Tuesday 8 May 2012

PASANG CCTV DI SEMUA PUSAT UNDI




TAKLIMAT....Kelihatan Taufick Hj.Ruschi bersama Pengarah SPR Sabah Datuk Idrus Ismail dan Tamrin Hj.Jaini Datuk Kong Hong Ming dan Haji Ansari Abdullah selaku MPP Pusat.

PARTI KEADILAN Rakyat Sabah mencadangkan supaya Suruhanjaya Pilihanraya memasang CCTV di semua pusat penjumlahaan undi bagi mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku terutama ketika penjumlahan kertas undi.

Demikian ditegaskan oleh Pengerusi Biro Pendaftaran Pemilih Parti Keadilan Rakyat Sabah, Taufick Hj.Ruschi selepas mendenger taklimat Pilihanraya oleh SPR Sabah di Pejabat SPR di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat Negeri Sabah berkata; "jika semua premis di ibu kota termasuk pusat membeli belah boleh memasang CCTV, kenapa SPR tidak boleh memasang nya?"

Tegas Taufick lagi, pada pilihanraya Ke-13 yang amat genting ini , beliau merasakan SPR perlu memasang CCTV demi keselamatan dan menjaga integriti SPR itu sendiri dan pihak yang berkepentingan.

Pada pertemuan dan taklimat itu, kesemua Ahli MPN dan Ketua Cabang telah hadir  dan menganggap pertemuan yang diadakan itu sangat berjaya.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pakatan Rakyat P177 Beaufort, mengucapkan berbanyak terima kasih kepada SPR Sabah yang telah memberikan peluang untuk semua Ahli MPN PKR Sabah menyampaikan permasalahan yang relevan kepada SPR ketika itu.



8 comments:

  1. pemasangan CCTV ini wjar juga. ia bagi memantau perjalaan pilihanraya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasti berkesan kalau kaedah ni tidak dimanipulasi oleh mana2 pihak. sebenarnya orang 'dalam' sendiri yang bermasalah.

      Delete
  2. Pemasangan CCTV ini satu cadangan yang baik. tapi ini akan meningkatkan lagi kos PRU. Nanti bila berlaku lebihan perbelanjaan Pembangkang juga yang bising-bising nanti.

    ReplyDelete
  3. Tidak ada salahnya pemasangan cctv ini. tapi betul kata RLLAN tu. Kalau kos meningkat jangan salahkan kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih penting lagi PRU13 tiada siapa boleh argue, tiada pihak yang menuduh tidak bersih dan rasuah.

      Delete
  4. Bagus juga kalau dipasang cctv, boleh nampak & rakam segala perjalanan PRU13.

    ReplyDelete
  5. berapa kos pemasangan cctv ini?? makin menjadi2 pula permintaan pihak pembangkang ni..

    ReplyDelete
  6. daripada pasang cctv yang kedudukannya statik dan boleh dipertikaikan oleh pembangkang selepas PRU13, baik bawa wartawan luar negara.. siarkan saja di TV diseluruh dunia secara langsung..

    ReplyDelete