Thursday 10 May 2012

SHAFIE BAKAL TERSUNGKUR, ZURAIDA BAWA SAKSI





KUALA LUMPUR : Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, saksi utama skandal Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dengan pelakon terkenal, Zahida Rafik akan dibawa kepada media, Selasa depan.

“Kami (KEADILAN) akan tampilkan saksi utama, Noor Azman Azemi, 38, bekas pemandu peribadi Zahida kepada media minggu depan.

“Selepas itu, laporan akan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat wang sejumlah RM1.5 juta yang diberi Shafie kepada beliau,” katanya kepada Keadilan Daily.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata, bukti-bukti baru juga akan terus didedahkan, walaupun Zahida bertindak membawa kes itu ke mahkamah.

“Saya ingin tegaskan, bukan Zahida yang menjadi sasaran, tetapi sumber RM1.5 juta dari Shafie yang dipersoalkan,” tegasnya.

18 April lalu, Zuraida mendedahkan Shafie memberikan hampir RM1.5 juta kepada Zahida dalam tempoh empat bulan.

Transaksi itu berlaku pada Oktober 2011 iaitu RM36,000 dan RM26,000, November 2011 (RM118,000), Disember (RM333,000) dan Januari 2012 (RM510,000)

Beliau turut mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series, Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM4 juta.

Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan Zahida kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.

Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara. (KD)

20 comments:

  1. We should just hand this case to the authorities and see what they make of this. The truth will be revealed eventually. If Zahida and Shafie are innocent, there is nothing to be afraid of.

    ReplyDelete
  2. The driver might not be an entirely trustworthy witness since he made off with RM200,000 of his employers money, in other words he's a thief, Zahida can make a police report against him for stealing the cash.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemandu ni mungkin tidak berpuas hati. tidak mustahil dia berikan keterangan palsu.

      Delete
  3. Menteri di M'sia kan kaya-raya. Setakat RM1.5 juta, tidak mustahil untuk mereka memilikinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Through investment, it is possible to earn rm1.5 million.

      Delete
  4. Lebih baik Zuraida tampilkan bukti tersebut. Sebelum ini pun Zuraida telah membuat kenyataan palsu tentang program 6P. Tengoklah sejauh mana pembohongan Zuraida kali ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang terdesak sangatlah pembangkang ni kalau betul2 didapati dakwaan ni palsu.

      Delete
    2. tgklah adakah Zuraidah akan bawa saks seperti diperkatakannya.

      Delete
  5. Zuraida ni cakap saja lebih, kita tgklah nnti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.kita tengok sejauh mana cakap si Zuraida ni

      Delete
  6. kita tengok sejauh mana mainan politik ini dimainkan..

    ReplyDelete
  7. There is a saying that behind every successful man, there is a woman but in this case, zuraida is the cause of Shafie politic failure.

    ReplyDelete
  8. Dalam skandal ini saya nampak usaha untuk menjatuhkan Shafie sebelum PRU. kalau tidak bersalah Shafie kena buktikannya.

    ReplyDelete
  9. Tidak tahu siapa yang benar. Isu peribadi juga dimainkan.

    ReplyDelete
  10. Cuba kesan lebih banyak bukti untukmembawa kes ini ke mahkamah.

    ReplyDelete
  11. 18 April lalu, Zuraida mendedahkan Shafie memberikan hampir RM1.5 juta kepada Zahida dalam tempoh empat bulan.

    Pasti ada rekod pemberian kewangan tersebut. Zuraida boleh mendedahkannya.

    ReplyDelete
  12. Kes Shafie ini memang perlu disiasat. Benar atau tidak dengan dakwaan tersebut.

    ReplyDelete
  13. Jangan dikasi lama, nanti basi

    ReplyDelete
  14. belum tahu lagi siapa yang bakal tersungkur.. saya pun mahu tahu juga sejauhmana penjenayah yang merompak wang Zahida rm200 ribu itu berjaya membantu pemimpin2 pakatan..

    ReplyDelete