Tuesday 8 May 2012

PEMUDA SEMPORNA KUTUK TINDAKAN BERSIH 3.0




WAWANCARA….Sabahkini.Net sedang menemubual Azis mengenai rusuhan perhimpunan Bersih3.0

Oleh : SHAIMON S JUMADI          Foto : SYAHADAH YAHYA

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Semporna, Mohd Azis Jamman menyifatkan tindakan para belia yang terlibat dalam rusuhan perhimpunan Bersih 3.0 sehingga menimbulkan hura hara dan pertumpahan darah adalah merupakan satu tindakan keganasan dan tidak bertamaddun.

Para belia yang dikerah atau dipelawa untuk mengadakan perhimpunan tersebut kononnya untuk menentang kezaliman pemerintahan Barisan Nasional atas hasutan pihak pembangkang, tiada membawa sebarang keuntungan kepada mana-mana pihak; sama ada parti ataupun diri sendiri, malahan mengundangkan kecelakaan pada diri sendiri.

Kalau benar-benar kerajaan BN kerajaan zalim, hukumannya bukan melalui perhimpunan haram kerana bukan saja mencetuskan sikap keganasan sehingga ada yang cedera parah dan merosakan harta benda awam.

"Senario ini jelas menunjukkan bahawa para belia di bawah pimpinan parti-parti pembangkang telah terap oleh nilai-nilai jiwa keganasan dalam negara sendiri dan ini bukanlah budaya Bangsa Malaysia," kata Azis kepada Sabahkini. Net kelmarin ketika diminta pandangannya mengenai rusuhan perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru.

Tambah Azis lagi, jika rakyat merasa tidak puas hati dengan sistem perjalanan pengundian yang ditadbir urus oleh SPR, maka mereka boleh menghukum melalui pilihanraya umum ke 13 dan bukannya mengheret demokrasi ke jalanraya.

“Sebagai belia yang berwawasan, berpendidikan tinggi dan pemimpin pelapis negara; seharusnya para belia terbabit tidak mudah dipengarui oleh anasir-anasir songsang yang bukan sahaja menjejaskan dan mencemarkan nama baik diri sendiri, bahkan bahangnya menggugat keharmonian negara kita," kata Azis yang menganggap bahawa rakyat Malaysia adalah rakyat yang berdisiplin, bersopan santun, berbudi bahasa sehingga menarik perhatian dunia.


Sikap para pemimpin pembangkang kata Azis, hanya pandai merosakkan masa depan para belia kerana mereka tergamak mengkeldaikan para beliau sebagai samseng jalanan; diupah dengan ganjaran yang tidak setimpal, semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu para pucuk pimpinan pembangkang demi untuk mencetuskan hura-hara dalam negara sendiri.

"Jadilah parti pembangkang yang sihat. Bukankah pilihanraya umum sudah di ambang pintu? Tunaikanlah tanggungjawab dengan turun mengundi untuk memilih kerajaan mereka sendiri," kata Azis lagi.

Sehubungan itu, Azis menggesa pihak berkuasa terutama polis agar mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana belia yang terlibat dalam keganasan Bersih 3.0 sehingga mencetuskan kacau bilau, cedera parah dan merosakan harta benda awam.

6 comments:

  1. perhimpunan bersih hnya timbulkan masalah, ia tak patut dianjurkan lagi.

    ReplyDelete
  2. Bukan saja pemuda Semporna membantah dan mengutuk perhimpunan ini namun rakyat Malaysia sendiri pun mengutuk apa yang berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak semua rakyat M'sia yang menyokong perhimpunan Bersih tu

      Delete
  3. Negara ada undang2, jadi ikut la undang2 yang telah diperuntukan.

    ReplyDelete
  4. akta perhimpunan aman telah diwujudkan oleh kerajaan.. kenapa penganjur2 Bersih masih mahu melakukan huru hara??

    ReplyDelete
  5. saya yakin, sekiranya 8 tuntutan Bersih dipenuhi, perhimpunan Bersih tetap akan dijalankan.. sebabnya, tujuan perhimpunan ini diadakan bukan untuk memastikan pilihanraya bersih dan adil, sebaliknya sebagai jalan pintas untuk parti2 pebangkang merampas kerajaan tanpa perlu mengharapkan undi 21 juta pengundi berdaftar..

    ReplyDelete