Sunday 27 May 2012

PUAD ZARKASHI LAMBANG 'IKAN KEPALA BURUK' BN?


 

SEMAKIN ramai pemimpin BN yang boleh diumpamakan sebagai 'ikan buruk kepala' kerana membuat kenyataan rambang dan memalukan; terutama Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zakarshi sebagaimana yang dilapor BERNAMA pada 22 Mei 2012 melalui artikel 'RM700 Juta Pasang Solar Hibrid Di Sabah' yang turut disiarkan Sabahkini.net

Aktivis Masyarakat dan Hak Asasi Manusia, Datuk Patrick Sindu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan tidak bertanggung jawab Puad yang memaklumkan bahawa Kerajaan telah memperuntukkan RM700 juta bagi pelaksanaan bekalan solar hibrid kepada 179 sekolah luar bandar di Sabah yang masih belum menikmati bekalan elektrik.

"Mengikut kajian saya dan pencinta alam, kesemua 179 projek bekalan elektrik hibrid di semua sekolah di luar bandar Sabah telah rosak dan gagal berfungi sejak antara 3 hingga empat tahun lalu dan bukannya projek baru," ujar Patrick yang merupakan penentang keras kepada penggunaan bateri asid plumbum dalam projek solar hibrid Kementerian Pelajaran.

Sehubungan itu, Patrick menggesa Menteri Pelajaran dan Puad meminta maaf secara terbuka daripada rakyat Sabah yang selama ini diperdaya; termasuk janji Puad untuk membina sekolah menengah sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa untuk dipenggal kepala jika sekolah berkenaan tidak jadi dibina.

"Sifat pemimpin lidah bercabang seperti Puad telah menyebabkan mutu pelajaran di Sabah merosot kerana kebanyakan sekolah di luar bandar tidak mempunyai bekalan elektrik tetapi mempunyai projek bekalan elektrik yang dibina hanya untuk menguntungkan kroni BN dan mencemar alam sekitar," ujar Patrick lagi.

Patrick turut menggesa agar 'Ketua Menteri Sabah' menggunakan kuasa Imigresen untuk menyekat 'Pembohong' seperti Puad daripada masuk dan keluar dari Sabah untuk meneruskan agenda memperdaya rakyat Sabah di luar bandar semata-mata untuk meraih undi.

"Advantagenya bukan kepada BN, sebaliknya kepada pembangkang yang sudah mula mengikat hidung tinggi Puad Zarkashi yang tidak ubah seperti Pinnochio," kata Patrick yang menggesa agar Menteri Kabinet yang bertanggung jawab berhubung hal ehwal pelajaran agar campur tangan supaya sekolah di luar bandar tidak terus bergelap menjelang pilihanraya umum akan datang.

16 comments:

  1. Saya pernah quote kenyataan beliau yg berbunyi "kalau pembinaan SMK Nabalu tidak bermula tahun hadapan tuan-tuan boleh penggal kepala saya" yg saya ambil dari Daily Express.

    Entah setakat mana kemajuan pembinaannya sekarang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun masih ingat kata2 beliau. Diharap ada berita tentang perkembangan projek pembinaan sekolah tersebut.

      Delete
  2. Sekolah2 di luar bandar memang banyak yang berada dalam serba kekurangan. Adalah sangat baik jika bantuan dan kemudahan dapat disediakan dalam masa terdekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peruntukan harus diberi untuk membaiki kelemahan dan kelengkapan.

      Delete
  3. masih byk sekolah2 di Sabah masih daif, perlengkapkanya kemudahan2 di sekolah.

    ReplyDelete
  4. Semoga kerajaan tidak mengabaikan perkembangan kawasan pedalaman atau luar bandar.

    ReplyDelete
  5. memperuntukkan RM700 juta bagi pelaksanaan bekalan solar hibrid kepada 179 sekolah luar bandar di Sabah yang masih belum menikmati bekalan elektrik.

    Moga-moga peruntukan ini dapat meringankan masalah bekalan electrik yang tidak mencukupi.

    ReplyDelete
  6. Projek naik taraf harus dipantau perkembangannya.

    ReplyDelete
  7. Sekolah luar bandar harus diberi perhatian untuk dinaik taraf dan keadaan pelajaran harus juga berkualiti.

    ReplyDelete
  8. Bagus juga solar hibrid dipasang berbanding dengan solar bateri plumbum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenaga yang bersih dan selamat perlu di Sabah.

      Delete
  9. Betulkah kerosakkan berlaku terhadap projek tersebut. Perkara ini perlu dikaji semula sebaiknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patrick tahu kerosakkan itu tapi sebagai pejuang hak asasi manusia, kenapa dia tidak laporkan??

      Delete
  10. Kalau tidak silap Pembangunan Infrastruktur Sabah telah membelanjakan RM242.4 juta tahun lepas bagi melaksanakan 133 projek yang diluluskan di bawah program pembangunan negeri. Peruntukan projek2 perlulah sampai ke tempat yang sepatutnya.

    ReplyDelete
  11. Datuk Patrick Sindu berlagak macam ahli politik pula.. dia yang melebih2 mengalahkan pemimpin2 politik yang lain.. adakah maksud Patrick ini supaya rm700 juta itu dibatalkan??

    ReplyDelete
  12. sepatutnya pengumuman RM700 juta bagi pelaksanaan bekalan solar hibrid kepada 179 sekolah luar bandar di Sabah adalah berita baik untuk Sabah..

    ReplyDelete