Wednesday 23 May 2012

PAKATAN TABUR JANJI MANSUH PTPTN




Oleh : JAMILAH HAMZAH

SHAH ALAM : Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mendakwa Pakatan Rakyat (PR) tidak yakin mampu untuk menjana ekonomi negara dan itu sebabnya mereka mahu memansuhkan kemudahan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma kepada pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA).

Sebelum ini PR telah melancarkan beberapa manifesto jika menang pilihan raya akan memberi pendidikan percuma kepada rakyat terutama kerajaan di bawah naungan mereka.

"Pakatan Rakyat tidak yakin dengan pemerintahan mereka dan mereka tak boleh bagi keyakinan pada rakyat," hujah  Khairy pada debat bersama Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli anjuran Sinar Harian.

Memetik hujah Rafizi yang sebelumnya mengatakan bahawa hutang negara akan meningkat dari tahun ke tahun jika PTPTN diteruskan dan pendidikan di peringkat tinggi tidak dihapuskan akan memberi kesan kepada kehidupan rakyat pada 10 tahun akan datang.

Khairy turut mengulas hujahnya dengan memberi keyakinan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus meningkatkan ekonomi rakyat Malaysia melalui pelbagai langkah yang telah dilaksanakan sekarang.

Sebelum ini, dalam kenyataan media, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan gaji minimum, yang dinanti-nantikan oleh hampir lima juta pekerja sejak lebih setahun lalu, dengan kadar antara RM800 hingga RM1,000.

Najib turut melaksanakan durian runtuh kepada peneroka yang berjumlah RM15,000 pada setiap seorang peneroka Felda pada Mei lalu.

"Keyakinan BN dapat ditingkatkan melalui peningkatan gaji serta memberi peluang pekerjaan kepada graduan selepas tempoh enam bulan menamatkan pelajaran. BN juga berkeyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi dari semasa ke semasa di bawah pemerintahan kerajaan BN sekarang," kata beliau lagi.


10 comments:

  1. tak perlu nk terpedaya dgn janji2 pembangkang terutamanya berkenaan pemasuhan PTPTN.

    ReplyDelete
  2. dulu Anwar sendiri terlibat dalam penubuhan PTPTN, kini ia pula nak mansuhkan. ini hnya gimik dia untuk minta sokongan.

    ReplyDelete
  3. Golongan belia dan mahasiswa janganlah termakan hasutan pembangkang untuk menuntut pemansuhan PTPTN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la harus fikir baik2 dan nilai sebaik mungkin.

      Delete
  4. Isu PTPTN hanyalah taktik untuk tarik undi golongan muda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, memancing golongan muda dan atas pagar.

      Delete
  5. PTPTN perlulah dikaji sebaiknya. Kita harap tidak akan membebankan peminjam satu hari nanti.

    ReplyDelete
  6. pendidikan percuma yang dilaung2kan oleh pemimpin2 pakatan bukanlah pendidikan percuma.. apa maknanya pendidik percuma jika pelajar2 IPTA sahaja yang menikmati manfaat itu sedangkan pelajar2 IPTS masih terus bergantung dengan pinjaman??

    ReplyDelete
  7. pembangkang sebenarnya dalam keadaan terdesak.. sebab itu mereka sanggup bagi apa saja janji asalkan boleh menaikkan populariti mereka untuk merampas kerajaan.. tidak mustahil jika selepas ini mereka akan janjikan rumah percuma, kereta percuma, duit poket rm5k percuma, petrol percuma dan sebagainya..

    ReplyDelete