Tuesday 22 May 2012

PERPADUAN MELALUI KEPELBAGAIAN BUDAYA



KETIBAAN….. Azizah disambut hadirin ketika tiba di majlis sambutan Pesta Kaamatan Mukim Montenior di Kg Jampanga, Beaufort.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

BEAUFORT: Rakyat terutama sekali generasi muda diingatkan agar tidak memperjudikan perpaduan yang sangat berharga dan menjadi tunjang kekuatan negara hanya kerana dorongan hawa nafsu dan hasutan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun berkata dalam kepelbagaian bangsa, budaya dan agama, rakyat mesti mengekalkan perpaduan demi masa depan yang baik dapat diwarisi generasi masa depan.
“Jangan kerana dorongan hawa nafsu dan hasutan tidak berakal maka kita kehilangan sesuatu yang amat berharga. Pepatah Inggeris mengatakan 'kamu tidak akan sedar apa yang dimiliki sehingga kamu kehilanganya'.
“Justeru itu jagalah apa yang kita miliki ini agar kita tidak menyesali kehilangannya kelak. Berusahalah kita bersatu hati mempertahankanya kerana manafaat kemakmuran ini juga akan memberi kelebihan untuk kebaikan negara dan rakyat.” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Pesta Kaamata Mukim Montenior di Dewan Serbaguna Kg Jampanga di sini, baru-baru ini.
Azizah yang juga ahli Dewan Undangan Negri (Adun) Klias itu berkata Perayaan Tadau Kaamatan merupakan manifestasi ekonomi, sosial dan budaya Negeri Sabah yang perlu dihayati bukan sahaja oleh masyarakat KadazanDusun dan Murut tetapi juga oleh pelbagai lapisan rakyat di negeri ini kerana ianya menepati Konsep 1 Malaysia
“Seperti yang kita lihat hari ini, kita berkumpul dalam kepelbagaian kaum, agama dan budaya untuk menjayakan sambutan perayaan ini. Ini jelas membuktikan betapa kukuhnya semangat perpaduan dan muhibah sesama kita di negeri ini khasnya di DUN Klias ini.
“Keadaan ini sebenarnya menepati ciri-ciri yang digambarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi konsep ‘1 Malaysia’. Dalam konteks ini, saya percaya seluruh pemimpin dan rakyat di negeri ini berasa amat gembira dan terharu apabila pucuk pimanan negara itu sendiri mengiktiraf dan mengakui bahawa Negeri Sabah merupakan contoh terbaik bagi menjayakan dan mendokong semangat 1 Malaysia. Hakikatnya, inilah realiti kehidupan rakyat pelbagai kaum dan etnik di Sabah yang perlu terus dipelihara dan dipertahankan,” katanya
Sehubungan itu katanya, Sabah sama sekali tidak menjadikan kepelbagaian dan kemajmukan kaum dan etnik sebagai batu penghalang atau jurang pemisah. Sebaliknya dengan semangat toleransi yang tinggi, menerima dan memanfaatkan kepelbagaian ini untuk menggembleng potensi dan kekuatan rakyat bagi menjadi pemangkin kepada kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang kita nikmati selama ini.
Aziah berkata tema Pesta Kaamatan pada tahun ini ‘Cinta Kepada Kebudayaan Melahirkan Masyarakat Penyayang’, memberikan mesej yang jelas betapa pentingnya rakyat saling memahami, menghormati dan menghargai kepelbagaian budaya yang bukan sahaja merupakan keunikan negeri ini malah yang lebih penting keunikan itu menjadi tunjang kekuatan perpaduan, kemakmuran dan kemajuan.
“Keharmonian sesebuah negara jarang sekali wujud dengan sendirinya tanpa usaha dan kesanggupan masyarakat memahami dan menghayati budaya dan tradisi suku kaum yang lain,” katanya sambil menyeru agar lebih ramai lagi rakyat berbilang kaum dan agama datang menghadiri dan menjayakan acara-acara pesta Kaamatan yang diadakan di seluruh sepanjang bulan ini, terutama dalam kalangan generasi muda.
“Ia amat penting bagi memberikan pendedahan, kefahaman dan kesedaran kepada golongan muda mengenai kepentingan memelihara dan memartabatkan budaya kita. Memahami warisan, adat, resam dan budaya sesama kita ini akan mengeratkan hubungan, memupuk perasaan hormat-menghormati, perasaan kasih sayang yang seterusnya mendorong kepada pembentukan perpaduan yang utuh di kalangan kita,” kataya.
Setreusnya beliau berkata Kerajaan Negeri menekankan pendekatan secara holistik dalam merancang dan melaksanakan agenda pembangunan untuk kesejahteraan rakyat.
Katanya Perayaan Tadau Kaamatan sebenarnya amat signifikan dengan pelaksanaan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) yang juga menekankan kepentingan memartabatkan warisan kebudayaan dan kesenian rakyat tempatan.


 

BERTUAH…..Seorang pengunjung bertuah menerima hadiah basikal yang disampaikan Azizah.

“Saya menyeru kepada segenap lapisan rakyat di negeri ini agar terus memberikan sokongan dan komitmen yang tinggi kepada usaha-usaha pembangunan kerajaan dan memanfaatkan sepenuhnya potensi, kekayaan dan anugerah Ilahi ini bagi meningkatkan lagi kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran untuk kita dan generasi yang akan datang.
“Marilah kita bersama-sama menggembleng tenaga dan bersatu hati mencipta Malaysia yang lebih baik. Marila kita berdoa agar negara tercinta ini sentiasa diberkati untuk mencipta masa depan yang berteraskan keamanan dan keadilan sosial dan sama-asam membina dan menikmati hari esok yang lebih baik seperti harapan Perdana Menteri,” katanya.
Hadir sama pada majlis yang dihadiri kira-kira 500 penduduk itu, Ketua Daerah, Wong Samie, Pemimpin Kemajuan Rakyat Dun Klias, Saidin Musih, Ketua Bahagian PBS, James Digi, Ketua Bahagian Parti Gerakan, Robert Lee, Pemaju Mukim Montenior, Daniel Gumat, Pengerusi Tetap Pergerakan Wanita Umno Beaufort, Rosnah Juni, Ketua Wanita PBS Kliass, Bibiana Baratus, Ketua Anak Negeri Montenior, Nadzir Udoi, Pengerusi JKDB St John, Saunah Musneh dan pengerusi penganjur Puin Tengkor.
Pada sambutan perayaan itu pelbagai acara diadakan seperti sukaneka kanak-kan dan dewasa, pertandingan membungkus nasi, pertandingan Sugandoi, kuiz Kaamatan, ratu fesyen kanak-kanak, unduk ngadau, persembahan tarian dan sebagainya.

22 comments:

  1. Datuk Azizah Dun is right, we should never take the unity and peace between the various races within the state for granted.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. The locals should always give support and high commitment to the government's efforts in developing the state.

    ReplyDelete
  3. keharmonian dan perpaduan di kalangan penduduk yang terdiri dari pelbagai budaya haruslah dikekalkan.

    ReplyDelete
  4. Jangan mudah terpengaruh dengan hasutan dari pihak luar.

    ReplyDelete
  5. Azizah memang dekat di hati penduduk kawasannya. harap pemimpin lain akan kerap turun padang untuk bertemu dan mendengar permasalahan rakyat.

    ReplyDelete
  6. Sabah dan Sarawak adalah contoh terbaik untuk mencapai perpaduan, walaupun Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai budaya, namun masyaraktnya bersatu padu.

    ReplyDelete
  7. Usaha mendekati hati masyarakat seharusnya kerap dilakukan bagi memastikan masyarakat akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan.

    ReplyDelete
  8. saya bangga menjadi rakyat Sabah.. suasana di Sabah tidak sama dengan suasana di semenanjung.. hanya di Sabah saja kita berkesempatan melihat perpaduan rakyat berbilang bangsa dan agama..

    ReplyDelete
  9. syabas kepada pemimpin2 politik/kerajaan yang tidak jemu2 membawa agenda perpaduan di segenap pelusuk negeri..

    ReplyDelete
  10. Sabah is a practical and visible example of unity in diversity. Sabahans of all diverse ethnic groups are able to live, learn, work and play together in the spirit of 1Malaysia. “In fact the spirit of 1Malaysia has long existed in this ‘Land Below the Wind’.

    ReplyDelete
  11. All Malaysians not to take unity and harmony for granted but to make continuous efforts to promote, nurture and reinforce these vital prerequisites for the success and survival of Malaysia.

    ReplyDelete
  12. Unity in diversity is one of the hallmarks in multiracial, multi-religious and multicultural Malaysia.

    ReplyDelete
  13. The Rukunegara which was formulated in 1970 is our guide for nation-building and should be respected by all. It is a shared vision for national unity. Its principles should always be upheld and practised for Malaysians must never take for granted the stability, peace and harmony that had been attained so far.

    ReplyDelete
  14. The Rukunegara, through its five tenets – Belief in God, Loyalty to the King and Country, Upholding the Constitution, Rule of Law, and Good Social Behaviour and Morality – have formed the principles of nationhood and these should be embedded in the young generation who are the future leaders.

    ReplyDelete
  15. At present, any people were taking unity and harmony for granted. This is not a healthy development for in a multi-racial, multi-religious and multi-cultural country like Malaysia, continuous efforts must be made by all Malaysians to nurture and reinforce unity and harmony”.

    ReplyDelete
  16. Malaysians must be prepared to reduce their strong sense of ethnicity in order to achieve “Bangsa Malaysia” and they should start accepting each other as Malaysians regardless of race and religion.

    ReplyDelete
  17. Malaysians of different ethnic origins must always be conscious of the need to have mutual respect for one another. They must always remain vigilant and be conscious of the sensitivities of our respective religions and cultures for the sake of inter-racial harmony.

    ReplyDelete
  18. The process of establishing a united Malaysian nation in response to the first challenge of Vision 2020, was a continuous one and what has been achieved so far must be nurtured and reinforced.

    ReplyDelete
  19. All plans for the nation’s economic growth and all corrective measures to address the country’s social imbalances, he pointed out, would only be meaningful if they were geared towards national unity.

    ReplyDelete
  20. Programmes of action for Malaysians of all races should continue to aim at nurturing and strengthening the spirit of love, loyalty and unity for the country. The spirit of patriotism and unity must always be cultivated and nurtured particularly among the young generation.

    ReplyDelete
  21. Continuous efforts must be made by all to strengthen racial harmony and religious tolerance at every level of our society. In the days ahead, the creation and sustenance of national unity must be given the highest priority for unity is vital to ensure the continued growth of Malaysia as a secure, peaceful, progressive and united nation.

    ReplyDelete
  22. Unity must first start with the individual. If there is unity in a person’s thoughts, emotions and actions, it will be reflected in how they treat others.

    ReplyDelete