Friday 25 May 2012

NYARIS MAUT 30 KALI DISENGAT TEBUAN



SENGAT....... KK Soromon yang menjadi mangsa sengatan tebuan menunjukkan kepada KK Udin sebahagian bekas sengatan tebuan.

Oleh: JACKSON LU


TENOM: Ketua Kampung (K.K) Kg Motolop Pangie, Soromon bin Tandon 48 dan seorang lagi anak lelakinya dalam lingkungan umur 18 tahun nyaris maut apabila disengat tebuan jenis ‘Sulun’ ketika melakukan kerja kerja menebas ladang miliknya.

Soromon disengat sebanyak 36 kali manakala anaknya sebanyak 31 kali menyebabkan kedua duanya lemah tidak bermaya pada ketika itu.

Kedua dua mereka telah dimasukkan ke wad hospital untuk rawatan lanjut untuk beberapa hari. Bagaimana pun selepas diberi rawatan  keadaan mereka terus stabil tetapi masih kelihatan  lemah dan trauma di atas kejadian itu.

Insiden tersebut berlaku pada Jumaat kira kira jam 10 pagi dimana kedua duanya terpaksa diusung sejauh 5 kilometer untuk sampai ke stesen keritapi Pangi atas bantuan penduduk kampong disitu.

Disebabkan jadual perkhidmatan keritapi disitu agak terhad untuk ke pekan Tenom, memaksa kedua duanya menaiki ‘troli buatan sendiri’ untuk sampai ke stesen penjana elektrik hydro di Batu 83, yang kemudiannya menggunakan kenderaan lain membawa mereka ke hospital untuk rawatan kecemasan.

“Saya bersyukur kepada Tuhan kerana masih dapat diselamatkan...malah saya tidak berdaya langsung untuk melawan bisa sengatan itu,” kata KK Soromon. 

“Terima kasih juga kepada kakitangan SESB di stesen penjana elektrik hydro kerana membenarkan kenderaan yang mengangkut saya ke hospital melalui jalanraya mereka sejauh lebih kurang 5 km lagi,” tambah KK Soromon yang masih kelihatan lemah ketika ditemui di wad hospital pada Sabtu.

Dalam pada itu, pemimpin masyarakat Kg Pangie-Rayoh, K.K Udin Bangkiwoh ketika melawat kedua dua mangsa sengatan tebuan itu pada Sabtu berkata, insiden tersebut merupakan salah satu bukti terbaru yang jelas keperluan jalanraya menghubungkan antara Pangie dengan pekan atau sekurang kurangnya sebuah Klinik Kesihatan dibina di Pangie.

“Kita sudah serik dengan kejadian kejadian kecemasan seperti ini yang pernah berlaku  sebelum ini yang hampir hampir meragut nyawa manusia...(Jadi)..itu sebabnya kami berulangkali minta kerajaan ambil perhatian permintaan kami dan saya fikir ini bukan sesuatu yang remeh...tetapi ini serius melibatkan nyawa kami,” tegas KK Udin.

6 comments:

  1. mmg bahaya tebuan itu, sangat berbisa, silap2 boleh membawa maut. tapi nasib baik mereka selamat,

    ReplyDelete
  2. Bahayanya. Nasib baik KK Soromon selamat.

    ReplyDelete
  3. Nasib antibodi kuat. kalau tidak memang tidak bernyawa sudah tu.

    ReplyDelete
  4. Yang penting mereka ini selamat atas serang tabuan tersebut.

    ReplyDelete
  5. syukur la kedua2nya selamat.. ada kes yang hanya disengat sekali saja pun meninggal dunia..

    ReplyDelete
  6. saya harap kerajaan dapat mempertimbangkan permintaan penduduk kampung untuk memiliki jalanraya di kampung tersebut.. memang sukar berhadapan dengan saat2 kecemasan jika tidak ada jalanraya..

    ReplyDelete