Tuesday 8 May 2012

'SAGA TWILIGHT SYMBIOSIS' MENYERLAH


 


Oleh : CHANG SHAK HUNG

PENGANJURAN latihan berterusan untuk melatih lebih ramai para sukarelawan dalam menyedarkan masyarakat tentang bahaya penyakit AIDS, serta langkah-langkah pencegahan daripada dijangkiti HIV, sentiasa dititik-beratkan oleh Sandakan AIDS Support Group Association (SAGA).

Satu latihan intensif selama 3 hari 2 malam telah diadakan pada 4 hingga 6 Mei 2012, melibatkan seramai 26 para remaja dari Sandakan, Kota Kinabalu, Tawau, Lahad Datu dan Semporna.

Dengan tema 'SAGA Twilight Symbiosis' pada latihan kali ini, para peserta telah didedahkan dengan maklumat berguna dalam perkara berhubung dengan langkah-langkah pencegahan penyakit AIDS serta aktiviti luar seperti mendapatkan pandangan daripada masyarakat tentang pemahaman berhubung dengan HIV dan AIDS serta pembentangan para peserta dan ceramah yang diberikan oleh Dr Zaiton Yahaya, Pengerusi SAGA. 





Pada masa yang sama, satu pertemuan mesra telah diadakan dengan sebuah pertubuhan yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia yang dikenali sebagai PT Foundation, yang memperjuangkan kesedaran bahaya penyakit AIDS di kalangan masyarakat sejagat serta menjalankan aktiviti-aktiviti kesedaran tentang bahaya HIV di dalam kehidupan masyarakat pada hari ini.

PT Foundation yang diwakili oleh Executive Director, Raymond Tai dan Pengurus Program, Kevin Nicholas Baker, telah berkongsi pendapat dan menjalinkan satu hubungan persahabatan dengan SAGA dalam memperkasakan dan memartabatkan matlamat dari segi penganjuran aktiviti kesedaran kepada masyarakat.

Kevin yang dilahirkan di Ireland, telah berkongsi pengalaman di negaranya dan telah menyertai PT Foundation selama 4 tahun. Raymond pula telah menyertai pertubuhan ini sebagai sukarelawan selama 25 tahun dan kini menjawat jawatan sebagai Executive Director di dalam pertubuhan yang telah diiktiraf oleh United Nations Development Program (UNDP).

Di samping itu juga, SAGA yang diwakili oleh Dr Zaiton, Chang Shak Hung dan Lilian Pang, telahpun berkongsi pengalaman tentang peranan dan tanggungjawab SAGA terhadap masyarakat khususnya di Sandakan dan kini mengembangkan sayapnya ke seluruh Sabah.


7 comments:

  1. Semoga SAGE Twilight ini akan membantu meningkatkan kesedaran rakyat terhadap bahayanya Aids and kepentingan pencegahan.

    ReplyDelete
  2. Tiada rawatan terhadap Aids, jangan sehinggan kesal seumur hidup.

    ReplyDelete
  3. ini dpt mendedahkan akan bahaya HIV dan kita perlu hindari kegiatan yang boleh menyumbang kepada jangkitannya.

    ReplyDelete
  4. Pendedahan mengenai HIV/AIDS ini satu cara yang baik dilakukan. Ini bagi menyedarkan akan bahawanya perkara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendedahan dan kesedaran perlu ada dalam masyarakt kita supaya boleh mengelak daripada terjebak semua tu

      Delete
  5. AIDS harus dielakan, kehidupan yang sihat lebih membahagiakan

    ReplyDelete
  6. usaha murni SAGA ini wajar dicontohi dan mendapat sokongan dari pelbagai pihak.. syabas!

    ReplyDelete