Friday 4 May 2012

NAJIB DAN MUHYIDDIN TIDAK SENTUH RCI






Oleh: AMBROSE M MATTHEW

KEMABONG: Ketua Pegawai Penerangan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Negeri Sabah Mutang Dawat @ Sylvester (gambar), terkilan dengan lawatan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalannya ke negeri ini pada baru-baru ini kerana sedikit pun tidak menyentuh bilakan pelaksanaan RCI yang dinanti-nantikan rakyat Sabah selama ini.

Beliau berkata, lawatan kedua-dua pemimpin negara walaupun jadualnya berselang seli, namun kedua-duanya langsung tidak menyentuh soal RCI; malah difahamkan wartawan cuba mendekatinya untuk menemubual mereka, namun tidak berpeluang.

“Rakyat semakin kecewa kerana sepatutnya RCI dilaksanakan terlebih dahulu sebelum pilihanraya kali ke-13 diadakan...(kerana) kita ingin mengetahui ketulenan sebenar pengundi di negeri ini berdasarkan dokumen yang mereka miliki selain proses pilihanraya berjalan dengan seadil-adilnya tanpa kesangsian,” kata beliau kelmarin.

Beliau yang merupakan Ketua Penyelaras Parti Kita Parlimen Tenom sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Penerangan parti itu dinegeri Sabah berkata, pucuk kepimpinan BN yang juga Perdana Menteri Dato’ Seri Najib seharusnya mengotakan janjinya sebelum ini untuk menyelesaikan isu Kad pengenalan palsu dan pemberian kerakyatan melalui pintu belakang kepada warga asing sebelum pilihanraya umum ke-13 diadakan.

“Kita melihat dan mendengar di mana-mana sahaja rakyat berada tanpa rasa takut menyuarakan perasaan marah mereka apabila kerajaan masih membeku tidak mengumumkan pelaksanaan RCI, sedangkan ia sudah dipersetujui semasa mesyuarat Kabinet Persekutuan,” tegasnya.

Malahan semua parti politik tidak kira pembangkang atau BN termasuk UMNO sudah bersetuju RCI perlu diadakan, lalu Mutang berpendapat Kerajaan BN harus mengumumkan dalam waktu terdekat.

 Dalam pada itu, Mutang turut meluahkan kebimbangan bahawa Parti Kebenaran Sabah (PKS) yang baru diluluskan pendaftarannya akan menjadi landasan bagi pemegang pemegang MyKad yang meragukan sekiranya dokumen diri mereka tidak sempat disahkan ketulenannya menerusi RCI.

Tegasnya, lebih-lebih lagi PKS berjuang berteraskan suku kaum Suluk dan Bajau Tempatan yang menyokong BN menguatkan kekuatiran berkemungkinan akan dijadikan kenderaan sebagai tumpangan kepada ratusan ribu dokumen yang meragukan yang kini berada di tangan golongan tersebut (merujuk laporan buku Projek IC karya Mutalib M.D).

40 comments:

  1. I hope the government will set up RCI.

    ReplyDelete
  2. Mesti ada kata2 sumbang terlintas.

    ReplyDelete
  3. RCI akan ditubuhkan apabila terma dan rujukannya ditetapkan.

    ReplyDelete
  4. jika kerajaan prihatin akan masalah PATI/PADI yang dihadapi oleh Sabah, maka, kerajaan harus digesa tubuhkan RCI sebelum PRU-13

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasti ini memberikan kesan ke atas sokongan rakyat jika masih belum ditubuhkan sebelum PRU.

      Delete
  5. dan juga isu 'phantom voters' harus ditangani secepat mungkin sebelum tibanya PRU-13

    ReplyDelete
    Replies
    1. The people demand a clean and fair election. Therefore, the government ought to listen to the people's voice. RCI ought to be set up before election comes.

      Delete
  6. kalau benar ada penglibatan pemberian kerakyatan songsang kepada PATI...maka, kerajaan / penguatkuasa seharusnya bertindak segera dan bukannya berdiam diri sahaja atau melindungi 'pengkhianat' itu

    ReplyDelete
  7. Jika tidak, ia hanya akan menghantar mesej yang salah kepada orang ramai khasnya Sabahan dan dunia amnya, bahawa ada double standard dalam penguatkuasaan undang-undang di negara ini

    ReplyDelete
  8. Perkara ini bukan sahaja berkaitan dengan isu politik tetapi ianya soal sosial, perlembagaan, kebudayaan, keselamatan dan isu-isu demografi yang perlu diselesaikan secara positif tetapi tegas sebelum PRU akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya banyak perkara perlu diambilkira untuk laksankan RCI. tidak hairan RCI memerlukan satu tempoh masa yang panjang untuk ditubuhkan.

      Delete
  9. Tiba2 saja KITA ni muncul. sebelum ni apa sumbangan yang diberikan kepada Sabah??

    ReplyDelete
  10. Sabah is in deep shit if this pati issue does not get solved as soon as possible.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I understand that it takes time for the government to decide whether they would approve the set up of RCI in sabah due some circumstances but i really hope the government could make up their quickly before this pati issue gets more worse.

      Delete
  11. Kerajaan tidak harus menolak permintaan menubuhkan RCI.

    ReplyDelete
  12. Kerajaan Persekutuan harus membuktikan keikhlasan untuk menyelesaikan masalah PATI.

    ReplyDelete
  13. Penduduk di Sabah masih menantikan pengumuman sah pertubuhan RCI.

    ReplyDelete
  14. Semoga persekutuan prihatin penduduk di sini dengan menyelesaikan masalah parti yang mengganggu perkembangan ekonomi dan kestabilan politik di sini.

    ReplyDelete
  15. PATI memainkan peranan untuk memberi undian juga.

    ReplyDelete
  16. Kedatangan kedua orang yang tertinggi ini menjadi persoalan mengenai RCI yang tidak disentuh langsung. Harap perkara ini dapat disuarakan kerana kita sedia tahu wakil Sabah telah pun menyuarakan perkara ini dan diterima oleh kerajaan persekutuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RCI harus sentiasa dan terus disuarakan, RCI adalah harapan Sabah dalam menangani masalah PATI dan IC projek

      Delete
  17. Semoga ISU RCI ini akan dapat diselesaikan secepat yang mungkin.

    ReplyDelete
  18. Ramai rakyat Sabah ternanti-nantikan RCI ditubuhkan.

    ReplyDelete
  19. parti Kita ni sudah ketinggalan banyak isu ba.. sekarang baru mahu cerita pasal lawatan Najib dan muhyiddin..

    ReplyDelete
  20. kenapa bukan Mutang Dawat saja yang pergi berjumpa dengan Najib atau Muhyiddin dan ajukan soalan berkenaan dengan RCI sempena lawatan kedua2 pemimpin negara ini??

    ReplyDelete
  21. The government has agreed to set up a royal commission of inquiry (RCI) to investigate problems related to illegal immigrants in Sabah, Prime Minister Najib Abdul Razak announced today.

    ReplyDelete
  22. He said the government was committed to resolving the issue as it could affect the well-being of the people of Sabah.

    ReplyDelete
  23. It is hoped that the people of Sabah will take advantage of this RCI and together with the government find the strategies and best approaches to tackle the problems concerned.

    ReplyDelete
  24. Najib said the decision was made after taking into consideration the views from all quarters.

    ReplyDelete
  25. The Attorney-General's Chambers has been entrusted with the responsibility to come up with the terms of reference and the initial draft has been prepared.

    ReplyDelete
  26. To ensure the RCI functions smoothly, the AG’s Chambers to get views and feedback from all quarters on the draft before the TOR is finalised.

    ReplyDelete
  27. It is reported that the number of illegal immigrants in Sabah is estimated to be above 500,000 people.

    ReplyDelete
  28. Science, Technology and Innovation Minister Datuk Seri Dr Maximus Ongkili said. said Najib was expected to make the announcement of the specific terms of reference of the RCI when he visits the state during the Pesta Keamatan (harvest festival).

    ReplyDelete
  29. The prime minister said the setting-up of the RCI was a manifestation of the determination of the governnment in upholding the constitution and the rule of law.

    ReplyDelete
  30. He said the RCI was expected to ensure that all problems associated with illegal immigrants in Sabah are resolved in a comprehensive manner.

    ReplyDelete
  31. The setting up of the RCI has become an important issue following apprehension among the people and NGOs in Sabah over the existence of illegal syndicates supplying identity cards to illegal immigrants, resulting in the alleged rise in their number in the state.

    ReplyDelete
  32. The Sabah Barisan Nasional Citizenship Committee, chaired by Deputy Chief Minister Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, had been entrusted with the responsibility of coming up with the terms of reference of the RCI.

    ReplyDelete