Tuesday 22 May 2012

RM700 JUTA PASANG SOLAR HIBRID DI SABAH




BELURAN : Kerajaan memperuntukkan RM700 juta bagi pelaksanaan bekalan solar hibrid kepada 179 sekolah luar bandar di Sabah yang masih belum menikmati bekalan elektrik.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zakarshi berkata daripada jumlah itu, RM300 juta telah dibelanjakan untuk pelaksanaan bekalan tersebut bagi fasa pertama membabitkan 78 sekolah yang telah siap sepenuhnya.

Katanya RM400 juta lagi bagi pelaksanaan solar hibrid fasa kedua melibatkan 101 sekolah.

"Bagi fasa kedua itu, 64 sekolah sudah dipasang solar hibrid, manakala 18 lagi sedang dalam pelaksanaan.

"Ia membabitkan 13 sekolah di Beluran, tiga (Ranau) dan masing-masing sebuah sekolah di Kota Belud dan Sipitang dengan keseluruhan membabitkan kos sejumlah RM70 juta," katanya. (Bernama)

15 comments:

  1. Hope that the RM700 million for the hybrid solar power in 179 rural schools can help improve the electricity supply.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga masalah bekalan electrik dapat dikurangkan.

      Delete
  2. Hybrid solar power would be a better alternative compared to the lead battery used in some schools previously which will cause health problems to the students and teachers.

    ReplyDelete
  3. penggunaan solar hibrid adalah wajar, tenaga ini lebih murah dan selamat.

    ReplyDelete
  4. pengunaan solar hibrid harus diperluaskan lagi, ia perlu menggantikan penggunaan bateri plumbum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. solar hibrid lebih mesra alam dan tidak menjejaskan kesihatan pengguna.

      Delete
  5. Gunakan tenaga alternatif yang terbaik dan tidak memberikan kesan sampingan kepada alam sekitar.

    ReplyDelete
  6. Tahniah kepada kerajaan negeri kerana menitikberatkan green effort dalam menyediakan kemudahan asas kepada rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syabas kerana kerajaan prihatin untuk memberi keadaan yang lebih baik untuk rakyat di Sabah.

      Delete
  7. Kalau dulu kuasa generator sangat terhad untuk penggunaan peralatan elektrik, kini solar hibrid boleh menampung peralatan elektrik seperti televisyen, peti sejuk dan mesin basuh sekaligus.

    ReplyDelete
  8. Semoga usaha ini dapat disokong oleh penduduk. Ini lebih mesra alam berbanding sebelum ini. Kita tunggu pasti ada pihak pembangkang akan memutar belitkan cerita.

    ReplyDelete
  9. Very environmental friendly product. Good luck!

    ReplyDelete
  10. tenaga solar adalah tenaga yang bersih

    ReplyDelete
  11. kawasan2 pedalaman yang masih menggunakan bateri asid plumbum patut dibawa keluar dari negeri ini dan digantikan dengan solar hibrid..

    ReplyDelete