Friday 11 May 2012

PSC LAWAT LOJI LYNAS



TINJAU……. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (dua dari kanan), Abdul Rahman (kanan sekali) bersama Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant ketika meninjau kawasan ke loji pemprosesan nadir bumi itu di Gebeng, Pahang.

Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI

PAHANG : Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant telah mengadakan pendengaran awam pertama semasa lawatan mereka ke loji pemprosesan nadir bumi itu di Gebeng, Pahang, dari 10 hingga 11 Mei, baru-baru ini.

Anggota PSC dan Anggota Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, satu lagi pendengaran awam dijadual pada 21 Mei di Kuala Lumpur yang akan memberi peluang kepada kumpulan pro dan anti-Lynas untuk menyuarakan pandangan mereka.

"Kami akan bersikap adil dan mendapatkan seberapa banyak pandangan yang boleh," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pertama jawatankuasa itu di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata jawatankuasa pilihan itu berkemungkinan akan menyerahkan laporannya menjelang 19 Jun.

Bulan lepas, Dewan Rakyat meluluskan usul untuk mewujudkan PSC Mengenai projek Lynas Advanced Materials Plant bertujuan meneliti piawaian keselamatan dan isu lain yang menarik perhatian ramai.

Dipengerusikan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, PSC Mengenai Lynas diberi masa tiga bulan untuk melaksanakan tugasnya.

Anggota Parlimen daripada pembangkang menolak tawaran untuk menjadi sebahagian daripada jawatankuasa berkenaan.

12 comments:

  1. kita nntikan laporan PSC tersebut, jika Lynas didapati benar2 tidak selamat, ia harus dihentikan.

    ReplyDelete
  2. Lynas should be given the opportunity to explain about their operation and whether it is safe for the humans and environment or not?

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentu mereka akan cakap operasi mereka selamat tetapi adakah mereka dapat memastikan 100% bahawa semuanya mengikut prosedur yang telah ditetapkan?

      Delete
  3. Hope that this PSC will be able to examine and investigate the Lynas operation and better understand its workings.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Ada yang kata projek ni bahaya dan harus dihentikan tapi ada juga suara2 yang kata ia selamat. rakyat pun jadi bingung. harap pihak yang pakar dalam bidang ini dapat menjelaskan keadaan yang sebenar.

    ReplyDelete
  5. Harap isu Lynas ni akan selesai selepas PSC sudah meneliti piawaian keselamatan projek Lynas.

    ReplyDelete
  6. Utamakan keselamatan penduduk dan alam sekitar.

    ReplyDelete
  7. Harap siasatan akan dapat dibuat mengenai perkara ini bagi memastikan perkara ini akan dapat diterima sebaiknya oleh rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siasatan tu perlu teliti dan utamakan keselamatan

      Delete
  8. Laporan PSC akan menentukan Projek Lynas

    ReplyDelete
  9. tunggu saja la apa keputusan dia nanti.. tapi saya yakin, pihak yang membantah tetap akan membantah.. sekalipun keputusannya membuktikan projek ini tidak berbahaya..

    ReplyDelete
  10. eloklah jika projek Lynas ini hanya diperdebatkan oleh pihak2 yang arif dan pakar dalam bidang ini, bukannya ahli2 yang pakar dalam bidang politik..

    ReplyDelete