini.net, Mutalib M.D menolak kemungkinan perbuatan khianat dalam kes
kebakaran rumah keluarganya di Rancangan Silabukan, Peringkat Dua Lahad Datu
malam Ahad lalu yang menyebabkan ibunya, Hajjah Normah Bte Yahya, 75, rentung
dalam kebakaran yang hanya mengambil masa selama 20 minit.
"Saya
tidak fikir ini perbuatan khianat. Mereka tidak perlu mengorbankan ibu saya yang
lumpuh kerana saya boleh ditemui di mana-mana sahaja. Jika mereka memerlukan
saya, boleh telefon atau kirim email atau menemui saya. Tidak mungkin mereka
mahu menyerang keluarga saya," kata Mutalib yang menolak kemungkinan
kebakaran ini sebagai jenayah terancang kerana pada 1996, beberapa orang tidak
dikenali melontarkan bom ikan ke rumahnya, tetapi tidak meletup.
Tegas
Mutalib, beliau tidak memusuhi sesiapa, sekalipun sering menerima ancaman atau
ugutan bunuh daripada pihak tertentu, terutama tokoh yang rahsia mereka
didedahkan dalam bukunya atau di dalam Sabahkini.net dan SabahkiniTV.
HANGUS....Mutalib mengabadikan kenangan terakhir di
hadapan rumah mereka yang telah menjadi arang dan abu.
"Bagaimanapun
kami masih menunggu laporan Jabatan Bomba untuk mengenal pasti punca kebakaran
dan sebab berlakunya lebih 20 letupan kuat (maklumat daripada jiran) ketika kebakaran
tersebut," ujar Mutalib yang agak kesal kerana ketika kejadian tidak
berada di sisi ibunya disebabkan menjalankan tugas di Ibu Negara dan berjanji
akan pulang pada sambutan Hari Ibu.
Menurut
Mutalib, keluarganya (adik beradiknya) memerlukan laporan lengkap daripada
Jabatan Bomba dan Penyelamat sebelum mengambil tindakan lanjut kerana menurut
jiran berlaku letupan kuat sebelum api menyambar dan menjulang tinggi.
"Saya
tidak mahu buat sebarang spekulasi, tetapi mungkin berpunca daripada litar
pintas. Kebakaran berlaku sebaik sahaja bekalan elektrik yang terputus selama
beberapa jam tiba-tiba hidup dan menyebabkan peti televisyen dan peti sejuk
meletup sebelum terbakar kerana arus elektrik terlalu kuat," kata Mutalib
yang kesal kerana SESB tidak pernah membuat pemeriksaan berkala berhubung beban
dan arus elektrik yang sering terputus sehingga merosakkan peralatan elektrik.
SERAH.....Nasrun sedang menyerahkan bantuan kepada
keluarga mangsa sambil disaksikan oleh Penolong Pegawai Daerah Lahad Datu,
Juraimin Jadil.
Tegas
Mutalib, jika terbukti kebakaran tersebut berpunca daripada SESB, maka pihaknya
akan menyaman SESB bagi menuntut gantirugi, terutama kehilangan rumah,
peralatan dan jiwa ibunya.
Mengenai
ketiadaan Jabatan Perkhidmatan Bomba di Tungku, Mutalib menjelaskan tidak perlu
dibangkitkan langsung kerana Pegawai Daerah dan Wakil Rakyat telah melaksanakan
tugas mereka, tetapi kepincangan pentadbiran kerajaan Pusat menyebabkan rakyat
Sabah seperti 'Satey' di atas bara api; tidak mampu berbuat apa-apa kerana
Bomba tertakluk di bawah bidang kuasa persekutuan.
"Ada
Pili Bombapun hanya menjadi hiasan kerana Skim Bekalan Air Silabukan dijangka
siap pada 2013. Kereta bomba Lahad Datu sewajarnya telah dihantar ke Muzium
Negara kerana tidak mampu menampung beban kebakaran di Lahad Datu. Jadi kita
hanya menunggu giliran selepas ini rumah siapa yang kena," ujar Mutalib
yang jengkel dengan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Malaysia yang
gagal menaiktaraf Jabatan Bomba dan Penyelamat sehingga menyebabkan Ahli Bomba
bagaikan pahlawan salji yang berperang dengan api bersenjatakan air liur.
Memandangkan
ibunya telah meninggal dunia dan adiknya tidak mempunyai pendapatan yang tetap
untuk membina semula rumah yang telah rentung, maka Mutalib merayu agar Kerajaan
Negeri meluluskan Projek Bantuan Rumah (PBR) kepada adik perempuannya yang
selama ini menumpang di rumah ibunya setelah ayah mereka meninggal dunia (sakit
tua).
SYAHID....Di sinilah Hajjah Normah menjadi 'Syuhada'
dalam kebakaran dasyhat.
Mutalib
yang merupakan anak ke 6 daripada sembilan adik beradik menegaskan bahawa
sekalipun mereka redha menerima takdir kematian ibu mereka dalam keadaan yang
amat mengerikan, namun tidak dapat menerima hakikat kecuaian manusia terutama SESB
menyebabkan mereka adik beradik menyambut hari ibu bersama jasad ibu mereka
yang telah rentung dalam suasana deraian air mata.
Dalam
pada itu, Mutalib mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih
kepada Warga Sabah terutama Ketua Menteri Sabah; Datuk Seri Panglima Musa Haji
Aman; Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Speaker DUN Sabah, Datuk Seri
Panglima Salleh Tun Said; Ahli Parlimen Silam, Haji Salleh Kalbi; Mantan Ahli
Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman; Adun Lahad Datu, Datuk Nasrun Datu
Mansur; Adun Tungku, Datuk Mohd Suhaili Said; Pegawai Daerah Lahad Datu,
Zulkifli Nasir; Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Samsuddin Mat; Jabatan Bomba dan
Penyelamat Lahad Datu; Ketua Daerah Lahad Datu, Haji Sulaiman Atok; Timbalan
Pengerusi LDP Silam, Chong Su Vun; Seluruh Warga Lahad Datu dan penduduk Rancangan
Silabukan yang telah menghulurkan sumbangan material dan sokongan moral
sehingga urusan jenazah Almarhumah ibunya selamat dikebumikan di Tanah
Perkuburan Islam Silabukan.
Mutalib
juga merakamkan jutaan terima kasih kepada jiran tetangga yang sanggup
menggadai nyawa merempuh api dan berjaya menyelamatkan tiga orang anak
saudaranya yang masih kecil dan cuba menyelamatkan ibunya yang sedang terbakar
tetapi gagal kerana api terlalu kuat.
"Tidak
sangka masih ada manusia yang berhati nabi. Terima kasih," ujar Mutalib
yang mengharapkan agar 'kewafatan' ibunya dalam keadaan ngeri dan memilukan
boleh membangunkan mereka yang masih lena di dalam bilik hawa dingin dan gagal
memikul amanah rakyat.
Turut Berduka..Tabahkan hati ada hikmah di sebaliknya..
ReplyDeleteAdalah lebih baik jika menunggu keputusan yang dikeluarkan oleh pihak bombaa.
ReplyDeleteI'm sure the authorities will be able to reveal the truth of this cases after the investigation and post mortem.
Deletesabah-go-green.blogspot.com
Takziah semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.
ReplyDeleteapa yang berlaku ini ada hikmahnya.. harap Mutalib sabar menghadapinya.
ReplyDeleteMujurlah Mutalib berprasangka baik dan tidak menuduh siapa2. Semua yang terjadi ada hikmahnya.
ReplyDeletePunca kebakaran pasti akan diketahui tidak lama lagi. harap2 bukan disebabkan khianat kerana dikaitkan dengan tugas Mutalib.
ReplyDeleteTakziah kepada keluarga Mutalib.
ReplyDeleteCondolence to M.D Mutalib for the passing of his beloved mother.
ReplyDeleteKita tunggu saja siasatan mengenai perkara ini.
ReplyDeletetakziah kepada keluarga sdr Mutalib MD.. semoga seluruh ahli keluarga Mutalib terus tabah dan sabar menghadapi dugaan ini..
ReplyDelete