Wednesday 23 May 2012

NAJIB DIJANGKA UMUM RCI 9 JUN




KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dalam lawatannya ke Sabah sempena Pesta Kaamatan awal Jun depan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata pengumuman itu dijangka memperincikan bidang tugas dan terma rujukan suruhanjaya siasatan itu, bagi memastikan semua masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah dapat diselesaikan secara komprehensif.

"Perdana Menteri akan datang ke Sabah pada 9 Jun sempena sambutan Pesta Kaamatan peringkat kebangsaan. Kami berharap untuk mendengar daripada beliau (Najib) mengenai terma rujukan khusus RCI itu," katanya kepada pemberita selepas pelancaran dan penyerahan watikah pelantikan Majlis Bioetika Negara (MBN) di sini, hari ini.

Pengumuman pembentukan RCI telah lama dinantikan rakyat Sabah dengan desakan lebih kuat kedengaran selepas pengumuman itu dibuat perdana menteri semasa lawatannya ke negeri itu pada Februari lepas.

Isu penubuhan RCI itu penting berikutan kebimbangan di kalangan orang awam mahupun badan bukan kerajaan (NGO) di Sabah mengenai kewujudan sindiket haram membuat kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin, yang dikatakan mengakibatkan peningkatan mendadak jumlah rakyat di Sabah.

Jawatankuasa Kewarganegaraan Barisan Nasional Sabah yang dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sebelum ini dipertanggungjawabkan untuk menyediakan terma rujukan atau bidang tugas RCI. (Bernama)

21 comments:

  1. moga semasa lawatan Najib ke Sabah sempena kaamatan, dia akan mengumumkan RCI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Having the PM to announce the setting up of RCI in sabah would bring joy to the people.

      Delete
    2. 9 Jun-mungkin inilah hari yang dinanti2kan oleh rakyat Sabah.

      Delete
    3. Semoga pertubuhan RCI menjadi kenyataan.

      Delete
  2. penubuhan RCI amat perlu bagi atasi isu pati dan projek IC yang berleluasa di Sabah. masalah ni adalah masalah utama di Sabah.

    ReplyDelete
  3. RCI must be set up before election come to ensure a clean and fair election.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Projek IC harus disiasat untuk mengelakkan mana-mana pihak mengambil kesempatan.

      Delete
  4. Kali ini minta-mintalah PM umumkan penubuhan RCI di Sabah. Ia untuk kebaikan BN juga.

    ReplyDelete
  5. Kita tunggu saja pengumumannya harap akan diumumkan secepat yang mungkin.

    ReplyDelete
  6. Kerajaan Persekutuan harus ikhlas untuk menanggani masalah PATI dan isu projek IC.

    ReplyDelete
  7. Permintaan RCI telah mengambil masa yang teramat panjang tetapi masih tiada perkembangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diharap 9 Jun akan diumumkan penubuhan RCI di Sabah

      Delete
  8. Tidak semestinya masalah PATI boleh diselesaikan melalui RCI tetapi harus juga mencuba.

    ReplyDelete
  9. Feeral harus serius dalam penubuhan RCI di Sabah

    ReplyDelete
  10. sememangnya RCI merupakan isu yang paling 'panas' dan tanpa penyelesaian di Sabah

    ReplyDelete
  11. lagipun, penubuhan RCI ini adalah permintaan dari rakyat Sabah

    ReplyDelete
  12. ramai yang menyatakan kebimbangan mereka jika RCI tidak dilaksanakan, PRU tidak akan berlaku adil dan tidak akan ada masa depan lagi bagi Sabah

    ReplyDelete
  13. kebanyakan rakyat Sabah telah menyatakan keinginan mereka untuk melihat RCI dilaksanakan sebelum GE13

    ReplyDelete
  14. harap ada berita positif mengenai TOR yang sedang dirumuskan oleh pihak Najib

    ReplyDelete
  15. kalaupun RCI ditubuhkan, adakah pemimpin2 pembangkang tidak akan meremeh2kan penubuhan RCI ini dengan mendakwa ianya hanya wayang kulit atau gimik politik??

    ReplyDelete
  16. saya yakin RCI tetap akan ditubuhkan.. penubuhan program 5P untuk Sabah juga sudah cukup untuk membuktikan bahawa kerajaan sememangnya mahu menyelesaikan masalah ini..

    ReplyDelete