Friday 4 May 2012

POLIS KENAL PASTI LEBIH 100 INDIVIDU GANAS






Oleh : ALKAM AB LATIF

PUTRAJAYA : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pihak polis telah pun mengenal pasti lebih 100 individu yang boleh membantu bagi membolehkan tindakan untuk menahan mereka yang melakukan rusuhan pada perhimpunan ganas Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

“Saya nyatakan bahawa pihak polis sudah pun puas hati menegnalpasti beberapa ramai mereka yang boleh bantu kita dalam siasatan dan saya percaya masanya telah pun tiba untuk kita mengambil tindakan khususnya tahanan terhadap mereka yang betul-betul perusuh, mereka yang betul-betul saja nak porak perandakan negara kita ini, mereka yang jelas ‘hijack’ perhimpunan Bersih 3.

“Saya tahu sebahagian besar daripada mereka yang datang ke Dataran Merdeka pada 28 April lalu bukan semuanya berniat sebegitu rupa, ada yang datang secara aman tetapi apabila di’hijack’ oleh golongan ini saya percaya bahawa mereka juga mahu kita ambil tindakan yang tegas dan membawa mereka ini ke muka pengadilan”, katanya secara eksklusif kepada UMNO-Online di sini, kelmarin.

Justeru beliau memberitahu Ketua Polis Kuala Lumpur akan mengeluarkan gambar-gambar mereka yang dikehendaki untuk orang ramai tampil ke hadapan untuk membantu pihak polis melakukan tangkapan.


 

“Ini kerana niat kerajaaan daripada awal lagi untuk membenarkan mereka menyuarakan apa jua yang tidak kena dan melalui akta baru kalau mereka terima stadium hari tu tak jadi begini tapi apa nak buat apa yang berlaku telah pun berlaku…cuma apa yang dilakukan sekarang ini untuk pastikan rule of law keadilan terhadap polis saya, keadilan terhadap  mereka yang datang ke Bersih dengan cara aman, mereka ini menuntut bahawa orang-orang yang ‘hijack’ Bersih 3.0 ini diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

“Dan dalam hal ini polis akan teruskan siasatan mereka dan pihak peguam negara akan memikirkan apa  dakwaan yang boleh dibawa terhadap mereka ini”, katanya.

Jelas beliau lagi lebih seratus individu sudah dikenalpasti dan Polis Kuala Lumpur hari ini akan menyiarkan lebih 40 gambar yang akan diedarkan kepada orang ramai.

“Dalam hal ini kita tak akan kompromi…. saya dah nyatakan dulu kepentingan nasional, keselamatan negara dan juga ketenteram awam bila diimbangi dengan hak dan kebebasan sentiasa  ketenteraman awam dan keseleamatan negara diutamakan.

“Ini perlu disampaikan kepada semua pihak agar jangan ambil kesempatan untuk agenda-agenda sempit mereka dalam kita nak merintis transformasi ini kerana kita tahu dan kita boleh menanganinya”, ujar beliau.

Beliau bagaimanapun percaya ada hikmah terhadap apa yang berlaku kerana ia membuktikan kepada orang ramai bahawa hanya segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab yang sememangnya sengaja untuk memporak perandakan  dan menghuru-harakan sesuatu untuk kepentingan sempit.  (MediaUMNO)

9 comments:

  1. mereka yang bertindak ganas ini perlu dikenakan tindakan undang2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya apa hukuman yang akan mereka terima nanti?

      Delete
  2. Kalau tiada individu2 ganas ni pasti keadaan tidak sekecoh ini. perlu contohi peserta perhimpunan Bersih di Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perempuan pun ada dalam senarai wanted. Ganas sungguh.

      Delete
  3. baguslah kalau Polis akan mengenal pasti mereka ini nanti.

    ReplyDelete
  4. Tangkap mereka yang merusuh. Ambiga pun bersetuju untuk mengenakan tindakan kepada mereka yang merusuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambiga sudah tentu setuju asalkan bukan dirinya yang kena tangkap.. sedangkan yang mulakan semua ini ada dia sendiri.. maknanya, seganas2 perusuh2 yang dikenalpasti ini, lagi ganas insan yang bernama Ambiga..

      Delete
  5. sepatutnya kerajaan mengambil tindakan bukan sahaja terhadap perusuh2 ganas, malah terhadap ketua mereka iaitu Ambiga.. perusuh2 ganas ini tidak akan merusuh jika bukan kerana Ambiga menghasut mereka untuk merusuh..

    ReplyDelete
  6. Ambiga sedar bahawa beliau tidak akan mempu mengawal perhimpunan yang disertai oleh ratusan ribu manusia.. seorang buat provokasi, yang lain juga akan ikut sama..

    ReplyDelete