Monday 21 May 2012

'PENDATANG BARU POLITIK' WARNAI PKR



POTENSI.....Nazmawati (kanan) mempunyai potensi untuk menawan Parlimen Semporna jika tidak dicantas pucuk pimpinan PKR Sabah.


Oleh : SHAIMON S JUMADI

KEBANYAKAN ahli politik yang menyertai parti-parti pembangkang seperti PKR, PAS, STAR dan DAP 70; kebanyakan mereka mensasarkan dipilih sebagai calon parti masing-masing pada pilihanraya umum akan datang.

Dengan pelbagai alasan yang mereka cipta termasuk mempunyai pengaruh, sedangkan pada dasarnya ada yang belum menjadi ahli mana-mana parti tetapi begitu ghairah mahu melobi calon.

Kejadian cantas mencantas dan potong jalan adalah perkara lumrah kerana gunting dalam lipatan sudah membudaya dalam politik Sabah sehingga kebanyakan parti pembangkang kecundang sebelum berjuang.

'Pendatang Baru Politik' (PBP) ini telah menafikan hak ahli parti yang telah berjuang bermati-matian sejak 10 hingga 15 tahun lalu dengan mengorbankan harta benda dan mencurah keringat dan air mata dengan 'mengigalkan' diri mereka sebagai 'Calon Popular' yang boleh menang atau mampu menumpaskan lawan.

Contoh paling ketara ialah PKR Batu Sapi kerana Timbalan Ketua Bahagian yang juga Mantan Ketua Penerangan AMK PKR yang paling lantang bersuara, Zainuddin Hassan yang telah berjuang sejak 17 tahun lalu diketepikan begitu sahaja sejak beberapa pilihanraya lalu termasuk pilihanraya umum ke 12 dan pilihanraya kecil parlimen Batu Sapi.

Begitu juga di Semporna, ribut dalam cawan terus bergolak yang memberi peluang kepada pemimpin UMNO menanam lalang kerana secara tiba-tiba, anak kepada penyokong kuat UMNO, Dr Zamri dan bukan ahli PKR tiba-tiba muncul berceramah di sana sini kononnya mahu bertanding sebagai calon PKR di kawasan Parlimen untuk menentang calon UMNO.

Penyokong PKR mula tertanya-tanya apa jasa dan pengorbanan Dr Zamri kepada PKR selama ini dan kenapa tiba-tiba berhasrat mahu jadi calon PKR di kawasan Parlimen sehingga menimbulkan kemarahan di kalangan Ahli-Ahli Jawatankuasa Cabang PKR Semporna.




KERJA KERAS.....Zainuddin telah lama bekerja keras sekalipun khidmatnya bagaikan mencurah air ke daun keladi kerana PKR tidak nampak kebolehannya.

Kebanyakan AJK Cabang tidak pernah mempersoalkan siapa calon yang dipilih nanti kerana yang pastinya calon itu menang pada pertandingan itu nanti, tetapi banyak faktor yang perlu diambil kira.

Membuka peluang kepada PBP, kata mereka sama ertinya tidak mahu PKR memenangi kerusi berkenaan kerana mengundang perbalahan dan perpecahan sehingga ahli berpaling tadah.

Perbuatan khianat PBP, terutama yang tidak telus sebagai calon dalam mana-mana parti memang sudah wujud sekian lama. Katakanlah jika Dr Zamri dipilih sebagai calon PKR Parlimen Semporna atau DUN Sulabayan. Kita sudah tahu bahawa beliau adalah kerabat pro UMNO/BN.

Setelah mengisi borang pencalonan daripada PKR dan selang beberapa hari kemudian, ada pihak yang menawarkan RM3 juta (atau mungkin beratus ribu sahaja) maka kemungkinan Zamri atau PBP menarik diri tidak bertanding seperti pada PRU-12 yang lalu.

Sejak dari zaman USNO, Berjaya, PBS dan kini BN/UMNO, fenomena PBP ini sudah berlaku, terutama di kawasan Batu Sapi dan Gum-Gum; maka tidak mustahil PBP yang membelot di saat akhir tidak berlaku pada PRU-13 ketika pembangkang dan BN mahu mencipta sejarah politik masing-masing.

7 comments:

  1. siapa yang dijadikan calon haruslah mereka yang benar2 berkebolehan.

    ReplyDelete
  2. Biar rakyat yang pilih sendiri pemimpin mereka bukannya sukarela pilih diri sendiri. kalau betul2 layak tidak apa juga.

    ReplyDelete
  3. Banyak sangat yang suka buat provokasi.

    ReplyDelete
  4. Kurang kesefahaman kita boleh nampak bagi parti PKR. Bayangkan saja dengan kata-kata ini " Nazmawati mempunyai potensi untuk menawan Parlimen Semporna jika tidak dicantas pucuk pimpinan PKR Sabah." Ini membayangkan kita bahawa Pucuk pimpinan dan orang bawahan tidak serasi langsung.

    ReplyDelete
  5. pemilihan calon adalah brdasarkan kebolehan yang ada pada calon dan tahap penerimaan rakyat terhdap calon tersebut.

    ReplyDelete
  6. Zainuddin Hassan bekerja keras ka?? tidak pernah dengar pun nama dia?? atau pernah dengar tapi tidak perasan sebab nama dia tidak sepopular nama Citra..

    ReplyDelete
  7. namun ada orang baru dalam PKR tu yang boleh dipertikaikan keikhlasannya berjuang untuk rakyat.. masa duduk dalam umno, dia senyap saja.. lepas dapat jawatan dalam PKR barulah dia lantang.. rupanya tunggu jawatan..

    ReplyDelete