Thursday 3 May 2012

PESERTA BERSIH GANAS AKAN DITANGKAP





POLIS akan menangkap peserta perhimpunan yang bertukar ganas di ibu negara Sabtu lepas dalam masa terdekat, dengan bantuan gambar-gambar pihak berkenaan yang diperoleh pasukan itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata gambar-gambar mereka yang bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda ketika perhimpunan itu berlangsung akan disiarkan tidak lama lagi.

"Kami ada gambar-gambar mereka dan kami akan hebahkan kepada media dan orang ramai dalam masa terdekat bagi membantu kami menangkap perusuh-perusuh itu," katanya kepada pemberita di ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur, hari ini.

Sabtu lepas, peserta perhimpunan itu bertindak merempuh pengadang untuk memasuki Dataran Merdeka sekaligus melanggar perintah Mahkamah Majistret melarang kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei.

Larangan itu dikeluarkan berikutan langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak membenarkan dataran itu dijadikan lokasi perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang.

Beberapa lokasi alternatif seperti Stadium Merdeka ditawarkan namun ditolak oleh penganjur perhimpunan itu.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata polis menahan seorang lelaki di Negeri Sembilan mengikut Seksyen 440 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan semasa perhimpunan itu. (Bernama)

10 comments:

  1. Baguslah. Pengajaran buat semua.

    ReplyDelete
  2. Yang bersalah tetap bersalah. Sesiapa saja yang memulakan provokasi patut ditahan.

    ReplyDelete
  3. mereka yang lakukan keganasan dan huru hara harus ditangkap dan dikenakan tndakan undang2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambiga pun bersetuju mereka yang menganas dan merusuh dikenakan tindakan undang2.

      Delete
  4. Polis telah mengenal pasti pasti kesemua 49 suspek yang terlibat dengan perhimpunan bersih 3.0 tempoh hari.Kesemua mereka yang dikehendaki polis kerana dipercayai bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan kemudahan awam ketika perhimpunan bersih 3.0 sabtu lalu.

    ReplyDelete
  5. Keganasan dan kekecohan dalam perhimpunan Bersih 3.0 sememangnya sudah dapat dijangka dari awal sebab dalam perhimpunan Bersih Julai lalu pun keadaan yang sama berlaku.

    ReplyDelete
  6. Rasanya penganjur juga perlu ditangkap sekali atas apa yang berlaku ini.

    ReplyDelete
  7. Memang patut ditangkap pun, keganasan tidak sepatutnya berlaku.

    ReplyDelete
  8. bukan senang mahu kenalpasti mana peserta perhimpunan yang bertindak ganas.. yang ikut perhimpunan itu bukannya sikit..

    ReplyDelete
  9. baik ambil tindakan terhadap penganjur2 Bersih terutamanya Ambiga.. beliau yang memulakan insiden ganas ini..

    ReplyDelete