Wednesday 23 May 2012

NAJIB TELAH TERBUKTI, ANWAR MASIH JUAL JANJI




Oleh : AZMAN ABAS

KUALA LUMPUR : Soal kabinet bayangan di kalangan parti pembangkang bukanlah perkara baru dan bukannya satu kemestian bagi mereka kerana mungkin pembangkang yang diketuai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim seboleh-bolehnya mahu menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahun umum.

Ini kerana semua sedar dan nampak ketiga-tiga parti yang bergabung di dalam pakatan pembangkag iaitu PKR, DAP dan Pas mempunyai ideologi masing-masing dan hari ini mereka sekadar bergantung persetujuan bersama berasaskan Buku Jingga.

Atas dasar itu, sebelum diketengahkan kabinet bayangan berkenaan, rakyat perlu sedar dan tahu mereka siapakah individu yang paling layak untuk memegang teraju utama negara sebagai Perdana Menteri yang kini disandang oleh Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ketika diajukan soalan berkenaan dalam temubual eksklusif berpendapat dari segi kepimpinan dan kewibawaaan, kepimpinan BN khususnya Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri jelas kelihatan dan terbukti.

“Kita tengok bahawa dari segi kepimpinan, saya rasa pemimpin kita jauh lebih baik daripada mereka sebab Datuk Seri Najib telah buktikan selama tiga tahun dengan membawa pelbagai transformasi yang menghasilkan kejayaan dalam bidang ekonomi,  politik dan sebagainya.

“Berbanding dengan Anwar yang banyak berjanji tetapi janji itu tidak ditunaikan. Malah kita semua tahu ada tanda-tanda besar mengenai  kredibilti dan kewibawaan beliau sendiri sebagai pemimpin…. jadi ramai yang tidak boleh terima beliau dari segi personaliti dan sebagainya.

“Justeru rakyat perlu membuat pilihan bijak kerana Datuk Seri Najib sebagai PM telah menujukkan hasilnya dan apa yang ditawarkan oleh Anwar pula menimbulkan pelbagai tanda tanya,” katanya di pejabat beliau, baru-baru ini.

Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN seterusnya menambah sebagai ahli parti, semua pihak perlu melengkapi antara satu sama lain dan tidak mengecewakan Datuk Seri Najib yang hari ini cukup popular di kalangan rakyat.

“Datuk Seri Najib selalu ingatkan kita bahawa kita tidak boleh bersandar kepada beliau seorang sahaja. Parti dan calon kita mestilah sama baik dengan kredibiliti sepertimana PM. Kalau tidak nanti orang akan anggap yang hebat pada BN hanya PM…. Presiden sahaja. Kita kena tunjuk orang UMNO, BN, calon kita dan sebagainya lagi pun hebat juga.

“Sebab itu diharapkan kita melengkapi dan sebagai ahli parti kita tidak mengecewakan Datuk Seri Najib yang telah banyak bekerja kuat dan telah tunjukkan yang baik untuk rakyat,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bagaimana BN sebagai satu produk yang memerlukan sokongan dan dokongan daripada semua pihak agar produk itu diterima dengan baik oleh rakyat.

“PM berada di atas…..tetapi produk itu mesti nampak cantik dan diterima oleh rakyat. Produk kita atas cantik tetapi bawah tak cantik akan undang masalah. Kita sebagai ahli UMNO sudah pasti kita tidak hebat sepertimana Datuk Seri Najib tetapi kita hendaklah sekurang-kurangnya tunjukkan bahawa kita sokong gagasan beliau dan bawa kredibiliti yang diterima oleh rakyat,” katanya. (MediaUMNO)

9 comments:

  1. Anwar sejak dulu mmg pandai jika berjanji manis, tapi ia hnya sekadar janji.

    ReplyDelete
  2. kita perlukan pemimpin yang boleh menunaikan janji, bukan yang hnya tau berjanji tapi tidak boleh melaksanakannya.

    ReplyDelete
  3. Najib telah banyak melakukan transformasi di negara ni dan sokongan rakyat pun dilihat masih memihak pada Najib.

    ReplyDelete
  4. Kerjasama di antara parti yang berlainan ideologi tdak akan kekal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuanya berakhir dengan perpecahan dan kekecewaan.

      Delete
  5. Maka berhati-hati dengan janji pembangkang yang telah diberikan.

    ReplyDelete
  6. Jangan mudah terpedaya dengan janji2 pembangkang

    ReplyDelete
  7. memang betul pun.. Najib telah membuktikan kemampuan beliau.. manakala Anwar telah membuktikan bahawa agenda beliau lebih banyak membawa persoalan berbanding dengan jawapan..

    ReplyDelete
  8. kalau dibandingkan dengan pemimpin2 terdahulupun, najib lebih baik kerana beliau berani melaksanakan pembaharuan yang tidak berani dilaksanakan oleh pemimpin2 terdahulu..

    ReplyDelete