Tuesday 1 May 2012

PAKISTAN PALING BAHAYA BAGI WARTAWAN



TEKANAN yang dikenakan kerajaan terhadap media di sesetengah negara mengekang tugas wartawan dan Pakistan merupakan negara paling berbahaya di dunia bagi wartawan, kata Presiden Persatuan Wartawan Komanwel (CJA), Rita Payne.

Sambil menyebut tentang konsesus yang dicapai pada persidangan CJA baru-baru ini mengenai 'Ancaman Terhadap Demokrasi', beliau berkata keganasan dan tapisan terus merupakan ancaman yang terpaksa diharungi ramai wartawan dan oleh itu, beberapa negara Komanwel, termasuk India dan Pakistan, amat mengalu-alukan penggubalan deraf Pelan Tindakan Bangsa Bersatu Mengenai Keselamatan Wartawan.

"Tanpa wujudnya kebebasan akhbar dan kebebasan menyuarakan pendapat, kerajaan bebas melaksanakan dasar yang tidak baik serta menyalahgunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya dan akibatnya akan lenyaplah kualiti kehidupan," katanya dalam kenyataan melalui email kepada Bernama sempena sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia pada 3 Mei.

Payne, yang juga presiden CJA United Kingdom, berkata agensi pemantauan melaporkan bahawa pada tahun lepas, 179 wartawan dihumban ke penjara berbanding 145 pada tahun sebelumnya.

Seramai 67 wartawan dibunuh pada 2011 dan lebih kurang 17 orang mengalami nasib yang sama pada tahun ini ketika melaksanakan tugasan berbahaya atau terperangkap dalam pertempuran.

Payne berkata perang dan kemunculan 'Arab Spring' meragut nyawa ramai wartawan pada 2011, manakala di luar zon sengketa pula, ramai rakan CJA berdepan dengan pelbagai ancaman ketika menjalankan tugas harian mereka.

Kata beliau ketika Pakistan diberi penarafan sebagai antara negara paling berbahaya di dunia bagi wartawan, Afrika Selatan pula mengenakan tapisan ketat bagi mengehadkan laporan tentang rasuah dan melaksanakan peraturan ke arah mengawal kebebasan akhbar. (Bernama)

8 comments:

  1. Lagi teruk hak media di Pakistan, Malaysia sudah kira baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malangya rakyat M'sia sendiri tidak hargai apa yang mereka ada di negara ini.

      Delete
  2. media di Malaysia kira bebas berbanding Pakistan.

    ReplyDelete
  3. Kerja wartawan ni mencabar juga.

    ReplyDelete
  4. Jika benar merbahaya untuk wartawan rasanya tidak perlulah menghantar wartawan kita kesana. Kecuali yang benar-benar ingin ambil risiko saja.

    ReplyDelete
  5. keselamat sebagai wartawan perlu dijamin terutamanya tugas2 yang bahaya.

    ReplyDelete
  6. cuba la Ambiga buat perhimpunan di pakistan.. bawa sekali pemimpin2 pembangkang.. baru dia tahu betapa amannya negara ini yang cuba dihancurkan oleh mereka..

    ReplyDelete
  7. mana2 negara juga mempunyai cara mereka sendiri bagimana mahu berhadapan dengan gelombang rakyat seperti perhimpunan Bersih.. cuma yang peliknya, gelombang rakyat di Malaysia bukanlah didalangi oleh rakyat sendiri, sebaliknya oleh pemimpin2 politik yang terlalu mengidam jawatan kabinet..

    ReplyDelete