Tuesday 22 May 2012

PASPORT KELUAR DARI KEMISKINAN



KEMUDAHAN………Abdul Rahman (empat dari kanan) menyampaikan kemudahan basikal kepada salah seorang pelajar sambil disaksikan oleh Abdul Bahkrin (dua dari kanan) bersama kakitangan Alam Maritim Resources Sdn Bhd.

Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI

KOTA BELUD : Seramai 105 orang pelajar terpilih Sekolah Menangah di daerah ini telah  menerima bantuan basikal yang  telah disumbangkan oleh YSS Alam Energy (M) Sdn Bhd, baru-baru ini.

Penyampaian kemudahan itu telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan yang telah diadakan di Dewan Restoren Rasa Sayang, Kg. Bobot, Kota Belud.

Berucap pada majlis itu, Abdul Rahman berkata pendidikan merupakan passport untuk keluar dari kepompong kemiskinan.

Menurutnya, faktor kemiskinan tidak lagi boleh dijadikan alasan tidak  boleh berjaya dalam bidang pendidikan.

“Telah banyak bukti pelajar yang keluarga mereka kurang berkemampuan telah berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam pendidikan, sebagai contohnya Sevester Liew pelajar SMK Pekan II, Kota Belud seorang pelajar keluarganya kurang berkemampuan Berjaya mendapat 12A dalam peperiksaan SPM tahun lalu,“ katanya.

Program itu merupakan yang julungkali dianjurkan oleh YSS Alam Energy (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Kota Belud dan Yayasan Sabah.

YSS Alam Energy (M) Sdn Bhd merupakan syarikat usahasama Yayasan Sabah Shipping  Sdn Bhd dengan Alam Maritim Resources Sdn Bhd.

Hadir sama pada majlis itu antaranya Pegawai Pelajaran Daerah Kota Belud, Abdul Bahkrin Mohd Yusof; Ahli Lembaga Pengarah Alam Maritim Resources Sdn Bhd, Sahaharuddin Warno; Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sabah Shipping Sdn Bhd, Dallahan Buduk; Pegawai Belia dan Sukan Persekutuan, Redzuan Abd Majid; Pegawai Yayasan Sabah Pantai Barat Utara, Sabrin Sinjan dan para pemimpin setempat yang lain.

19 comments:

  1. sumbangan basikal tersebut akan memudahkan pelajar pergi ke sekolah.

    ReplyDelete
  2. Selagi ada azam dan usaha yang sungguh2 pasti kejayaan itu mampu dicapai. kemiskinan bukan penghalangnya sebab sekarang ni kerajaan sudah beri banyak bantuan2 yang memudahkan para pelajar.

    ReplyDelete
  3. Beruntunglah yang dapat basikal percuma ni. kalau zaman saya dulu tiadalah macam ni. sekarang, komputer riba pun diagih2kan secara percuma pada pelajar.

    ReplyDelete
  4. Ilmu dan pengalaman adalah harta paling berharga.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas sumbangan yang diberikan. Semoga keprihatinan rakyat akan terus terpelihara.

    ReplyDelete
  6. tahniah kepada pelajar2 yang terpilih untuk menerima sumbangan itu.. boleh la guna basikal itu untuk ke sekolah.. kalau ada yang tidak tahu tunggang basik tu, rugi la..

    ReplyDelete
  7. walau macam mana sekalipun, kerajaan masih perlu membantu keluarga2 miskin atau pelajar2 miskin di Sabah.. ada yang terpaksa berjalan kaki berpuluh kilometer jauhnya.. itu kalau yang mampu, kalau tidak mampu, terpaksa la mereka jadi pelajar tercicir..

    ReplyDelete
  8. Barisan Nasional (BN) is a caring and responsible government that is committed to safeguarding the welfare of the people from all levels, said Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.

    ReplyDelete
  9. He said under the leadership of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, various efforts have been taken, starting with the 1Malaysia People First, Performance Now concept, based on which various programmes were introduced to enable the government to serve the people better.

    ReplyDelete
  10. This included the Government Transformation Programme (GTP), Economic Transformation Programme (ETP), National Key Result Areas (NKEAs) and National Key Economic Areas (NKEAs), Political Transformation Programme (PTP), and now the National Transformation Policy (NTP).

    ReplyDelete
  11. All these initiatives will be able to strengthen the government delivery system, consequently propel the economy forward and enhance our global competitiveness.

    ReplyDelete
  12. As such, all Malaysians in Sabah to continue supporting the government’s aspirations to further improve the economy towards ensuring prosperity for all.

    ReplyDelete
  13. MSAM is an annual investment education exposition organized by Permodalan Nasional Berhad (PNB), and participated by major investment agencies and financial institutions.

    ReplyDelete
  14. Musa noted that Najib has also introduced 1Malaysia Clinic, 1Malaysia Store, Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) and Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).

    ReplyDelete
  15. BN political achievement has been proven through the success of the GTP and ETP, as presented by the Prime Minister recently.

    ReplyDelete
  16. As a result, the governmen have managed to improve the socio-economy and the income of the people, widen access to high quality education, and improved basic amenities and infrastructure for the people in the rural areas.

    ReplyDelete
  17. In conjunction with the MSAM being hosted at the Likas Sports Complex, Musa who is also State Finance Minister, urged the public to fully utilize the programme to gain knowledge and start their own investment.

    ReplyDelete
  18. He said the government wanted to create investment-literate society that would not be easily deceived into investing in unscrupulous loan and quick rich schemes that would only burden them.

    ReplyDelete
  19. Musa said over 1.09 million people from Sabah have invested in Amanah Saham Nasional involving 12 billion units of shares, and the figure is expected to increase during the exhibition.

    ReplyDelete