Thursday 10 May 2012

PERTINA PELAWA LEBIH RAMAI JADI AHLI


 


TENDANG.......James menendang bola sebagai tanda bermulanya pertandingan Piala Datuk James Ratib anjuran Pertina.

Oleh : ROZIE JUMAT


KENINGAU : Persatuan Bekas Pelajar Pedalaman Sabah (Pertina) mahu lebih ramai ahli menyertai pertubuhan tersebut yang kini telah secara rasminya telah berdaftar, dengan agenda utamanya mengambil peranan dengan skop yang lebih luas untuk membantu memertabat agenda pendidikan.

Penaung Seumur Hidup Pertina, Datuk James Ratib berkata, Pertina mengalu-alukan lebih ramai bekas pelajar yang bersekolah di pedalaman untuk menyertai pertubuhan itu. James merupakan bekas pelajar SMK Gunsanad.

James yang merupakan Pegawai Khas Timbalan Menteri Kewangan berkata demikian ketika merasmikan kejohanan bola sepak Piala Datuk James Ratib sempena Pesta Kaamatan anjuran Pertina di sini.

“Pendidikan adalah satu elemen yang sangat penting dalam kehidupan yang semakin mencabar, Pertina mahu sama bertanggunjawab dalam membantu kerajaan untuk melihat pembangunan seimbang di kawasan pedalaman, sebagai NGO itulah antara yang kita perjuangkan,” kata James.

Dalam pada itu Kejohanan Bolasepak Piala Datuk James Ratib akan digantikan dengan nama Piala Pertina mulai tahun hadapan dan dijadikan sebagai acara tahunan sempena Pesta Kaamatan. 

“Sepatutnya kejohanan ini adalah Piala Pertina dan bukan kejohanan Piala Datuk James Ratib, pada tahun depan ia akan ditukar ke Kejohanan Piala Pertina,” ujar James.




BERENTAP......James dan AJK Pertina bersama pasukan yang berentap di perlawanan akhir.

Pertina adalah singkatan daripada Persatuan Bekas Pelajar Pedalaman Sabah. Ia dengan rasmi telah didaftarkan sebagai pertubuhan NGO yang berusaha memartabatkan pendidikan khususnya di Pedalaman Sabah.

Pertina diterajui dengan James Ratib selaku penaung seumur hidup, Bernard Michael (Pengerusi), Denis Gepilit (Timbalan Pengerusi) Aladdin Lugiman (Setiausaha Kehormat), Boniface Chua (Bendahari) dan Ahli Jawatankuasa seramai 8 orang iaitu Justin Majip, Felix Miki, Ronie Felix, Francis Tuyan, Henry Sumandan, Abd.Hadi Wong, James Ho dan  Abdon Gilbert Timun.-

Dalam pada itu pasukan Keritan FC telah menjuarai pertandingan bolasepak Piala Datuk James Ratib menerima wang tunai RM5000, manakala tempat ke dua ialah Pemuda Pensiangan (Wang tunai RM2 ribu), Ketiga pasukan Tambunan FC  dan ke empat Pasukan Murni FC.

10 comments:

  1. Semoga Pertina mampu bawa perubahan dan memartabatkan agenda pendidikan demi kebaikan bersama.

    ReplyDelete
  2. Pertina bukan saja membantu untuk memartabatkan pendidikan, malah menganjurkan pertandingan bola dengan hadiah yang lumayan.

    ReplyDelete
  3. All the best to Pertina to improve the education system in Sabah.

    ReplyDelete
  4. Hopefully Pertina's operation will bring benefits to the rural area student in their education.

    ReplyDelete
  5. harap lebih ramai akan menjadi ahli PERTINA.

    ReplyDelete
  6. Perkara yang baik seperti ini sememangnya kita harus sokong sebaiknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masyarat juga harus menyokong supay pelaksanaan lebih lancar

      Delete
  7. Asah bakat2 muda memang bagus

    ReplyDelete
  8. saya harap Pertina mampu mengetengahkan masalah yang sering dihadapi oleh sekolah2 di kawasan pedalaman ke peringat tertinggi kerajaan..

    ReplyDelete
  9. usaha memartabatkan sekolah2 kawasan pedalaman perlu bermula dari kemudahan prasarana..

    ReplyDelete