Sunday 6 May 2012

SEKOLAH LARANG PELAJAR BAWA NETBOOK 1MALAYSIA





TIMBALAN Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang terkejut dengan tindakan beberapa sekolah di kawasan luar bandar Sarawak yang melarang pelajar membawa netbook 1Malaysia mereka ke sekolah.

Katanya beliau dimaklumkan bahawa sekolah berkenaan tidak mahu pelajar terbabit mengecas semula netbook mereka di sekolah kerana ini akan meningkatkan bil elektrik.

"Ini satu berita baru kepada saya, tetapi malangnya ia bukan berita baik," katanya semasa merasmikan program sesi rakaman sambutan Gawai Dayak oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) di rumah panjang 57 pintu, Rh Jubang anak Bin, di Sebangki Panjai di sini malam semalam.

"Netbook diberikan kepada pelajar untuk membantu mereka dalam pelajaran mereka. Tetapi jika mereka tidak dibenarkan membawanya ke sekolah, matlamat itu tidak akan tercapai," katanya.

Turut hadir pada program itu ialah anggota Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak dan Pengerusi Telekom Malaysia Datuk Dr Halim Shafie.

"Jika pendekatan itu menjadi amalan atau bakal dijadikan peraturan, ini juga merupakan satu kerugian besar di pihak kerajaan. Di pihak saya, saya akan maklumkan perkara ini kepada Kementerian Pelajaran untuk mencari penyelesaian secara baik demi kebaikan pelajar," katanya Salang.

Beliau berkata kerajaan akan mengagihkan lebih banyak netbook kepada pelajar dan pemimpin masyarakat di kawasan luar bandar di seluruh negeri pada bulan ini dalam usaha untuk merapatkan jurang digital luar bandar-bandar.

Mengenai permohonan yang disampaikan oleh Nyalau bagi pihak penduduk yang mahu RTM mempertimbangkan menambah durasi penyiaran TVi daripada 15 minit ketika ini kepada 30 minit atau lebih, Salang berkata beliau telah bangkitkan perkara itu dengan Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail.  

"Saya dimaklumkan yang penyiaran ini amat popular terutama di kalangan kaum Iban di kawasan luar bandar yang melanggan perkhidmatan Astro. Norhyati memberitahu saya RTM sedang mencari slot untuk berbuat demikian. Apabila RTM bersiaran secara digital sepenuhnya tidak lama lagi, akan ada lebih banyak slot," katanya.

Salang juga menasihatkan rakyat supaya menyokong hanya calon BN pada pilihan raya umum akan datang, menyatakan hanya kerajaan BN mempunyai wawasan, strategi dan perancangan untuk meningkatkan taraf hidup mereka. (Bernama)

9 comments:

  1. During our school days, the students are also not allowed to bring laptops into the school compound because the teachers are afraid that the students will be distracted during class and using the laptops for showing illegal content.

    ReplyDelete
  2. The laptops can be used after school hours to do research on the internet, during lessons it is best that the students give full concentration on the teacher. There is no guarantee that the students will not use the netbooks for purpose other than studying during school hours.

    ReplyDelete
  3. apa guna netbook tersebut diberi jika ia tak digunakan untuk proses pembelajaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya guru ingin pelajar2nya menggunakan notebook untuk tujuan pembelajaran, guru tersebut akan memberi kebenaran, tapi sekiranya tidak lebih baik tinggalkan saja di rumah.

      Delete
  4. Pelajar yang dapat notebook 1Malaysia bukan guna untuk tujuan pembelajaran tapi lebih pada hiburan dan keseronokan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau macam tu lebih baik kasi tinggal la tu notebook di rumah, hanya menganggu pembelajaran saja.

      Delete
  5. Kenapa pula perkara ini berlaku?? Sedangkan Netbook ini untuk membantu pembeljaran. Harap perkara ini akan dapat disiasat.

    ReplyDelete
  6. bukankah lagi bagus jika notebook ini dibenarkan dibawa ke sekolah dan pihak sekolah menyediakan guru khas untuk mengajar pelajar2 ini bagaimana menggunakan notebook??

    ReplyDelete
  7. jika kita tanya pelajar2 ini tentang apa tujuan sebenar kerajaan memberikan nootbook kepada mereka, pasti mereka tidak tahu.. oleh itu, tidak salah jika pihak sekolah mendidik mereka bagaimana menggunakan nootbook dan apa yang mereka boleh buat dengan nootbook itu..

    ReplyDelete