Friday 11 May 2012

RAMAI MB AKAN DITUKAR MENJELANG PRU-13



LAMA....Taib Mahmud, Ketua Menteri paling lama memerintah salah sebuah negeri di Malaysia. Apakah beliau masih dikekalkan di dalam tampuk pemerintahan Sarawak?


Oleh : JAHABAR SADIQ

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) dijangka akan mencalonkan muka-muka baru sebagai menteri besar dan ketua menteri di hampir kesemua negeri kerana Datuk Seri Najib Razak mahu program transformasinya dilaksanakan golongan muda demi bersaing dengan Pakatan Rakyat (PR), kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hassan dan rakan sejawatnya di Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu, adalah antara mereka yang bakal kekal di kedudukan mereka jika BN mengekalkan kemenangan.

“Najib mahu yang terbaik untuk kesemua negeri dan lebih baik dengan meletakkan muka baru.sesetengan pemimpin lama sangat berada di kerusi mereka,” kata sumber.

Antara Menteri Besar yang paling lama memerintah adalah Umno Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, yang mengambil alih pejabat pada 1986; Datuk Abdul Ghani Othman, yang telah bersama-sama Johor sejak 1995; dan Datuk Seri Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka sejak 1999.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, adalah paling lama memerintah Sarawak yang mengetuai kemenangan BN Sarawak dalam pilihan raya tahun lalu yang juga penggal terakhirnya selepas memulakan tugas pada 1981.

“Perlu ada pembaharuan dan ini peluang untung orang muda meningkat naik,” kata sumber dan menambah Najib sendiri Menteri Besar termuda di Pahang apabila dilantik pada 1982, ketika itu beliau berusia 29 tahun.

Sumber lain menjelaskan BN telah menyiapkan senarai pemimpin berpotensi di kerusi negeri yang akan disesuaikan dalam beberapa minggu lagi oleh Najib dan pembantunya.

“Sudah tentu ada yang melobi di saat-saat akhir dan ada yang mahu kekal. Tapi Najib memikirkan masa hadapan dan keperluan meletakkan muka baru,” katanya.

Sumber itu juga berkata BN akan mempertimbangkan untuk melihat pendapat keseluruhan pemerintah negeri sebelum menamakan calon untuk posisi tertinggi.

“Ia mestilah orang yang dipersetujui dan dihormati pemerintah negeri kalau tidak mungkin akan berlaku kekecohan,” katanya merujuk kepada perubahan saat akhir di Perlis dan Terengganu selepas pilihan raya 2008.

Selepas pilihan raya 8 Mac 2008, Perdana Menteri dan Pengerusi BN Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mencalonkan Datuk Seri Shahidan Kassim untuk terus berkhidmat sebagai MB Perlis tapi Md Isa telah mengangkat sumpah di hadapan Raja Perlis dengan sokongan lapan Adun Umno dengan 15 kerusi Adun.

Di Terengganu, pemerintah negeri menolak calon Abdullah, Datuk Seri Idris Jusoh, untuk kekal sebagai MB malah digantikan Datuk Seri Ahmad Said walaupun terdapatnya protes daripada Umno dan pengguguran sementara MB baru daripada parti. Isu itu selesai apabila Abdullah bersetuju dengan pilihan pemerintah negeri.

Turut difahamkan BN juga sudah selesai menamakan calon di negeri-negeri yang dikuasai PR; Kedah, Kelantan, Penang dan Selangor. Calon yang paling jelas adalah Datuk Seri Mustapha Mohamed, di Kelantan, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, yang juga Ketua Umno Kelantan.

“Mustapha sudah dikenali di Kelantan. Misterinya adalah di Selangor kerana banyak sangat nama,” kata sumber BN itu.

Antara yang dijangka adalah Timbalan Ketua Umno Datuk Seri Noh Omar, namun sumber turut mengesahkan ada beberapa tokoh ahli perniagaan turut disenaraikan oleh Najib, yang juga Ketua Parti Negeri.

Najib semalam melawat kembali Selangor, sehari sebelum sambutan ulangtahun ke-66 Umno dengan sambutan tiga hari di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Perdana menteri dilihat kerap mengunjungi Selangor, negeri terkaya yang dimiliki PR pada pilihan raya 2008.

Presiden Umno ini telah mengumumkan akan menawan kembali Selangor tanpa mengira halangannya dalam pilihan raya akan datang, yang dijangka awal bulan depan selepas kembali dari lawatannya bermula Isnin ini.

Pilihan raya perlu diadakan sebelun April 2013 dan menyaksikan tambahan 2.2 juta pengundi kepada 12 juta mendaftar untuk mengundi. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut menerima penggunaan dakwat kekal dan minimum kempen 10 hari dalam pilihan raya akan datang.

12 comments:

  1. tidak salah memberi peluang kepada muka baru, yang penting ia layak dan berkebolehan.

    ReplyDelete
  2. The only thing that Taib Mahmud did right is to prevent the illegal immigrants from entering Sabah. Can the next Sarawak leader do the same?

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. All will be revealed after the next general elections, we will see if Taib Mahmud will remain as the Sarawak CM after this.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah tiba masanya Taib Mahmud berundur dan berehat dari menjadi KM Sarawak.

      Delete
  4. Saya rasa MB/KM yang sudah tua2 tu baguslah berehat saja. bagi peluang dengan pemimpin2 muda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika Sabah, Musa Aman masih lagi muda dan khidmatnya harap diteruskan.

      Delete
    2. Rasanya Musa Aman akan dikekalkan kerana prestasi beliau yang cemerlang.

      Delete
    3. Pemimpin2 veteran harus beri laluan kepada pemimpin2 muda yang mempunyai semangat muda dan idea2 yang lebih sesuai dengan zaman sekarang

      Delete
  5. Biasalah tu bila yang lama diganti dengan baru. Perlukan momentum baru untuk lakukan anjakan paradigma.

    ReplyDelete
  6. Kalau pemimpin itu masih relevan rasanya tidak ada salahnya untuk terus dikekalkan menjadi wakil untuk PRU akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. calon2 pada PRU harus ditelti dengan bijaksana

      Delete
  7. terpulang la dengan PM siapa yang dia mahu gugurkan dan siapa yang dia mahu kekalkan.. yang penting jangan silap buat keputusan.. ada ketua menteri yang terbukti mampu dan berjaya melaksanakan pembangunan negeri, jangan pula ketua menteri itu yang digugurkan..

    ReplyDelete