Saturday 19 May 2012

NKRA PENGANGKUTAN AWAM MENGGALAKKAN





KUALA LUMPUR : Pengangkutan Awam Bandar dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) telah menunjukkan hasil menggalakan berikutan lebih ramai orang menggunakan perkhidmatan bas, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehingga akhir tahun lepas, Perdana Menteri berkata jumlah bilangan penumpang bas meningkat kepada empat juta orang dan penumpang laluan LRT Kelana Jaya pula meningkat lebih 10 juta orang.

"Faktor beban untuk bas KTM dan LRT kini lebih seimbang dengan lebih ramai mengambil bas dan KTM dan LRT pula semakin kurang sesak," katanya dalam entri terbaharu dalam blognya, 1Malaysia.com.my.

Najib berkata statistik kemalangan jalan raya telah turun antara tahun 2010 dan 2011 dan indeks kepuasan pelanggan mengenai pengangkutan awam pula telah naik sebanyak 53 peratus.

Walapun banyak yang telah dilakukan setakat ini bagi mencapai matlamat mewujudkan sistem lalu lintas yang lebih cekap dan kurang mengecewakan, namum katanya kerajaan akan terus berusaha mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara.

Oleh itu, pada tahun ini, lebin banyak lorong bas, lebih banyak set tren enam gerabak bagi KTM Komuter, lebih banyak kerja-kerja naik taraf di stesen LRT dan KTM Komuter, lebih banyak parkir dan sebuah Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITT) di Gombak akan disediakan, katanya.

Apabila pengangkutan awam menjadi lebih mudah diakses dan lebih cekap bagi rakyat Malaysia, Najib berharap ia akan dapat mengurangkan penggunaan pengangkutan persendirian dan menggalakkan sikap positif terhadap pengangkutan awam.

"Harapan saya agar saya diberi peluang untuk meneruskan segala perancangan ini - supaya pada masa terdekat ini, saya akan lihat semakin kurang 'tweet' dan komen 'Facebook' mengenai pengangkutan," katanya.

Perdana Menteri berkata pengangkutan awam merupakan salah satu daripada isu yang paling kerap diketengahkan apabila setiap kali beliau berhubung dengan rakyat melalui media sosial.

Berikutan keadaan ekonomi sedang mengalami kadar pertumbuhan pesat, katanya ia adalah penting bagi kerajaan berusaha menyediakan infrastruktur yang teguh dan efisyen agar selari dan sepadan dengan pertumbuhan itu.

Katanya terdapat dua objektif dalam NKRA Pengangkutan Awam Bandar iaitu mengurangkan kesesakan dan meningkatkan penggunaan pengangkutan awam.

Najib berkata pelbagai langkah telah disesuaikan untuk mencapai matlamat tersebut yang mana laluan baharu Bas Ekspres Transit (BET) telah diperkenalkan bagi memendekkan masa perjalanan bas.

Selain menambah unit bas RapidKL, tren empat-koc baharu telah dibeli bagi menampung laluan LRT Kelana Jaya dan 38 tren EMU enam-koc pula telah dibeli bagi perkhidmatan KTM Komuter, katanya.

Selain itu, Najib berkata laluan pejalan kaki bertingkat sepanjang 562 meter dan lima meter lebar yang berhawa dingin sepenuhnya telah dibuka baru-baru ini bagi menghubungkan kawasan sibuk di Kuala Lumpur iaitu Jalan Pinang, Jalan Perak dan Jalan Raja Chulan dengan kemudahan eskalator dan tangga di lokasi strategik.

Katanya laluan itu membentuk sebahagian besar daripada rangkaian pejalan kaki sepanjang 1.173 kilometer yang menghubungkan KLCC dengan Bukit Bintang.

Orang ramai kini boleh berjalan kaki ke Bukit Bintang dan Stesen Monorel Raja Chulan, serta stesen LRT KLCC, katanya.

Di samping itu, katanya sistem penggunaan tiket bagi bas dan LRT turut mengurangkan masa beratur serta Terminal Pudu Sentral telah turut diubahsuai bagi menyediakan kemudahan moden bertaraf dunia.

Katanya satu lagi stesen tambahan diwujudkan iaitu ITT Bandar Tasik Selatan yang telah mengalihkan laluan 500 buah bas keluar dari pusat bandar raya, sekali gus meringankan kesibukan lalu lintas di kawasan utama Bandaraya Kuala Lumpur. (Bernama)

8 comments:

  1. lebh baik naik bas atau berkongsi kenderaan, ia dpt mengurangkan kesesakan dan pencemaran alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju. belanja pun boleh jimat juga..

      Delete
  2. If the public transportation can be improved, I'm sure more people will prefer to take the bus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenderaan awam kadang2 leceh dan terpaksa tunggu lama untuk penuh barulak bergerak.

      Delete
  3. Using public transport are good because it could help reduce traffic congestion, save fuel and money as well as prevent shortage of parking lots.

    ReplyDelete
  4. Gunakanlah pengangkutan awam bagi memastikan masalah kesesakkan akan dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  5. Kalau Sabah ada LRT lagi baguskan..hehe Harap nanti adalah perancangan untuk Sabah pula mengenai perkhidmatan awam ini.

    ReplyDelete
  6. cuba kerajaan persekutuan tumpukan pula kepada sistem pengangkutan awam di Sabah.. terlalu banyak yang perlu diperbaiki..

    ReplyDelete