Wednesday 9 May 2012

PROHAM CADANG SIMON SIPAUN ANGGOTAI RCI





PERSATUAN Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) mencadangkan pengerusinya, Tan Sri Simon Sipaun sebagai salah seorang anggota Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin di Sabah.

"Proham mencadangkan kerajaan Persekutuan mempertimbang pelantikan Tan Sri Simon Sipaun yang merupakan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, (bekas) Naib Presiden Suhakam dan Pengerusi Proham sebagai ahli RCI," kenyataan Proham dipetik.

Kenyataan oleh tiga orang anggota Proham itu – Tan Sri Ramon Navaratnam, Profesor Hamdan Adnan dan Datuk Dr Denison Jayasooria – turut mencadangkan tiga terma rujukan bagi "mengembalikan dan meningkatkan keyakinan orang ramai" berhubung siasatan tersebut.

Terma rujukan itu termasuk melibatkan atas siasatan ke atas kenaikan mendadak populasi Sabah yang disifatkan 'luar biasa"' kerana tidak konsisten dengan pertumbuhan purata populasi Malaysia dan pembangunan demografi biasa, menurut kenyataan itu.

Selain itu Proham turut menggesa supaya terma rujukan tersebut juga melibatkan prosedur pemberian kerakyatan kepada warga Sabah dan supaya RCI merangka prosedur baru untuk memberi kewarganegaraan.

Langkah itu bagi mencegah penyalahgunaan yang pernah berlaku dalam pendaftaran kerakyatan sebelum ini, menurut Proham.

Cadangan itu dibuat susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bahawa kerajaan sedang menyediakan terma rujukan untuk penubuhan suruhanjaya berkenaan.

15 comments:

  1. wajar juga jika Sipaun menganggotai RCI, ini dpt memastikan ketelusannya.

    ReplyDelete
  2. Sesuailah tu tapi bila pula RCI ni akan ditubuhkan.hmm..

    ReplyDelete
  3. Sangat setuju! RCI di Sabah perlukan ahli yang bersikap neutral dan adil.

    ReplyDelete
  4. Pemilihan ahli RCI ini perlu dilakukan secara adil agar rakyat mempunyai keyakinan dengan siasatan ini. Kerajaan persekutuan perlu proaktif dalam menguruskan kelulusan cadangnan

    ReplyDelete
  5. AHli RCI tidak harus dikongkong mana-mana kuasa dan parti untuk menjamin keadilan.

    ReplyDelete
  6. Cadangan ini harus dipertimbangkan.

    ReplyDelete
  7. Keputusan masih belum dibuat oleh Persekutuan berkenaan dengan RCI.

    ReplyDelete
  8. Cadangan ini harus dikaji kebaikan dan keburukan. Semoga Kerajaan persekutuan tidak mengetepikan cadangan ini.

    ReplyDelete
  9. Im sure Bn will consider all proposal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully 9 June PM really announce the RCI

      Delete
  10. Kita harap RCI ini akan dapat diselesaikan secepat yang boleh.

    ReplyDelete
  11. Cadangan saja mungkin tapi belum tentu lagi diterima sepenuhnya.

    ReplyDelete
  12. Sekiranya RCI dilaksanakan di Sabah, memang terbukti kerajaan memandang berat Sabah dan rakyat

    ReplyDelete
  13. saya juga setuju jika simon dilantik mengganggotai suruhanjaya siasatan diraja untuk menyelesaikan masalah pendatang asing dan projek IC di negeri ini..

    ReplyDelete
  14. mungkin Bumburing dan Mutalib MD juga layak menganggotai suruhanjaya ini..

    ReplyDelete