Tuesday 8 May 2012

PEKERJA INDONESIA TIDAK SELAMAT DI MALAYSIA?




Oleh : AHMAD FUAD YAHYA

JAKARTA : Pengarah Eksekutif Tenaganita Irene Fernandez membuat kenyataan mengejutkan di sini apabila mendakwa Malaysia tidak selamat langsung untuk pekerja Indonesia kerana negara itu tidak mempunyai rangka kerja mahupun undang-undang khusus untuk melindungi pekerja.

Dalam satu temu bual berbentuk soal jawab yang disiarkan The Jakarta Post pada Isnin, beliau turut mendakwa kerajaan Malaysia mengamalkan diskriminasi terhadap pembantu rumah dan pekerja ladang, yang mana kedua-duanya tidak termasuk di bawah polisi kadar gaji minimum sektor swasta.

“Pekerja migran telah dijadikan sasaran eskploitasi, penderaan fizikal, keganasan dan rogol seiring dengan kemunculan industri perkhidmatan penjagaan dan penswastaan sektor jagaan kesihatan, yang merupakan sebahagian kapitalisme neo-liberal yang merosakkan ekonomi Malaysia dan meningkatkan ketaksamaan pada kalangan pekerja migran, khususnya wanita,” katanya.

Fernandez juga berkata majikan Malaysia yang menyimpan pasport amah mereka bebas melakukan apa sahaja terhadap pekerja kerana mereka membeli amah terbabit serta bebas daripada tindakan kerana telah membayar polis dan keputusan mahkamah jika pekerja berkenaan menyaman mereka.

Kerajaan Indonesia, katanya tidak harus menyambung penghantaran pekerja ke Malaysia sehingga kerajaan dan majikan menukar pemikiran dan menggubal undang-undang khusus untuk melindungi pekerja dan hak mereka.

Fernandez juga berkata ramai majikan melanggar undang-undang imigresen kerana mengupah pekerja yang tiada dokumen sah, tetapi tidak dihukum kerana mereka membayar polis dan pegawai imigresen dalam pakatan sulit untuk menyalahkan pekerja.

“Pada 2011, kami merekodkan lebih 1,500 kes membabitkan pekerja tanpa dokumen dan 500 kes melibatkan majikan melanggar undang-undang imigresen.

Kebanyakan pekerja tanpa izin dihantar pulang selepas menjalani hukuman penjara sementara majikan bebas daripada tuduhan,” katanya.

Mengulas Program 6P yang dilaksana kerajaan Malaysia, beliau berkata:” 6P adalah akronim untuk penipuan dan bukan pendaftaran, pemutihan, pengusiran, pemantauan, penguatkuasaan dan pengampunan kerana 1,000 daripada 1,300 pekerja yang ditahan bagi tempoh Januari-April masih belum didokumentasikan walaupun telah membayar antara RM2,000 hingga RM4,000.

“Daripada 1,000 pekerja yang masih tiada dokumen dan menjadi mangsa dalam Program 6P itu, 400 adalah warga Indonesia. Kami telah memfailkan aduan kepada polis terhadap ahli perniagaan tempatan yang didakwa terlibat dalam penipuan dan penyeludupan berkaitan pelaksanaan sistem biometrik untuk melaksanakan program itu.”

Mengenai kes tembak ke atas tiga pekerja Indonesia di Negeri Sembilan, Fernandez berkata polis tidak ada kuasa untuk menembak mereka sekalipun mereka adalah suspek penjenayah dan mereka sepatutnya ditahan serta dihadapkan ke muka pengadilan jika ditangkap ketika melakukan jenayah.

“Berdasarkan laporan yang kami terima tiga pekerja terbabit bukan penjenayah atau pelarian dan mereka tidak ditangkap melakukan jenayah. Kes itu mesti disiasat bagi membuktikan dakwaan bahawa mereka mangsa penyeludupan untuk tujuan pemerolehan organ manusia,” katanya.

Fernandez berkata penyeludupan buruh, kanak-kanak dan juga bayi semakin berleluasa di negara itu sejak tiga tahun lepas, dan di Sarawak pekerja wanita yang menjadi mangsa penyeludupan dirogol serta dipaksa melahirkan anak, yang mana dibeli oleh ramai rakyat Singapura pada harga US$24,000 bagi setiap bayi.

Beliau berkata pekerja warga Indonesia, terutama pembantu rumah dan tukang kebun, akan terus menghadapi masalah dengan majikan dan pihak berkuasa memandangkan perjanjian yang disemak semula antara Indonesia dan Malaysia tidak meliputi pelbagai hak membabitkan hak mereka.

“Saya hargai polisi kerajaan Indonesia untuk tidak menyambung semula penghantaran pekerja sehingga perjanjian bilateral itu menjelaskan hak pekerja dan sistem pengambilan yang disemak semula bagi meletakkan pekerja dan majikan pada kedudukan setara.

Terdapat kira-kira dua juta pekerja dari Indonesia yang kebanyakannya bekerja sebagai pembantu domestik dan buru di sektor pertanian.

8 comments:

  1. ramai pekerja Indonesia hiduo senang di Malaysia, Malaysia lebih selamat bagi mereka. dakwaan ini tidak berasas

    ReplyDelete
  2. Kalau tidak selamat kenapa ramai warga Indon yang datang ke Malaysia malah ada yang sanggup masuk negara ni secara haram??

    ReplyDelete
  3. Ada juga banyak kes salah laku dan jenayah yang dibuat oleh para pekerja Indon.apa pula tindakan mereka kalau warganegara mereka sendiri buat salah di negara ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pekerja Indon pun bukannya malaikat, dilayan bagus pun masih juga mencuri

      Delete
  4. Kenyataan ini seperti memburukkan negara kita pula. Apa pun perlu diingat jenayah yang berlaku kebanyakkan dibuat oleh warga asing.

    ReplyDelete
  5. Lebih segala undang2 kemanusiaan diperuntukan untuk menjaga kebaikan para pekerja.

    ReplyDelete
  6. ada banduan Indon dalam penjara di Malaysia yang sanggup duduk dalam penjara daripada dihantar balik ke negara asal.. kes ini sudah cukup untuk menyangkal dakwaan liar Fernandez..

    ReplyDelete
  7. jika benar Malaysia tidak selamat untuk pekerja Indonesia, bagaimana begitu ramai warga mereka di negara ini samada yang datang secara sah mahupun secara haram??

    ReplyDelete