Tuesday 1 May 2012

RAMPAS KAMERA WARTAWAN BUKAN SOP





Oleh : ZULAIKHA ZULKIFLI

KETUA Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini menjelaskan bahawa tindakan polis merampas kamera dan rakaman wartawan yang membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu bukan sebahagian daripada garis panduan operasi polis (SOP).

Beliau berkata demkian ketika mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam yang menyatakan sebaliknya.

"Saya tak tahu. Saya nak terangkan, kita tidak ada SOP sedemikian. Kita bertindak berdasarkan undang-undang dan saya ingin katakan bahawa polis bertindak secara profesional dalam tangani masalah yang berlaku.

"Saya ingat saya kata beginilah. Kita tidak ada arahan khusus atau khas tentang rampas kamera. Kalau kamera itu ada senjata, lainlah," katanya pada sidang media petang tadi.

Ditanya siapakah yang memberikan arahan untuk mengambil barangan milik wartawan seperti kamera dan kad memori, Ismail sekadar berkata, pihak polis hanya mengikut undang-undang.

Ismail juga berkata, wartawan perlu dilindungi dalam perhimpunan seperti itu dan pihaknya turut mengambil berat tentang aduan yang telah diberi oleh orang awam, wartawan malah anggota polisnya sendiri.

Katanya, polis bersikap terbuka untuk menyiasat segala tohmahan yang diberikan dan menggesa supaya pihak yang didakwa dikasari, membuat aduan.

"Tiada siapa yang beri arahan. Seperti yang saya kata, semua ikut kuasa undang-undang. Kejadian telah berlaku dan kita akan siasat secara terbuka untuk jaga kepentingan semua orang.

"Kita akan siasat semua laporan polis yang dibuat. Kita akan siasat dengan adil. Keadilan untuk semua. Malah ada juga pegawai polis yang dikasari. Ada yang patah gigi, hidung, lengan retak dan kenderaan pasukan telah dimusnahkan. Kita akan siasat," katanya lagi.

Beliau turut ditanya mengenai arahan kepada anggota polis untuk membuat tangkapan di luar kawasan Dataran Merdeka memandangkan pasukan itu hanya diperintahkan untuk berkawal agar peserta tidak memasuki kawasan tersebut.

Ismail menjelaskan, anggotanya bertindak secara proaktif bagi mencegah sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku.

"Kita bertindak secara proaktif. Takkan nak tunggu rumah terbakar baru nak padam api. Ini adalah tindakan untuk mencegah," katanya lagi.

11 comments:

  1. Hopefully this case will be investigate fairly so that the truth will be known.

    ReplyDelete
  2. Too bad Ambiga cannot ensure that the rally will be peaceful as claimed.

    ReplyDelete
  3. Kenyataan KPN ni pun macam tidak jelas. Apa sebab kamera, memory card etc dirampas jika ia bukan senjata?

    ReplyDelete
  4. Kenyataan KPN ni pun macam tidak jelas. Apa sebab kamera, memory card etc dirampas jika ia bukan senjata?

    ReplyDelete
  5. Amalkan motto bersih cekap amanah selalu.

    ReplyDelete
  6. dakwaan ini harus disisast, jika benar, ambil tindakan terhadap anggota yang berbuat demikian.

    ReplyDelete
  7. Apa pun yang penting sekali pihak polis dapat melakukan tugas mereka dengan baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Polis telah melaksanakan tugasnya dengan sebaik mungkin.

      Delete
  8. Kawasan itu adalah kawasan larangan. Jadi, tiada siapa dibenarkan berada di kawasan tersebut termasuk la wartawan

    ReplyDelete
  9. polis juga yang jadi mangsa.. sudah terpaksa melipat gandakan usaha untuk mengawal perhimpunan, terpaksa pula bertarung dengan samseng2 Bersih, dan bila ada apa2 berlaku, polis pula yang dipersalahkan sedangkan mereka tidak terlibatpun dengan provokasi Bersih..

    ReplyDelete
  10. sepatutnya Ambiga dan Anwar yang bertanggungjawab jika berlaku apa2 terhadap wartawan, peserta2 Bersih, orang awam, harta benda awam dan para peniaga.. sebaliknya, mereka pula yang lebih dulu lepas tangan.. nafi, nafi, nafi dan salahkan pihak lain..

    ReplyDelete