Thursday 3 May 2012

PEMUDA MIC SERANG ROMBONGAN PKR?



AHLI PARLIMEN Kapar, Manickavasagam mendakwa seorang pemimpin kanan dalam pergerakan Pemuda MIC telah menyerang dan mencederakan anggota rombongan PKR yang cuba bertemu Perdana Menteri di Putrajaya pagi tadi.

Justeru, bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, beliau menggesa polis menangkap pemimpin berkenaan dengan segera.

Sementara itu, Naib Presiden PKR N Surendran yang bersama rombongan itu mendakwa, akibat insiden itu Ketua Cabang PKR Puchong dikenali sebagai Murali kini terlantar di Hospital Putrajaya.

Surendran mendakwa pemimpin itu dan beberapa samseng berbuat demikian berhampiran pintu masuk pejabat perdana menteri.

Surendran berkata berkata rombongan PKR itu berkunjung ke Putrajaya hari ini membantu seorang pelajar berusia 17 tahun, Reshina Bathumanan, yang tidak dapat meneruskan persekolahan kerana tiada kad pengenalan.

Bagaimanapun, sebaik tiba di Pejabat Perdana Menteri, mereka mendapati kira-kira 200 ahli MIC diketuai T Mohan turut berada di pejabat itu, katanya.

Tambahnya, kumpulan itu dikatakan berada di pejabat tersebut untuk menyampaikan ucapan terima kasih kepada Najib kerana menyelesaikan masalah masyarakat India yang tiada kewarganegaraan.

"Apabila kami masuk ke pejabat PM, kumpulan itu terus serang kami dengan tujuan mencedera dan mungkin njuga membunuh kami.

"Mereka meluru ke arah adik Reshina namun, nasib baik ada ahli PKR yang tahan serangan mereka," kata Surendran.

Menurutnya lagi, Murali yang bertindak mempertahankan rombongan itu dihalang daripada masuk ke pejabat PM dan dipukul sehingga pengsan oleh beberapa individu berkenaan.

"PM perlu jawab kenapa perkara ini berlaku dan polis yang ada berhampiran tidak langsung membantu sewaktu kami diserang. Arahan siapa yang tak benarkan mereka bantu kami yang diserang?," soalnya.





Surendran percaya rombongan PKR itu diserang kerana mencampuri urusan MIC yang ditugaskan mengurus masalah masyarakat berketurunan India yang tidak mempunyai kad pengenalan.

Beliau juga mendakwa, Reshina yang dibawa ke Putrajaya hari ini pernah didatangi pegawai daripada pasukan khas yang ditubuhkan Perdana Menteri untuk mendapatkan kad pengenalan.

Namun pegawai berkenaan meminta Reshina menandatangani perakuan sebagai warga asing sebagai syarat untuk mendapatkan kewarganegaraan itu, dakwanya lagi.

Sedangkan, Reshina merupakan seorang warganegara yang tidak diiktiraf kerana tiada kad pengenalan.

"Di bawah Perkara 14 (Perlembagaan Persekutuan), beliau secara automatik seorang warganegara kerana ayahnya juga adalah seorang warganegara Malaysia," kata Surendran.

9 comments:

  1. Siasatan kena dibuat untuk mengetahui sejauh mana kebenaran dakwaan ini.

    ReplyDelete
  2. Kenapa tiada pengenalan diri? Kena pastikan ibu bapanya benar2 warga tempatan. Dan diharap pihak berkuasa memberi layanan adil.

    ReplyDelete
  3. dakwaan ini kena disiasat, jika benar ambil tindakan tegas.

    ReplyDelete
  4. Di Malaysia dikatakan terdapat 300 ribu orang India tiada kad pengenalan.punyalah ramai tu kalau betul.

    ReplyDelete
  5. Banyak sangat berita PKR ni diserang oleh orang2 dari parti lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada hal orang PKR sendiri juga tu. Masalah dalaman PKR semakin meruncing.

      Delete
  6. Betulkah semua ini atau cuma rekaan semata-mata oleh PKR.

    ReplyDelete
  7. buat la laporan polis.. bukan laporan media..

    ReplyDelete