Saturday 19 May 2012

NELAYAN SENGSARA ANGKARA BIROKRASI




Oleh : ABD.NADDIN HJ.SHAIDDIN

KOTA KINABALU: Kira-kira 150 bot nelayan tidak dapat ke laut sejak Jumaat lepas kerana karenah birokrasi dalam pengurusan bekalan minyak diesel bersubsidi.

Pengerusi Persatuan Pemilik Kapal Nelayan Kota Kinabalu, Simon Hong, mendakwa masalah kekurangan bekalan minyak subsidi itu disebabkan karenah birokrasi antara agensi berkaitan menyebabkan kira-kira 150 bot nelayan kehabisan minyak.

Katanya, bekalan minyak diesel bersubsidi yang diperkenalkan sejak 2006 itu ternyata memberi manfaat kepada mereka, tetapi langkah menghentikan bekalan itu secara tiba-tiba menjejaskan pendapatan golongan nelayan terbabit.

“Akibatnya, harga ikan naik secara mendadak dan menyusahkan kehidupan rakyat,” katanya dalam sidang media di sebuah hotel terkemuka, dekat sini, petang kelmarin.

Beliau yang juga Naib Presiden Gabungan Persatuan Perikanan dan Kapal Nelayan Sabah berkata, apapun karenah birokrasi, bekalan minyak subsidi perlu dibekalkan untuk membolehkan nelayan ke laut.

Menurutnya, bekalan minyak subsidi diesel itu terjejas sejak Jumaat lepas kerana masalah birokrasi melibatkan agensi-agensi berkaitan dan yang menerima kesan ialah golongan nelayan dan rakyat.

Sementara itu, persatuan itu juga meminta agar jumlah kuota bekalan minyak diesel bersubsidi itu dinaikkan kepada 3.5 juta liter sebulan kerana jumlah yang sekarang iaitu 2.5 juta liter tidak dapat menampung keperluan.

Katanya, satu ketika dahulu, jumlah bekalan minyak diesel itu pernah dinaikkan kira-kira 3 juta liter sebulan, tetapi kini jumlah yang ada tidak dapat menampung keperluan nelayan.

“Kalau dulu, satu bulan boleh empat trip, kini dalam tempoh dua bulan, hanya lima trip bot nelayan turun ke laut,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberikan diesel bersubsidi tetapi kesal terhadap agensi-agensi yang diamanahkan kerana karenah birokrasi menyebabkan banyak bot tidak dapat turun ke laut menangkap ikan.

“Yang teruk nelayan, ikan terpaksa dijual mahal, rakyat jadi susah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar masalah birokrasi yang menyebabkan kekurangan bekalan minyak bersubsidi itu dapat ditangani segera bagi membolehkan golongan nelayan khususnya pengusaha bot nelayan keluar menangkap ikan. (theborneopost)

11 comments:

  1. kerenah birokrasi kenalah dikurangkan, jgnlah bebankan nelayan untuk dptkan minyak subsidi.

    ReplyDelete
  2. Sama-sama cari makan, kenapa mahu susahkan orang lain?

    ReplyDelete
  3. Semoga masalah yang nelayan hadapi dapat diselesaikan dengan baik.

    ReplyDelete
  4. Beban nelayan akan bertambah dengan masalah birokrasi tersebut.

    ReplyDelete
  5. “Kalau dulu, satu bulan boleh empat trip, kini dalam tempoh dua bulan, hanya lima trip bot nelayan turun ke laut,”

    Ini akan menjejas pendapatan nelayan. Tindakan wajar harus diambil.

    ReplyDelete
  6. Semoga pengurusan subsidi dapat dipercepatkan.

    ReplyDelete
  7. Masalah ini akan menyebabkan rakyat terpaksa membeli ikan & hasillaut dengan harga yang lebih tinggi.

    ReplyDelete
  8. Kenaikkan harga minyak pasti akan menjejaskan harga barangan dipasaran. Itulah yang berlaku sebenarnya sekarang ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subsidi harus disasarkan pada mereka yang memerlukan

      Delete
  9. Lebih baik pendekan prosedur biokrasi.

    ReplyDelete
  10. masalah birokrasi macam mana tu sehingga boleh menyebabkan masalah kekurangan minyak diesel bersubsidi??

    ReplyDelete