Thursday 17 May 2012

SEMPORNA YANG TERPINGGIR


 

Oleh : SHAIMON S JUMADI              Foto : NORASMAH TAKBIRUL

RAKYAT Semporna yang tinggal di persisiran pantai, khususnya di perkampungan nelayan dan kepulauan perlu mendapat pembelaan; bukan sahaja dari segi prasarana  bahkan menjaga ekonomi kendiri agar dapat keluar daripada belenggu kemiskinan yang merantai mereka sejak merdeka.

Beberapa kampung di dalam kawasan DUN Sulabayan masih terlalu daif dalam menerima pembangunan yang disalurkan oleh kerajaan BN sehingga rumah-rumah mereka tidak ubah seperti kandang ayam kerana sudahlah usang, malah tidak mempunyai bekalan air dan elektrik.

Dari itu rakyat yang masih dipinggirkan dan tidak dapat apa-apa bantuan daripada kerajaan yang memerintah pada hari ini harus berani tampil ke hadapan untuk membuat keputusan muktamad dengan menyertai Pakatan Rakyat yang diyakini mampu merampas tampuk pemerintahan negara pada PRU-13 kelak.

Naib Ketua Wanita Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Pusat,  Norsham Abu Sama berkata demikian ketika memberikan ceramah kepada penduduk-penduduk Kampung Pulau Tandoan, Pulau Sumandeh, Pulau Labuan Haji dan  Larapan dalam DUN Sulabayan.


 

"Saya amat sedih bila melihat keadaan kampung-kampung yang ada di empat pulau  memang terlalu daif kerana kekurangan serba serbi; seperti jambatan berlubang, banyak papan lantainya sudah reput, tiada bekalan air dan hanya mengharap air jatuh dari langit, tiada klinik dan tiada bekalan elektrik," kata Norsham.

Selain itu bagi keluarga yang terlalu miskin dan ramai anak, kata Norsham, tidak mampu menyekolahkan anak-anak mereka dengan kehidupan yang kais pagi belum tentu makan malam.

Rombongan yang diketuai Ketua Sri Kandi PKR Cabang Semporna merangkap EXCO Wanita PKR Negeri Sabah, Nazmahwati Walli dan Ketua Cabang PKR Semporna Lokman Ureh dan Pengarah Jentera Gerakan Pilihanraya Umum ke 13 Semporna; Mansur diberi sambutan luar biasa, menandakan masyarakat di persisiran pantai mahu mendapat pembelaan daripada wakil rakyat yang benar-benar berjiwa raklyat untuk mengubah nasib anak-anak mereka di masa hadapan.

17 comments:

  1. keadaaan Semporna masih lagi mundur dan ia perlulah dibangunkan. isu ini akan menjadi isu utama pembangkang di Semporna.

    ReplyDelete
  2. Semporna adalah kawasan yagn terkenal dgn pelancongan, tapi kemundurannya pasti menjejaskan imej Semporna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semporna dikurniakan dengan pulau2 yang sangat cantik. Sepatutnya daerah Semporna dimajukan.

      Delete
  3. Hopefully the Semporna leaders will do their best to protect the people's interests and take care of their needs.

    ReplyDelete
  4. The leaders's responsibility is to the people and district under his leadership. Hope that they will fulfill their duty.

    ReplyDelete
  5. Ada saja aduan tentang Semporna. Skandal Shafie dengan Zahida..adakah ini semua bermotifkan politik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya, semuanya bermotifkan politik. mungkin ada pihak juga yang cuba untuk menjatuhkan pemimpin di Semporna ni terutama Shafie Apdal.

      Delete
  6. Mana perginya ADUN dan MP Semporna? tidak wajar ada kawasan yang masih terpinggir memandangkan Semporna begitu terkenal dengan pulau2nya yang menjadi tarikan ramai pelancong.

    ReplyDelete
  7. WR harus berusaha membawa perkembangan. Keadaan Semporna membuktikan kelemahan pemimpin di sana.

    ReplyDelete
  8. Jika diusaha dengan baik, Semporna berpotensi menjadi pusat pelancongan yang terkenal.

    ReplyDelete
  9. Keadaan kemiskinan harus diselesaikan. Rakyat juga harus berusaha.

    ReplyDelete
  10. Semoga bujet 2012 membawa Semporna keluar dari kemiskinan. Perkembangan industri kecil-kecilan mengalak perkembangan ekonomi.

    ReplyDelete
  11. Srikandi PKR mulakan usaha mereka mendekati rakyat dikawasan semporna. Pemimpin Semporna haruslah melihat kawasan yang mereka wakili untuk melihat sendiri masalah penduduk.

    ReplyDelete
  12. "..sehingga rumah-rumah mereka tidak ubah seperti kandang ayam kerana sudahlah usang,.."

    wanita2 PKR memang suka menghina.. asal turun berkempen mesti menghina..

    ReplyDelete
  13. kerajaan hanya menghulurkan bantuan atau menyediakan kemudahan2 untuk pembangunan ekonomi, rakyat pula perlu bijak merebut peluang2 itu.. wanita PKR ni sedarkah bahawa bukan parti politik yang menentukan masa depan seseorang?? masa depan seseorang atau kejayaan seseorang bergantung dengan diri sendiri.. lain la kalau PKR boleh sediakan rumah dan elaun rm5000 setiap bulan kepada semua rakyat tanpa perlu rakyat turun kerja..

    ReplyDelete
  14. misalnya la kerjaan buat projek ladang di perkampungan itu, adakah wanita2 PKR ini tidak akan buat tuduhan atau bantahan dengan mengatakan bahawa kerajaan BN merampas tanah penduduk kampung??

    ReplyDelete