Friday 18 May 2012

NGO GESA TINDAKAN PADA BERSIH




Oleh : ABDUL RAHIM SABRI

BEBERAPA NGO dan persatuan penduduk sekitar Puchong hari ini berhimpun di ibu pejabat polis daerah (IPD) Serdang bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan polis menjaga keamanan, termasuk dalam perhimpunan BERSIH lalu.

Pada masa yang sama, kira-kira 100 orang daripada mereka mendesak polis mengambil tindakan tegas terhadap anggota jawatankuasa Pemandu BERSIH yang didakwa melanggar Akta Perhimpunan Aman dalam perhimpunan 28 April lalu.

Antara kumpulan terlibat Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Puchong, Waris Malaya, Gabungan NGO Puchong, dan Pembangunan Belia Enggang Bandar Kinrara.

"Begini caranya untuk kita berhimpun, tidak melakukan kerosakan... Bukan melakukan kekecohan atau rusuhan.

"Kita sokong untuk polis mengambil tindakan tegas terhadap jawatankuasa pemandu BERSIH," ucap wakil Pekida daripada cawangan Puchong.


 


Bagaimanapun, dalam laporan polis yang dibuat selepas perhimpunan itu, mereka menolak 'rusuhan dan huru-hara' yang boleh menjatuhkan imej negara, tanpa menyebut langsung nama BERSIH.

Kumpulan itu membawa pelbagai kain rentang dan poster bagi menyatakan sokongan mereka terhadap polis menjaga keamanan di negara ini.

Mereka berhimpun di pintu pagar masuk ke IPD berkenaan, sebelum berarak ke pintu utama ibu pejabat berkenaan sambil melaungkan "Hidup Polis!".

Mereka kemudiannya menyampaikan plak, bendera kepada Ketua Polis Daerah Serdang Abd Razak Elias yang sedia menanti di pintu masuk.

Turut kelihatan beberapa pemimpin Umno bahagian mengambil bahagian dalam perhimpunan itu. (MKINI)

7 comments:

  1. Looks like there are many people who does not support the Bersih rally in the country, Tunku Aziz is not alone.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Hope that the violent outbreaks during the Bersih rally can be investigated first to find out who started the problem.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. mgm ramai yang tidak menyokong bersih kerana mereka tau bersih hnya memporak poranda kan negara.

    ReplyDelete
  4. Selepas Bersih 2.0 tahun lalu, ada pihak yang mendesak Ambiga dikenakan tindakan tapi hinggalah berakhir Bersih 3.0, masih tiada apa2 tindakan diambil.

    ReplyDelete
  5. Berita terbaru kerajaan akan menyaman Ambiga kerana kesalahan beliau sebagai pihak penganjur yang tidak dapat mengawal peserta BERSIH tersebut baru-baru ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. para peniaga2 yang terjejas pun patut saman Ambiga kerana mendatangkan kerugian kepada mereka..

      Delete
  6. kalau mahu ambil tindakan, orang pertama yang perlu dikenakan tindakan ialah Ambiga..

    ReplyDelete