Saturday 5 May 2012

REFLEKSOLOGI ATAU RABALOGI?




Saudara Pengarang,

KEHADIRAN ramai rakyat Sabah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur membanggakan saya kerana mereka sanggup berhijrah mencari pengalaman dan bekerja sebagai 'Tukang Urut' di puluhan Pusat Urut Refleksologi di Bintang Walk yang dibuka 24 jam.

Sejak dua tahun lalu, saya sering mengunjungi Pusat Urut berkenaan bersama keluarga untuk mendapatkan perkhidmatan refleksologi di sebuah Pusat Urut yang terkenal dan salah satu yang tertua di Bukit Bintang.

Malangnya, baru-baru ini, seorang Tukang Urut Lelaki daripada Sabah (gambar) telah mengambil kesempatan meraba peha dan pangkal peha dengan memasukkan tangannya di bawah tuala yang diletakkan di atas peha saya ketika saya hampir terlelap.

Ketika diurut, saya mengenakan seluar pendek yang disediakan oleh Pusat Urut berkenaan agar mudah diurut dan bukannya untuk memberi kesempatan kepada Tukang Urut meraba saya.

Saya mengadu kepada suami yang juga terlelap kerana diurut oleh salah seorang Tukang Urut daripada Sandakan, tetapi Tukang Urut 'Miang' berkenaan menafikan beliau meraba saya, tetapi mengakui 'terpegang' atas peha saya dengan berlapik tuala yang disediakan Pusat Urut tersebut.




MENGELAK.....Tukang urut miang ini cuba mengelak gambarnya dirakam dengan telefon bimbit selepas kemiangan disedari saya.

Persoalannya, kenapa Urut Tapak Kaki boleh sampai ke Peha dan Pangkal Peha? Bukankah Refleksologi hanya sampai ke lutut sahaja, melainkan jika diminta oleh pelanggan sampai ke atas lutut? Saya lantas meminta Tukang Urut Miang itu berhenti mengurut saya 20 minit lebih awal kerana tidak selesa diperlakukan sedemikian rupa.

Sejak dua tahun lalu, tidak pernah ada Tukang Urut yang kurang ajar seperti Tukang Urut ini yang cuba membela diri dengan meminta saya menonton rakaman CCTV. Malangnya Pemilik Pusat Urut berkenaan agak temberang dan hampir bertengkar dengan suami saya yang bercadang untuk membuat laporan polis.

Setelah pertengkaran kecil tersebut reda, kami dibenarkan menonton CCTV yang dipasang di Premis Urut berkenaan, namun gagal melihat 'Aksi Miang' Tukang Urut tersebut kerana lokasinya terlindung; seolah-olah CCTV hanya menjadi hiasan atau mainan kanak-kanak.

Saya bukanlah jenis cerewet kerana sering mengamalkan kesaksamaan gender dan suami mengizinkan saya diurut oleh Tukang Urut 'lelaki' disebabkan kebanyakan Tukang Urut Wanita hanya 'amatur' dan bukannya professional.

Sehubungan itu, saya menggesa agar Pusat Urut berkenaan mengetatkan Kod Etika dengan tidak membenarkan Tukang Urut memegang bahagian lutut ke atas melainkan tapak kaki dan betis.

CCTV hendaklah dipasang di sudut yang jelas dan bukannya terselindung oleh bangku, penghadang atau langsir bagi memastikan tidak ada Tukang Urut Miang membuli pelanggan yang mungkin terlelap ketika diurut.

Malah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga hendaklah memastikan semua Tukang Urut mendapat latihan secukupnya bagi mengelakkan ada pihak mengambil kesempatan di atas kelonggaran penguatkuasaan.

Kepada Tukang Urut Miang, walaupun anda tidak mengaku dan dibela oleh CCTV hiasan majikan anda, tetapi CCTV Tuhan tidak pernah padam. Hukum karma pasti akan menimpa anda. Jika tidak kepada anak isteri, mungkin kepada cucu cicit anda. Bertaubatlah!

Jangan malukan rakyat Sabah kerana saya mengganggap semua rakyat Sabah yang berhijrah daripada Sabah untuk menyara kehidupan mereka adalah DUTA yang perlu menjaga nama baik dan imej rakyat Sabah yang sopan dan berbudi bahasa.

Salam Hormat,

MANGSA BULI REFLEKSOLOGI

9 comments:

  1. lain kali jgn pakai seluar pendek.. pakailah seluar panjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..lagi bagus jangan minta urut.beli saja mesin urut.

      Delete
  2. Apalah guna CCTV kalau begitu??

    ReplyDelete
  3. Kebenaran tidak pasti lagi susah juga mahu percaya kalau kita tidak nampak sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sentimen kenegerian tu peperempuan. Mungkin dia mengigau tu.

      Delete
  4. Knapa hari tu Terus tak mahu repot saja sedangkan Ada CCTV .lagipun you punya suami Ada d sebelah you.lagipun you nak Cakap dekat sini.siapa nak pcaya you. Knapa org ramai d sekeliling you pun dia nak raba..kalau say nak Percaya mana pergi bukti video tu yg you rakam tempoh hari.,

    ReplyDelete
  5. "kebanyakan Tukang Urut Wanita hanya 'amatur' dan bukannya professional".

    Ada juga tukang urut wanita, kenapa sendiri pun gatal juga mengizinkan lelaki yang mengurut.

    ReplyDelete
  6. nasihat kepada semua wanita, gunalah khidmat tukang urut wanita.. kalau tidak ada tukang urut wanita, tidak payah la berurut..

    ReplyDelete
  7. bagaimana jika benar tukang urut itu tidak bersalah?? bukankah pengadu telahpun 'menghukum' beliau dengan mengaibkan nama beliau beserta dengan gambar beliau melalui media??

    ReplyDelete