Thursday 17 May 2012

PAS CADANG BINA MASJID DI PEDALAMAN PULA




Oleh : MUSTAMAN MUSTAIN

SANDAKAN: Selepas berjaya membina surau di sebuah pulau, PAS bercadang untuk membina sebuah masjid di kawasan pendalaman pula iaitu di Kampung Batu Luguyan, Pensiangan, Keningau, Sabah.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan perkara ini kepada Harakahdaily selepas berjaya membina surau di pulau Shanghai yang selama ini tidak ada surau di pulau itu.

Sejak sekian lama penduduk kampung ini tidak mempunyai surau atau masjid. Selama ini mereka yang berjiwa kental akan menaiki kenderaan untuk menunaikan solat Jumaat yang jaraknya enam kilometer dari kampung mereka.

Jalan yang mereka terpaksa lalui ke masjid Kampung Si Nulihan yang bersebelahan kampung mereka untuk menunaikan solat Jumaat pula jalan yang tidak berturap.

"Inilah nasib umat Islam Sabah yang sudah 17 tahun di perintah Umno," kata Tuan Ibrahim.

"Di kampung ini, masyarakatnya bercampur antara Islam dan Kristian. Mereka hidup dengan aman kerana mereka bersaudara mara antara satu sama lain.

"Namun yang menjadi masalahnya tiada surau di sini sedangkan ada dua buah gereja di kampung ini," kata Hishamudin Sulaiman, Ketua Penerangan PAS Sabah yang tinggal di Keningau.

Kampung Batu Luguyan terletak di bawah DUN Sook dan kawasan Parlimen Pensiangan. Kedua-dua wakil rakyat kawasan ini dari PBRS dan beragama Kristian iaitu Tan Sri Joseph Kurup (Pensiangan) dan Datuk Allaron Angin (Adun Sook).

Hubungan antara penganut Islam dan Kristian di kampung ini sangar harmoni. Hishamudin selaku pemimpin PAS tempatan sentiasa berusaha untuk menerangkan Islam kepada penduduk Kristian agar memahami Islam.

"Saya bukan mahu mendakwah mereka masuk Islam tetapi saya mahu sekurang-kurangnya mereka memahami dan mengenali Islam agar mereka tidak benci atau memusuhi Islam," kata Hishamudin yang pernah memberikan ceramah agama kepada 50 penduduk tempatan dengan hanya empat dari mereka beragama Islam.

Katanya, atas keyakinan kepada perjuangan PAS, pihak gereja pernah memohon penganutnya memberikan bantuan pembinaan tandas kepada PAS kawasan ini.

Menurut Hishamudin, mereka perlukan hampir satu hari untuk perjalanan sahaja ke kampung ini dari Keningau.

PAS kawasan, katanya, bercadang hendak membeli sebidang tanah di kampung ini dan   membina masjid di atas tanah tersebut.

Kepada pembaca  yang sudi menyumbang sila masukkan sumbangan anda kepada akaun Pensiangan Muslim Care 100958000 Maybank.

18 comments:

  1. pembinaan masjid akan memudahkan penduduk beribadat.

    ReplyDelete
  2. Baguslah semoga usaha ini tidak mengharapkan apa2 pulangan @ balasan.

    ReplyDelete
  3. Sememangnya sudah menjadi tugas untuk menolong mereka yang serba kekurangan.

    ReplyDelete
  4. Gereja di Kelantan, PAS yang buat juga ka?

    ReplyDelete
  5. Usaha yang baik dari PAS tapi kenalah berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira masa dan bukan hanya bila PRU makin dekat. nanti nampak sangat mau meraih undi semata2.

    ReplyDelete
  6. "Saya bukan mahu mendakwah mereka masuk Islam tetapi saya mahu sekurang-kurangnya mereka memahami dan mengenali Islam agar mereka tidak benci atau memusuhi Islam,"

    Jika PAS mahu tahu, toleransi agama di Sabah Sarawak adalah tinggi berbanding di semenanjung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sokong!Islam dan Kristian di Sabah ni xnampak bezanya.saling hormat dan toleransi satu sama lain.tiada serbuan2 dan syak wasangka macam di SM.

      Delete
    2. ini yang harus dicontohi oleh orang2 semenanjung.

      Delete
  7. Kerajaan BN pula bagi peruntukan tiap tahun kepada sekolah2 mubaligh, kuil..

    ReplyDelete
  8. Semoga peruntukan diberi untuk menyenangkan aktiviti sembayang.

    ReplyDelete
  9. Jika diperlukan, apa salahnya untuk membina?

    ReplyDelete
  10. PAS kawasan, katanya, bercadang hendak membeli sebidang tanah di kampung ini dan membina masjid di atas tanah tersebut.

    Hope the plan not an empty promises.

    ReplyDelete
  11. Isu sensitif perkauman harus dielakkan.

    ReplyDelete
  12. Kawasan pedalaman harus diberi perkembangan dan kemudahan asas juga. Usaha ini harus diteruskan.

    ReplyDelete
  13. Good luck and hoping the money come at a right time for right matter.

    ReplyDelete
  14. Cadangan baik PAS ini memang bagus. tapi tidak bermakna akan mendapat sokongan untuk menjadi kerajaan pula.

    ReplyDelete
  15. waa, PAS sibuk bina masjid di Sabah, tapi kerajaan PAS robohkan pula madrasah di kedah..

    ReplyDelete
  16. tidak bolehkah kerajaan PAS Kelantan dan Kedah keluarkan dana untuk membina masjid ini?? jika Nik Aziz boleh mengeluarkan dana untuk membayar peserta2 perhimpunan yang tujuannya untuk menumbangkan kerajaan, kenapa untuk pembinaan sebuah masjid tidak??

    ReplyDelete