Thursday 24 May 2012

SABAH SERTAI KEJOHANAN TAEKWONDO KEBANGSAAN




SERAH......Kelihatan Haji Ghulabdin (ketiga dari kiri) menyerahkan bendera Negeri Sabah kepada Pasukan Taekwondo Sabah.

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

PENGERUSI AMANAH Sulaman,Tuaran, Haji Ghulabdin Enjih ketika menemui para peserta Persatuan Taekwondo Sabah (GTF) di Dewan Institiut Latihan Perindustrian (ILP) Sabah di Sepanggar, mengharapkan agar penyertaan Pasukan Sabah di Kejohanan Taekwondo Kebangsaan yang akan berlangsung pada 24 hingga 28 Mei ini akan mencatatkan satu lagi keputusan cemerlang demi mengharumkan nama Sabah di Malaysia.

"Saya dimaklumkan bahawa latihan yang amat intensif sejak kebelakangan ini adalah sebagai satu persiapan yang bersungguh-sunguh, semata-mata dilakukan oleh jurulatih agar peserta yang terlibat dalam kejohanan Peringkat Kebangsaan pada tahun ini dapat mencatatkan keputusan terbaik dan sudah pasti ini menjanjikan sasaran emas boleh diperolehi untuk menjadi kebanggaan Sabah, "kata Haji Ghulabdin.

Haji Ghulabdin berkata, atas komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh pimpinan GTF, beliau menyarankan kepada mana-mana pihak sama ada perseorangan atau swasta agar memberikan kerjasama dan sokongan padu ke atas aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan Taekwondo Sabah, termasuk untuk menyumbangkan kewangan bagi mengisi tabung persatuan tersebut.

Bercakap kepada para peserta yang terlibat, Haji Ghulabdin menasihatkan mereka agar mengekalkan disiplin yang tinggi serta bersedia untuk bersaing dan memiliki semangat kesukanan yang bukan sekadar menyertai kejohanan tetapi ingin mencapai kejayaan yang diharapkan.

Presiden Persatuan Taekwondo Sabah (GTF), Juanes Masammin dan Jurulatih Pasukan Taekwondo Negeri Sabah, Helmi Steny Dee Herman turut hadir di majlis menemui peserta-peserta dan Atelit Taekwondo Sabah pada pertemuan tersebut

Beliau melahirkan harapan yang tinggi kepada GTF agar terus melipat gandakan usaha bagi merealisasikan harapan murni rakyat negeri ini agar persatuan sukan ini dapat menyumbang ke arah kemajuan sukan serta menjadi kebangaan rakyat pada keseluruhannya.

"Bermula dari kejayaan melayakkan diri dalam kejohanan Taekwondo peringkat Kebangsaan ini, atlet-atlet sukan ini yang berpotensi hendaklah diketengahkan dan diberikan pendedahan latihan dan penyertaan lebih kerap didalam kejohanan-kejohanan diperingkat yang lebih tinggi lagi," kata Haji Ghulabdin yang juga Ahli Lembaga, Lembaga Pembangunan Perumahan Sabah (LPPB).

Kontingen GTF Negeri Sabah yang menyertai Kejohanan Taekwondo Kebangsaan tahun ini akan diketuai oleh Presiden GTF sendiri, Juanes Massamin serta Jurulatih Pasukan Negeri Taekwondo Sabah, Helmi Steny Dee Herman.

Manakala peserta yang terlibat terdiri daripada Mohd Saifulnizam Adzwin, Abdul Sallam, Nohammad Suzaireen Maroof, Mohd Sharul Niezwan, Odehinomod Oneil Juanes, Odemond Juanes dan Odemotte Juanes.

Peserta lain terdiri daripada Diana Dahli, Erniwaty Ag Yusof, Amal Satuana Samson, Terence Atim dan Melissa Wayway Dee Helmi.

Sementara itu Haji Ghulabdin telah memberikan sumbangan peribadi untuk membantu dan meringankan bebanan kewangan GTF semasa menyertai kejohanan tersebut.

7 comments:

  1. moga pasukan Sabah dpt memberi saingan yang sengit dan menjuarai kejohanan ini.

    ReplyDelete
  2. Good luck kepada para peserta.

    ReplyDelete
  3. All the best!

    ReplyDelete
  4. Buat yang terbaik dan pasti penduduk Sabah akan menyokongnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemenangan mereka pasti menjadi kebanggaan

      Delete
  5. Pasti ramai anak2 muda yang berbakat dan perlu diasah lagi.

    ReplyDelete
  6. semoga pasukan Sabah mampu memperolehi keputusan cemerlang..

    ReplyDelete