Saturday 19 May 2012

SABAH SEDIA SETIAP MASA HADAPI PRU-13




TAWAU : Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata BN Sabah sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 pada bila-bila masa.

Ketua Menteri Sabah berkata kesiapsiagaan BN itu berasaskan kepada pendekatan parti berkenaan yang sejak dari awal bekerja dan berkhidmat untuk rakyat sepanjang masa dan di mana sahaja, tanpa perlu menunggu saat pilihan raya menjelang.

"Kami bersedia. Pemimpin masyarakat dan rakyat juga sudah bersedia sebab sejak dari dahulu lagi kami sudah bekerja. Saya telah katakan dari awal kepada anggota-anggota Dewan Undangan Negeri atau anggota Parlimen bahawa apabila kita dipilih menjadi wakil rakyat, diberi mandat oleh rakyat, kita mesti bersyukur dan berterima kasih.

"Tetapi jangan anggap apabila kita dapat gelaran YB ia adalah satu keistimewaan atau pangkat yang tinggi. Kita dengan rendah hati menerima gelaran YB itu sebagai bukan 'Yang Berhormat' sahaja tetapi "Yang Berkhidmat" kepada rakyat," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan pemipin-pemimpin masyarakat zon Tawau di sini Jumaat.

Musa yakin parti pembangkang tidak akan mampu menembusi kubu kuat BN selagi wakil-wakil rakyat terus bekerja kuat dan berkhidmat dengan penuh dedikasi. (Bernama)

5 comments:

  1. BN kuat di Sabah, pasti sukar untuk pembangkang menewaskan BN dibawah kepimpinan Musa aman.

    ReplyDelete
  2. persediaan untuk menghadapi PRU perlu ad dari awal lagi, BN Sabah mmg telah bersedia.

    ReplyDelete
  3. Baguslah kalau BN Sabah telah bersedia dari awal lagi. Semoga BN Sabah akan dapat mengekalkan kerusi yang ada sebelum ini. Laksanakan tanggungjawab sebaiknya.

    ReplyDelete
  4. lihat saja ketika PRK Batu Sapi.. kalaupun jumlah undi pembangkang digabungkan, masih belum cukup untuk menandingi jumlah undi calon tidak popular PBS..

    ReplyDelete
  5. saya yakin majoriti rakyat Sabah masih memihak kepada BN walaupun pelbagai cara dilakukan pembangkang untuk menjatuhkan BN di negeri ini..

    ReplyDelete